BAB 1

Romance Completed 10518

Nurin Warina tersenyum sendirian melihat foto-foto perkahwinannya dengan suami tercinta, Adam Hariz. Wajah mereka tampak sungguh ceria dan secocok. Walaupun sudah tiga tahun mahligai indah ini dibina atas dasar cinta, namun rasanya seperti baru semalam ikatan cinta mereka bersatu. Demi Tuhan, Nurin berasa sungguh bahagia hidup bersama lelaki itu. Dia tidak pernah menyesal mengahwini lelaki yang pertama pernah mencuri hatinya dulu. Bahkan, dia amat bersyukur kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab, penyayang dan mencintainya sepenuh hati dan sanggup menerima segala kekurangan dirinya.

“Sayang…buat apa ni? Kenapa tak tidur lagi?”

Tiba-tiba Adam menegur Nurin yang sedang asyik meneliti bingkai gambar di hadapannya. Nurin sedikit tersentak.

“Tak adalah…Rin suka tengok gambar-gambar kahwin kita. Cantik!”

Balas Nurin sambil tersenyum lebar. Matanya masih asyik memandang foto.

“Ye sayang…sayang memang cantik. You are the most beautiful woman in this world…”

Kata Adam sambil mencuit hidung isterinya. Satu kucupan manja hinggap di pipi Nurin. Nurin tersenyum lagi.

“Ye la tu..pandailah abang bodek Rin ek? Ada apa-apa ke ni?”

“Mana ada abang bodek..betul apa. Bagi abang..Rin adalah isteri abang yang paling cantik tau. Tak ada perempuan lain yang boleh tandingi kecantikan Rin…lagi cantik dari Ersalina dalam drama Setia Hujung Nyawa tu..”

“Ish abang ni…ada ke bandingkan Rin dengan dia. Ersalina lagi cantik tau. Abang ni memandai je!”

Nurin buat-buat marah sambil tangannya pantas mencubit lengan suaminya. Rasa malu pulak bila dipuji begitu.

“Ouch..sakitla sayang…ganasnya bini abang ni…”

Balas Adam sambil memuncungkan mulut. Nurin ketawa kecil.

“Dah, abang tu…suka sangat compare Rin dengan perempuan lain…”

“Yelah..yelah..abang mintak maaf..kalau ye pun Rin tak nak tidur ke? Dah dekat jam 12 tengah malam dah ni..tak kan nak tengok gambar kahwin kita sampai pagi kot..”

Balas Adam.

Dia lantas memeluk erat Nurin dari belakang. Ubun-ubun kepala isterinya dikucup lembut.

“Ermmm…Rin tak puas lagi tengok. Rin rasa ada kurang lah dalam gambar ni..”

Kata Nurin perlahan.

“Ada kurang? Kurang apa pulak? Abang handsome sangat ke?”

Adam cuba berseloroh.

“Abang ni kan! Perasan! Tak la..Rin rasa kan best kalau kita ada anak..boleh ambil gambar satu family dengan anak kita. Mesti lagi cantik…”

Nurin berkata lagi. Adam terdiam seketika.

“Sayang…sabar lah. Mungkin one day Allah kita bagi rezeki anak. InsyaAllah sayang…abang yakin satu hari nanti Allah akan makbulkan doa kita. Sayang jangan risau okay..”

Pujuk Adam lembut. Pelukannya dieratkan. Dia tidak mahu melihat Nurin sedih.

“Tapi abang…dah 3 tahun kita kahwin. Dah macam-macam kita buat, tapi sampai sekarang kita tak dapat anak. Kenapa ye?”

Soal Nurin dalam sebak. Adam mengeluh. Dia tahu, sekali isterinya menyebut soal anak, mood Nurin akan terus berubah mendung.

“Dah la tu sayang..yang penting kita berusaha lagi ye. Dah..dah jom masuk tidur. Jangan fikir apa-apa lagi okay..”

Pujuk Adam lagi.

“Maafkan Nurin ye abang…Rin tak mampu bagi abang apa-apa…”

Balas Nurin dengan perasaan yang semakin berat. Air mata mula bergenang dalam tubir matanya.

“Apa pulak tak bagi abang apa-apa…sayang dah bagi abang hati dan cinta sayang pun sudah cukup untuk abang..I love you so much baby…abang tak nak tengok sayang sedih-sedih macam ni. InsyaAllah sayang, kita teruskan doa..Abang yakin Allah akan kurniakan kita anak satu hari nanti. Yang penting kita jangan berputus asa dalam berdoa….Dan sentiasa bersangka baik dengan Allah..emm..”

Adam masih memujuk isterinya. Bahu Nurin diusap lembut.

“InsyaAllah abang..amin…”

Balas Nurin perlahan. Entah mengapa hatinya cukup sedih bila mengenangkan yang dia masih belum ada anak. Kawan-kawannya yang lain yang kahwin lebih lambat darinya pun sudah anak. Siap dapat kembar lagi. Dia? Tak tahu kenapa, sampai sekarang dia belum mendapat zuriat. Sudah bermacam cara dia cuba, namun semuanya tidak berjaya. Dia mahu bahagia macam orang lain. Kalau boleh biarlah ada sesuatu yang boleh menjadi pengerat cinta antaranya dengan suami. Biarlah dia tiada harta, asalkan dia ada anak. Namun, rezeki itu ketentuan Allah. Dia tidak mampu melawan takdir. Benar kata-kata suaminya, rezeki ini semuanya ketentuan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience