BAB 17

Romance Completed 10518

Kepala Adam terasa sakit sangat. Dia meraup mukanya beberapa kali. Ya Allah..apa aku dah buat ni? Aku dah berdosa dengan Nurin. Aku sudah menfitnah seorang isteri yang suci dan begitu tulus mencintaiku gara-gara terlalu percayakan wanita pemusnah rumahtanggaku. Adam berasa sungguh menyesal kerana telah menyeksa jiwa dan raga Nurin sudah sekian lama. Dia tak sengaja. Benarlah..Nurin teraniaya!

Tiba-tiba dia teringatkan kandungan Nurin yang dia rasakan mungkin sudah masuk 9 bulan. Tanpa berlengah masa dia terus mendail nombor telefon Nurin. Sungguh, dia amat rindu wanita itu. Dia ingin memohon maaf sungguh-sungguh dengan Nurin. Lama talian itu berbunyi namun tidak diangkat. Dia cuba lagi mendail beberapa kali. Adam mula berasa tidak sedap hati. Dia merasakan ada sesuatu yang tak kena tentang Nurin.

“Hello..”

Setelah sekian lama barulah panggilannya disambut.

“Hello Nurin, abang ni..Nurin sihat?”

Soal Adam ceria.

“Adam..umi ni…”

Balas Puan Maisara sebak. Adam terkejut kerana bukan Nurin yang mengangkatnya.

“Umi..mana Nurin?”

Soal Adam cemas.

“Adam..Nurin tengah kritikal sekarang…dia ditahan di ICU sekarang ni…”

Kata Puan Maisara bertambah sebak.

“Apa umi?! Ditahan di ICU? Kenapa? Apa dah berlaku?”

Jantung Adam bagaikan direntap mendengar berita itu. Air mata jantan mula bergenang di kelopak matanya.

“Dia mengalami kegagalan jantung yang teruk. Baby dia selamat tapi Nurin yang tak dapat diselamatkan…”

Balas Puan Maisara sayu. Tangisan semakin kuat bergema di hujung talian.

“Ya Allah umi..kenapa tak beritahu Adam awal-awal?”

Soal Adam dengan suara tersekat-sekat.

“Umi dah try call Adam banyak kali tapi tak dapat….Adam datanglah kat ICU sekarang…Bila-bila masa saja Nurin boleh pergi Adam…”

“Umi..jangan cakap macam tu. Nurin tak kan pergi ke mana-manapun!”

“Datanglah sekarang Adam….”

Rayu Puan Maisara.

“Baiklah Umi, Adam datang sekarang!”

Balas Adam lantas mematikan talian telefon. Dengan sekuat hati, dia terus bergegas ke hospital Kuala Lumpur untuk menjenguk Nurin. Air matanya semakin lebat mengalir.

Ya Allah..tolonglah selamatkan isteriku. Aku tidak sanggup kehilangannya saat ini. Aku belum menebus kesalahanku padanya. Aku berjanji akan berikan dia kebahagiaan sehingga ke hujung nyawaku. Aku tak kan membiarkan dia menderita lagi. Adam tidak putus-putus berdoa. Demi Tuhan, dia tidak sanggup kehilangan isteri sebaik dan semulia Nurin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience