BAB 18

Romance Completed 10518

Adam berteleku di sisi isterinya. Hatinya terasa ngilu dan sedih sekali apabila melihat wayar-wayar berlingkaran membaluti tubuh isterinya. Tiub bantuan pernafasan masih terletak rapi dari saluran pernafasan Nurin yang disambungkan khas ke mesin bantuan pernafasan. Sudah 3 hari isterinya tidak sedarkan diri setelah pembedahan C-searian section untuk mengeluarkan babynya. Tidak sangka selama ini Nurin menyembunyikan perihal sakit jantung yang dia alami selama ini. Dia sanggup berkorban dirinya demi membenarkan zuriat miliknya membesar dan lahir ke dunia. Betapa mulianya hatimu Nurin.

“Sayang..maafkan abang..abang dah banyak buat salah pada Nurin selama ini…”

Kata Adam perlahan mengharapkan Nurin dengar apa yang dia katakan.

“Sayang..bangunlah..Berilah abang peluang untuk tebus kesalahan abang.. Abang tahu abang bersalah pada Nurin..Abang sepatutnya percaya Nurin dari dulu lagi…Maafkan abang ye sayang..”

“Sayang kena tengok anak kita…comel sangat..macam muka sayang.. Kalau sayang bangun..kita boleh besarkan anak kita sama-sama…Mesti dia akan jadi baik dan mulia macam sayang kan…”

Kata-kata Adam hanya disambut dengan tubuh Nurin yang langsung tidak bergerak-gerak. Air mata Adam tidak pernah berhenti mengalir semenjak Nurin ditahan di ICU. Rasa bersalah semakin menyesakkan dadanya.

“Nurin sayang…sayang jangan risau..Abang dah halalkan semua makan minum sayang selama ini..Abang halalkan semua kasih sayang dan cinta abang pada sayang…I love you so much baby…”

Kata Adam semakin sebak. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis. Tangan Nurin dikucup berkali-kali. Selesai saja dia mengungkapkan kata-kata itu tiba-tiba dia terdengar bunyi bising pada monitor di sebelah Nurin. Dia memandang ke arah skrin monitor. Kelihatan garisan lurus terpapar di situ. Sebentar kemudian doktor dan jururawat di situ terus menerpa ke arah Nurin.

“Ya Allah..Nurin!! Doktor! Apa dah berlaku ni?”

Soal Adam panik.

“Sabar ye Encik..sila tunggu di luar sebentar. Jantung Puan Nurin tiba-tiba berhenti. Kami kena buat CPR sekarang…”

Terang Dr.Wong padanya. Adam terasa bagaikan mahu pitam.

“Doktor..tolonglah selamatkan isteri saya..tolonglah saya..”

Rayu Adam bersungguh-sungguh.

“Kami akan buat yang terbaik Encik..”

Balas Dr.Wong dan terus bergegas ke arah Nurin.

Tangisan Adam semakin kuat bergema. Ya Allah..tolonglah selamatkan isteriku….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience