BAB 6

Romance Completed 10518

Nurin terjaga dari tidur. Bunyi ketukan dari luar rumah yang bertalu-talu mengejutkan dia dari tidur. Nurin melihat jam dinding. Angka sudah menunjukkan jam 12.30 malam. Siapa pulak yang datang malam-malam ni? Nak kata Adam balik, katanya dia ada outstation selama 3 hari. Hari ini baru hari kedua dia ke Pulau Pinang. Nurin mula rasa tidak sedap hati. Ketukan pintu itu makin kuat. Nurin serba salah. Dia segera turun ke tingkat bawah dan menuju ke pintu. Dia cuba mengintai dari lubang pintu rumahnya, tapi tidak nampak sesiapapun di luar rumah. Tubuh Nurin mula rasa seram sejuk. Jantungnya berdegup kencang. Dia takut sesuatu yang buruk akan berlaku. Dah lah dia cuma berseorangan kini.

“Sayang..bukak pintu ni. Abang nak masuk..”

Sayup-sayup kedengaran suara seorang lelaki di luar rumah. Nurin menarik nafas lega. Adam rupanya. Tanpa berfikir panjang dia terus membuka pintu rumahnya. Tanpa di duga pintu rumahnya dikuak kasar menyebabkan dia hampir-hampir jatuh ke belakang.

“Hai sayang…”

Kata lelaki itu. Bukan Adam! Nurin terkejut. Ternyata dia sudah terpedaya. Lelaki itu cuba merapati dirinya. Nurin cuba lari namun dirinya lebih pantas ditarik oleh lelaki itu dan dipeluk kasar.

“Lepaskan saya! Lepaskan!”

Nurin cuba menjerit namun bibirnya lantas dirangkul kasar oleh lelaki yang langsung dia tak kenal. Badannya dihempas kasar ke atas sofa rumah. Dia cuba meronta namun pegangan lelaki itu cukup kejap.

“Tolonglah abang..jangan apa-apakan saya..”

Nurin merayu lagi namun tubuhnya semakin dihenyak kasar. Apalah sangat kudrat wanitanya yang tidak seberapa.

“Nurin!!”

Pelukan lelaki itu terlepas tiba-tiba apabila ada satu suara lelaki menjerit nyaring. Nurin cuba bangkit dari pembaringannya. Matanya terus terpaku pada Adam, suaminya. Adam memandang Nurin dengan riak kecewa.

“Abang tak sangka Nurin..rupa-rupanya ini kerja Nurin bila abang tak ada kat rumah..Tak sangka sangat…ini balasan Nurin pada abang…”

Kata Adam sayu. Hatinya cukup terguris melihat perangai sebenar isterinya.

“Abang..abang dah salah faham. Nurin tak tahu macam mana lelaki ini boleh tiba-tiba ada kat sini..Tolong lah abang…Dia cuba perkosa Nurin..”

Nurin terus melutut sambil memegang kaki Adam. Air mata semakin lebat membasahi pipinya. Tidak disangka suaminya akan beranggapan dengannya sebegitu.

“Arghh!!Aku tak percaya! Patutlah kau suka sangat bila aku tak ada kat rumah. Rupa-rupanya nak buat maksiat dalam rumah ni!”

Marah Adam. Wajahnya terasa membahang panas. Tubuh Nurin ditepis kasar.

“Tak abang..abang silap. Sumpah, demi Allah..Nurin tak bersalah. Tiba-tiba je dia muncul..Tolonglah abang percaya Nurin…”

Rayu Nurin lagi.

Dia cuba memegang lutut Adam namun Adam menolaknya kasar.

“Bro..Aku mintak maaf…Isteri kau yang cari aku dulu. Dia call aku suruh datang..tak kan aku nak tolak..”

Lelaki itu bersuara. Mata Nurin membulat. Wajah Adam semakin tegang.

“Bohong! Abang..tolong jangan percaya cakap dia!”

Teriak Nurin.

“Betul bro…dah lama kami buat hubungan macam ni. Ini pun Nurin yang mintak. Kalau kau nak hukum, hukum je lah aku. Jangan kau apa-apakan Nurin..”

Lelaki itu berbohong lagi.

“Kau diam! Abang..tolonglah jangan percaya…Sumpah abang..Nurin tak tahu apa-apa pasal ni..”

“Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari korang berdua..Aku jijik! Kau keluar dari rumah aku! Get out!”

Jerit Adam. Dia menolak kasar tubuh lelaki itu. Lelaki itu tergesa-gesa keluar dari rumah mereka.

“Abang..Nurin tak bersalah..”

“Arghh! Aku dah tak percaya kau lagi! Kau dah buat aku kecewa sangat! Kenapa kau buat macam ni pada aku? Aku setia dengan kau tapi sanggup kau buat aku macam ni? Kenapa? Why?!”

Tengking Adam seperti terkena serangan histeria. Tuhan saja yang tahu betapa sakit hatinya bila melihat wanita yang amat dia cintai membuat perkara terkutuk itu.

“Abang..bukan abang..abang silap..”

“Apa aku silap hah?! Kau buat benda terkutuk tu depan mata aku? Kau nak explain apa lagi hah?! Semua dah jelas!”

“Tapi abang..”

“Sudah!! Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Mulai hari ni aku tak kan jejak kaki lagi kat sini. Kau nak buat maksiat kat sini pun lantak kau lah. Aku tak kan kisah lagi pasal kau!”

Teriak Adam. Dia terus mengambil jaketnya dan berlalu dari situ membawa hatinya yang cukup kecewa. Tanpa di duga air mata jantannya tumpah jua. Tidak pernah dia rasa sekecewa ini.

“Abang! Jangan tinggalkan Nurin!”

Nurin cuba mengejar namun Adam lebih pantas masuk ke dalam kereta dan berlalu dari situ.

“Abang..”

Nurin kehilangan kata. Tidak tahu mahu cakap apa lagi. Dalam sekelip mata suami kesayangannya hilang dari pandangan. Ya Allah, ujian apakah ini? Tidak sangka suaminya percaya bulat-bulat apa yang dilihatnya dan terus membuat kesimpulan melulu seperti itu. Nurin hanya mampu menangis dan terus menangis. Sungguh ujian seperti ini amat berat baginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience