BAB 9

Romance Completed 10518

Pertemuan dengan Adam semalam masih terngiang-ngiang dalam fikirannya. Dia cukup kecewa kerana gagal meyakinkan Adam untuk mempercayai kata-katanya. Entah siapa yang cuba menfitnah dirinya. Sungguh dia rasakan benar-benar teraniaya. Mana mungkin dia berpisah dengan Adam Hariz, suaminya yang tercinta semenjak mereka mendirikan mahligai bahagia bersama. Cintanya hanya untuk Adam, tiada yang ke dua.

Dia tidak sanggup membiarkan cintanya musnah semata-mata kerana insan yang pendusta. Hanya doa yang mampu dia hulurkan setakat ini semoga Adam akan kembali kepadanya. Sesungguhnya dia hanya insan lemah yang tidak mampu berbuat apa-apa tanpa izinNya.

Dia cuba mencapai buku-buku latihan pelajarnya di atas meja guru miliknya. Dengan rasa berat, dia mengagahkan jua untuk meneruskan pekerjaannya sebagai guru di sekolah ini. Selang beberapa minit, tiba-tiba dia rasa jantungnya berdegup kencang, nafasnya tiba-tiba menjadi sesak, kepalanya terasa berpusing, keringat mula membasahi wajah dan tubuhnya. Dia cuba bangkit namun tidak berjaya, sebaliknya dia terjatuh terbaring di atas lantai.

“Nurin, kenapa ni?!”

Tiba-tiba Cikgu Zarina datang menerpa ke arahnya. Semua guru-guru yang ada di situ panik melihat keadaan Nurin. Nurin ingin berkata sesuatu namun kudratnya menjadi semakin lemah. Matanya berpinar-pinar dan akhirnya menjadi gelap gelita. Nurin pengsan!

“Ya Allah..Nurin pengsan lah! Jom kita bawak dia pergi ke hospital cepat!”

Jerit Cikgu Zarina sambil kelam kabut memapah tubuh Nurin dan diturut dibantu oleh guru-guru lain. Mereka segera mengejarkan Nurin ke hospital berdekatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience