BAB 14

Romance Completed 10518

“Adam..what’s wrong with you? Kenapa you tiba-tiba nak batalkan perkahwinan kita?”

Soal Zara cemas.

“I’m so sorry Zara. I tak boleh nak bahagiakan you..I tak cintakan you..”

Jawab Adam selamba.

“But I love you so much Adam..please jangan buat I macam ni. I tak kisah you tak cintakan I..tapi I tetap nak kahwin dengan you…”

Rayu Zara.

“Zara..tolonglah faham I..I tak boleh hidup dengan orang yang I tak cinta..You carilah lelaki lain yang lebih baik dari I…I tak boleh nak bahagiakan you…”

“But why? Sebab ex-wife you ke?”

Soal Zara menduga. Hatinya amat sakit kini apabila Adam tiba-tiba membatalkan rancangan perkahwinan mereka. Hancur semua harapannya untuk hidup bersama lelaki itu.

“Tak ada kaitan dengan dia okay!”

“You jangan tipu I. I tahu you ubah fikiran lepas you bertembung dengan Nurin kan hari tu? I nampaklah yang you terus berubah lepas hari tu…I tahu you batalkan perkahwinan kita sebab Nurin kan?”

Soal Zara bertalu-talu membuatkan Adam terdiam. Apa yang diduga oleh Zara semuanya tepat sekali. Adam tidak tahu mahu cakap apa lagi.

“Yeah..it’s true right? Why Adam? You cakap you dah benci dengan Nurin tapi kenapa sebab dia you sanggup kecewakan I?”

Soal Zara lagi.

“Sebab I masih cintakan dia…”

Balas Adam perlahan. Dia tidak pasti ikhlaskah dia berkata begitu?

“You masih cintakan orang yang dah sakitkan hati you? You cintakan orang yang dah gadaikan maruah you? Macam tu?”

Zara langsung tidak berpuas hati dengan jawapan Adam.

“Dah lah tu Zara. Don’t ask me more questions. Jangan kaitkan Nurin dengan hal kita. Yang pasti I tetap tak nak teruskan perkahwinan kita..”

“Tapi Adam..you..”

“It’s enough! I need to rest now…”

Balas Adam sambil terus mematikan talian telefon. Fikirannya yang sudah sedia serabut semakin berserabut dengan asakan dari Zara. Wanita itu masih tidak boleh terima keputusannya.

Zara menghempaskan telefon bimbitnya. Hatinya cukup sakit saat ini. Langsung dia tak sangka Adam akan membatalkan perkahwinan dengannya di saat-saat akhir begini. Dia ingatkan apa yang dia rancang semuanya akan berjalan dengan lancar. Arghh!! Ini semua kerana Nurin! Kalau perempuan itu tak muncul di depan Adam hari tu, pasti dia sudah selamat menjadi isteri Adam. Zara mengetap bibir. Sungguh dia teramat benci pada Nurin, perempuan yang sudah merampas hati Adam darinya. Dia mula mencongak untuk merencanakan suatu rancangan jahat bagi menghapuskan Nurin dalam hidupnya. Dia tak kan sesekali membiarkan Nurin mendapatkan kembali cinta Adam. Itu sumpah dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience