BAB 2

Romance Completed 10518

“Adam..kamu tu tak rasa bosan ke? Hidup berdua je….bila nak bagi mama cucu?”

Soal Datin Marina kepada anak tunggalnya, Adam.

“Belum ada rezeki la mama..InsyaAllah kami berusaha lagi..”

Balas Adam sambil tersenyum. Matanya khusyuk membaca surat khabar di hadapannya. Sekarang ni, dia berada di rumah mamanya. Nurin tidak ikut sekali, ada meeting katanya di sekolah. Nurin merupakan Cikgu Sains di sekolah menengah berdekatan rumahnya.

“Kamu ni kan.. dari dulu cakap tak ada rezeki. Tak ada rezeki ke atau bini kamu tu yang mandul!”

Ngomel Datin Marina. Adam sedikit tersentak dengan andaian tak berasas mamanya.

“Astaghfirullahalazim mama! Apa mama cakap ni..tak baik cakap kat Nurin macam tu…Rezeki tu kan di tangan Allah..Dia yang memberikan kita rezeki. Bukan kita..”

Adam sedikit terkilan dengan kata-kata mama nya.

“Hurmm..betul apa mama cakap. Keturunan kita belum ada lagi yang mandul tau. Mama yakin bini kamu tu ada masalah untuk mengandung. Mama yakin sangat tu..”

Datin Marina masih meneruskan hujahnya. Sikitpun dia tidak berasa bersalah dengan apa yang keluar dari mulutnya.

“Ya Allah mama…Nurin tu kan isteri saya. Dia normal la mama..mama jangan tuduh dia bukan-bukan. Saya yakin satu hari nanti kami akan bagi mama cucu…InsyaAllah..”

Balas Adam sayu.

“Mama bukan menuduh..Cuma mama kesian kan kamu je. Kepingin nak anak..tapi bini pulak mandul. Kalau kamu ikut cakap mama dulu untuk kahwin dengan Zara..mesti kamu dah beranak pinak dah…”

Sambung Datin Marina lagi dengan nada sinis. Sebenarnya dari dulu dia tak berapa berkenan dengan pilihan hati anaknya itu. Dia lagi sukakan Zara, anak Datin Dalila, teman rapatnya itu. Tapi, Adam menolak bulat-bulat pilihannya kerana katanya dia lagi cintakan Nurin lebih dari segala-galanya.

“Mama ni kenapa? Dari tadi tak habis-habis nak mengutuk Nurin..apa salah dia mama? Kenapa nak kaitkan dengan Zara pulak?”

Kata Adam.

Ternyata sabarnya semakin menipis. Mana sanggup dia menadah telinga mendengar segala cemuhan mamanya terhadap wanita yang dia sayang.

“Ye lah..sebab bini kamu tu mandul!”

Balas Datin Marina kuat.

“Mama! Stop it!”

Adam mula meninggikan suara. Ternyata sabarnya sudah sampai ke kemuncaknya. Datin Marina sedikit terkejut.

“Heh Adam..mama tak pernah ajar kamu tengking mama? Ni sebab Nurin la ye yang ajar kamu jadi kurang ajar?!”

Tengking Datin Marina sambil mengurut dada.

“Okay mama..Adam mintak maaf okay! But please mama…please don’t say like that about Nurin…Adam tak suka…”

Adam cuba mengendurkan suaranya.

“Adam tak suka ye? Tapi Adam pernah tanya ke mama suka ke tak dengan Nurin tu? Tak pernah kan? So, jangan salahkan mama kalau sampai sekarang mama tak boleh terima dia..”

Balas Datin Marina geram.

“Tapi mama..apa kurangnya Nurin. Dia tak pernah pun nak kurang ajar dengan mama kan? Dia serba-serbi cukup…pandai solat, pandai mengaji, menutup aurat, penyayang, pandai hormat orang tua..Apa lagi yang tak cukup mama? Mama lagi suka Zara yang selalu pakai pakaian yang macam tak cukup kain tu? Yang suka pergi pub or disco? Itu ke perempuan pilihan mama?”

Adam mula berhujah. Datin Marina terdiam seketika. Dadanya turun naik menahan marah.

“Sudah! Kamu jangan nak buruk-burukkan Zara pulak. Yang penting sekarang, sampai mati pun mama tak kan suka dengan bini kamu tu! Bukan tu je…sampai bila-bila pun mama tak kan anggap dia menantu mama! Faham?!”

Balas Datin Marina lantas berlalu dari situ. Hatinya cukup geram dengan Adam yang sudah pandai melawan kata-katanya kini. Ini semua kerana perempuan kampung tu, Nurin! Adam menggeleng-gelengkan kepala melihat kerenah mama nya yang tak pernah pandai menilai kebaikan isteri kesayangannya itu. Baginya Nurinlah segala-galanya baginya. Dia adalah wanita pertama dan terakhir yang dia cintai. Susah senang dia akan bersama isterinya walau apa pun yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience