BAB 4

Romance Completed 10518

“Abang okay ke ni? Dari tadi Nurin tengok abang termenung je? Ada masalah kat pejabat ke?”

Soal Nurin lembut sambil menghulurkan secawan kopi panas untuk suaminya.

“Okay je…tak ada apa-apa lah..”

Balas Adam sekadar menutup kegusaran di hati. Wajah mulus isterinya dipandang lama.

“Betul ke ni tak ada apa-apa? Rin tahu abang mesti ada masalah kan? Ceritalah dekat Rin..mana tahu Rin boleh tolong…”

Pujuk Nurin lembut. Dia melabuhkan punggung di sebelah Adam.

“Tak lah..abang cuma fikirkan pasal Rin…”

“Eh, kenapa pulak fikir pasal Rin? Rin okay je…ada yang tak kena ke?”

Soal Nurin hairan.

“Ye lah..dah lama abang tak bawak Rin pergi honeymoon kan…Mesti Rin bosan hidup dengan abang..”

Kata Adam lembut sambil membelai rambut Nurin yang panjang mengurai.

“Ish abang ni, ada ke cakap macam tu. Rin tak pernah bosanlah hidup dengan abang…Rin tak kisah pun pasal ni. Rin tahu abang banyak kerja kat pejabat…”

Balas Nurin sambil tersenyum. Tangan Adam dicapai lembut.

“Thanks sayang sebab memahami abang…I’m so sorry honey..”

Kata Adam sayu. Anak mata Nurin direnung dalam. Dia tahu ada duka di sebalik mata itu.

“Abang..kenapa ni? Abang tak pernah buat salah apa-apapun dengan Rin..kenapa pulak nak mintak maaf?”

Soal Nurin lagi. Hairan pulak dia tengok perubahan sikap suaminya ini. Selalunya wajahnya ceria je.

“Abang mintak maaf sebab tak pernah nak buat sayang bahagia. Abang tahu abang teruk…”
“Abang..jangan lah cakap macam tu. Hidup dengan abang lah yang membuatkan Rin rasa bahagia sangat…Rin tak pernah menyesal kahwin dengan abang tau..”

“Thanks sayang…I love you so much sayang..”

“I love you too abang…dah lah. Jangan cakap macam tu lagi okay..Buat Rin rasa bersalah pulak..”

“Okay sayang…Abang janji bulan depan abang bawak sayang pergi honeymoon okay..”

“Honeymoon kat mana?”

“Adalah…surprise!”

“Ala..abang ni..beritahulah Rin, nanti boleh Rin buat persiapan awal..”

“Tak payah buat persiapan..Sayang cuma bawak diri dan hati sayang je untuk abang..boleh?”

“Boleh..no problem!”

Balas Nurin ceria. Mereka berdua ketawa bahagia. Adam memeluk erat tubuh isterinya. Satu kucupan manja hingga di bibir Nurin. Sungguh dia amat mencintai wanita itu. Dia tidak sanggup melihat wanita yang dicintainya bersedih. Dia sanggup berbuat apa sahaja demi untuk memastikan Nurin bahagia. Dia yakin, keluar honeymoon merupakan salah satu usaha untuk mereka memperolehi zuriat. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience