Selepas senior Takeshi memberitahu rancangan dia,kami pergi ke rumah ayah senior.Kami dibenarkan untuk tinggal di situ kerana rumah tu tidak selalu di gunakan ayah senior Takeshi.Senior memberi tahu nama ayahnya ialah Tuah.Ayahnya mahir menggunakan senjata seperti pisau dan pedang.Mereka gelar ayah dia sebagai Taufan Bersayap.Kekuatan fizikal dia tak sekuat encik Hera tapi kelajuan dia dan kebolehan untuk terbang yang menjadi kekuatan dia.Saya berharap rancangan senior akan berjaya.
Keesokan harinya,
Saya berjalan-jalan sekitar bandar untuk melihat permandangan di situ.Ia memang lain dari Pekan Ogre dan di dalam sekolah.Mereka terbang dalam kelompok yang ramai tapi lansung tidak berlanggar.Hebat betul mereka ni.Sementara saya berjalan menikmati permandangan kawasan ini,saya terjumpa dengan Ao.Saya pun ajak dia berbual.Mungkin saya boleh bertanya apa-apa hal di sini.
"Ao,apa khabar"
"Kenji,khabar baik"
"Awak tak berlatih ke"
"Buat masa ni tak perlu"
"Senior kata saya hanya perlu berlatih pada waktu yang dia tetapkan sahaja ataupun waktu malam"
"Eh,Kenapa pulak"
Saya tidak menjawab soalannya dan cuma memberi senyuman tanda rahsia padanya.Rupanya seperti tidak puas hati.Dia cuba meminta saya beritahu tapi saya tetap berdegil untuk tidak beritahu.Tak lama lepas tu,dia menyerah kalah dan cuba menukar topik.
"Kenji,kenapa awak nak sertai Moon Tournament"
"Awak nak menjadi seorang Holy Knight,ke"
"Lebih kurang macam tulah"
"Saya ada sebab lain untuk menjadi Holy Knight sebenarnya"
"Eh,apa tu"
"Beritahulah saya"
"Malulah"
"Hmm,tapi jika saya beritahu,awak janji tak beritahu orang lain,okey"
"Okey"
Saya menarik dan menghembus nafas beberapa kali sebelum memulakan cerita saya.Rupa Ao seperti budak kecil yang nak dengar cerita pulak sekarang ni.Entah kenapa,saya terasa nostalgia.
"Cerita dia macam ni.Sepuluh tahun yang lalu,saya ada terjumpa seorang budak perempuan di sekolah saya dulu.Saya berkawan dengan dia sekejap je disebabkan ayah saya melarang berkawan dengan orang dari luar.Tapi hubungan yang saya rasa pada dia macam kami dah kenal lama.Disebabkan itulah saya mahu berjumpa dengan dia lagi.Tapi saya buntu mencari idea untuk merealisasikan impian tu sehinggalah saya dapat tahu tentang Holy Knight.Jadi saya terfikir,jika saya menjadi Holy Knight dia mungkin akan dapat jumpa saya satu hari nanti"
"Pelik bukan cerita saya.Nama,puak ataupun tempat tinggal dia pun saya tak tahu"
Bila saya pandang ke depan,muka Ao kelihatan merah seperti dia sedang demam."Err,Ao.Kenapa muka awak merah ni.Demam ke"
"Eh,Tak lah tapi merah ke"
Saya mengangguk.Dia berpaling dan dia seperti berbisik perkataan seperti 'tak mungkinlah','pedang dah tiada' dan 'cerita sama'.Bila saya tegur dia,muka dia masih merah.Kemudian dia cuba bertanya lagi.
"Kalau awak dah jumpa perempuan tu,apa yang awak nak lakukan"
"Hmm,entahlah"
"Saya lansung tak terfikir"
"Mungkin saya tidak akan lepaskan dia lagi.Saya tak nak kehilangan orang yang memberi makna pada hidup saya dua kali"
Muka nampaknya lebih merah.Saya menjadi sangat risau.Bila saya cuba periksa suhu badan dia,dia cuba mengelak dari saya.Saya rasa mungkin dia malu mendengar cerita saya tadi.Hmm,saya pun malu jugak tapi tak ada lah sehingga muka merah.Perempuan ni agak susah nak difahami rupanya.
"Hmm,Kenji"
"Awak mahu tak saya tunjukkan awak sekitar tempat ni"
"Saya manusia dan tak boleh terbang jadi saya sentiasa berjalan di kawasan ini"
"Sementara awak tinggal di sini,apa kata awak teman saya"
"Boleh jugak"
Saya tersenyum dan bersetuju dengan tawaran Ao.Dia bawa saya ke pelbagai tempat di Bandar Pari-pari.Ada banyak restoran dan kedai cenderamata di sini.Ia seperti bandar pelancongan.Kami berhenti di banyak kedai makan untuk berehat dan kedai cenderamata untuk melihat barang yang dijual.Saya tak beli apa-apa pun sebab saya tak ada orang pun yang saya rasa saya perlu beri cenderamata.Senior Takeshi pasti selalu datang ke sini jadi dia tentulah tak perlukannya.
Dalam perjalanan,Ao beritahu saya yang dia boleh gunakan magis.Ao sama dengan saya kerana dia mempunyai asas magis yang istimewa.Saya mempunyai asas magis air walaupun keistimewaan manusia ialah tanah manakala Ao ialah api.Dia kata yang dia gunakannya untuk perkara seperti memasak dan mengeringkan pakaian sahaja kerana dia tidak ada sebab untuk gunakannya dalam pertarungan.Tapi dia juga kata yang pandai bertarung menggunakan pedang.Tak tahulah betul atau tidak.
Selepas lama berjalan,saya berhenti di gerbang bandar.Saya telah berjanji dengan senior untuk jumpa di sini pada waktu senja.Jadi Ao pun ucapkan selamat tinggal dan pulang ke rumahnya.Bila saya pandang Ao,saya terasa nostalgia pula.Dia mungkin budak perempuan dari sepuluh tahun dulu tapi bila saya ceritakan kisah saya seperti dia tidak tahu apa-apa.Hmm,kecewa jugak saya.Ah,itu dia senior Takeshi.
"Awal awak sampai"kata senior Takeshi
"Saya dah tak sabar nak jalani latihan yang awak sediakan itu"jawab saya
"Bagus, semangat macam tu lah yang saya mahukan"
"Ayuh,saya bawa awak ke tempat yang sesuai untuk latihan awak"
"Baiklah,jom!"
Senior bawa saya ke tempat latihan yang dikatakan.Tempat tu agak jauh dari bandar tapi perjalanan ke situ lansung tidak memenatkan.Dalam perjalanan kami ke tempat tu,kami terasa angin yang sejuk tetapi menenangkan.Angin-angin di situ membuatkan kawasan itu seperti kawasan pemulihan.Setelah kami tiba di situ,angin mula berubah dan menjadi sangat sejuk.Pakaian saya yang tebal ni pun tak dapat menghalang kesejukan tempat ni.Dari situ,latihan saya pun bermula.Dengan masa yang tinggal ni,saya terus mengikut jadual yang ditetapkan oleh senior.
Setelah beberapa hari berlatih,saya kurang rasa gugup seperti sebelum ini.Pertarungan kami bermula dengan saya berada di dalam salah satu menara manakala Core Leader,Encik Tuah berada di penghubung dua menara ni.Saya perlu naik setiap tingkat ke tempat penghubung tu sebelum Encik Tuah yang datang pada saya.Lebih baik saya yang mulakan pergerakan dahulu.Itulah salah satu rancangan dari senior.Saya harap ia berjaya.
Macam dia pekan Ogre,orang ramai mengelilingi bangunan berkembar ni dan ada skrin besar yang memainkan pertarungan kami secara lansung.Sekarang,pengadil akan memberi pengenalan kepada kami berdua terlebih dahulu.
"Core Leader Puak Pari-pari,lelaki yang menyerang dengan elegan.Serangan dia yang pantas dan lincah serta memusnahkan memberinya gelaran Taufan Bersayap.Itulah dia,Tuah"
Seperti biasa,pengenalan Core Leader memang mempunyai sorakan yang kuat.Rasanya saya akan dapat tak sorakan macam tu satu hari nanti.
"Pencabarnya pula ialah budak 15 tahun.Graduan dari FAMS dan telah berjaya mengalahkan Core Leader Puak Ogre.Beliau ialah Kenji"
Pengenalan saya rasanya telah menjadi lebih elok dari sebelum ni.Hmm,sorakan dari orang ramai bunyinya seperti masih tak berubah.Huh,lama lagi rasanya untuk jadi terkenal.Haih,apa yang saya cakap ni.Itu bukan tujuan saya bertarung.
"Baiklah,sedia"
"Mula"
Share this novel