*****
Dua hari sebelum perlawanan,
"Takeshi,saya harap kamu bersedia kerana kita akan kelu"
"Maaflah,saya ada sedikit hal lagi.Awak bawaklah Kenji dan Ao"
"Maaflah,ya"
Dengan gegasnya saya pergi dari situ.Saya kalau boleh lansung tak mahu bertemu dengan dia.Entah kenapa terasa seram sejuk melihat dia.Semua ini terasa sejak saya berada di bangunan lama tu.Saya bukan nak syak perkara yang buruk tetapi mereka seperti menyorokkan sesuatu.Mestilah saya takut tapi saya dapat merasakan yang bahaya akan datang jika saya berdiam.Jadi,saya perlu beranikan diri dan cuba melakukan apa yang saya boleh.
Hari ini saya tidak akan pergi ke bangunan tu lagi.Pergi ke sana tanpa sedikit maklumat tambahan cumalah sesuai bagi mereka yang nak bunuh diri.Hari ni,saya cuma akan mencari seberapa banyak maklumat yang boleh saya dapat dari penduduk.
"Selamat pagi,makcik.Boleh saya bertanya soalan"tanya saya pada seekor makcik dari golongan beruang.
"MAKCIK KAMU PANGGIL!!!"
"Saya muda lagi tau,umur saya baru 18 tah-eckekk"
Beruang itu diketuk oleh seekor beruang lain yang rupanya pun agak tua.
"Jangan nak mengarut"
"Dah tua tu,lagak tualah"kata pakcik tu menusuk hati makcik tersebut.
"Soalan apa yang kamu nak tanya"tanya pakcik tu.
"Pakcik tahu apa-apa yang berkenaan bangunan lama di situ tak"
"Tahu,kenapa"
"Baguslah,saya sedikit tertarik dengan bangunan-bangunan lama ni sebenarnya jadi saya ingin sangat nak tahu"saya terpaksa berbohong agar pakcik ni tak terlampau ragu-ragu pada saya.
"Hmm,bangunan ini dulunya digunakan sebagai tempat aduan para penduduk.Penduduk yang kekurangan makanan boleh meminta makanan pada mereka.Jika tiada tempat tinggal,bilik kosong bangunan itu dibenarkan untuk digunakan bilik tidur semasa.Mereka juga membantu pengganggur mendapatkan kerja untuk terus hidup tetapi..."
"Tapi??"
"Tapi pakcik dah lupa,hahaha"kata pakcik sambil ketawa seperti seorang raja.
"Maaflah,ini ja yang boleh saya tolong.Kalau kamu minta isteri saya ni terangkan,dia cuma akan cerita perkara mengarut sahaja"
Pakcik itu minta maaf sekali lagi dan saya beredar dari situ dengan sedikit kekecewaan.Namun,saya sedikit lega kerana tahu asal bangunan itu.Seharian saya berjalan sekitar bandar mendapatkan maklumat tetapi lansung tiada yang membawa kepada keraguan saya.Keraguan ni memang sekadar keraguan atau ada makna lain?Selepas berjalan dengan lama,saya berhenti sebentar di depan bangunan lama tu.Agak lama saya berada di situ.Saya tak tahu apa yang sedang berlaku tapi saya dapat merasakan perkara yang tak kena di dalam tempat itu.
Keesokan harinya,saya keluar lebih awal dan menunggu di hadapan bangunan tersebut.Selepas beberapa minit,seekor dan seekor serigala datang.Dalam waktu tengahari,saya perasan yang sudah ada 5 ekor di dalam tu.Semuanya serigala.
Walaupun sudah lama menunggugu,masih tiada apa-apa yang berlaku.Saya fikir untuk bergerak dengan lebih dekat.Apabila saya pusing belakang.....
*****
Klangg
Pedang saya bertembung dengan kuku besi encik Adowsy.Pergerakan dia sangat pantas.Kalau ini pertarungan secara berseorangan,saya mungkin sudah kalah.Shade sangat membantu dalam pertarungan ini.Dia memenuhi kelemahan yang saya tunjukkan ketika bertarung dengan kemahiran dia.Swisshh.Zwwingg.Tanpa henti senjata kami dihayun.Stamina yang ada pada mereka setanding dengan kelajuan yang mereka persembahkan.
"Kenapa Kenji?"
"Latihan yang kamu dapat tu patutnya sudah membantu kamu"
Saya tak berani nak menjawab kerana ia seperti mengatakan yang saya cuma berharap pada latihan.Zwisshh."Aaaahh"Cakaran pembantu encik Adowsy terkena pada saya.Sakitnya lebih memedihkan dari serangan fizikal encik Hera.Luka ni sangat dalam,ia mungkin ambil masa berbulan untuk pulih sepenuhnya.Saya masih bernasib baik kerana luka itu pada tangan kiri.
"Water Element:Water Canon"
"Masih lemah.Douw gunakan gerakan kamu"
"Auuuuu"
"Fire Element:Fire Veil"
Pancaran api yang sangat panas menyerang kami.Entah kenapa,saya seperti pernah melihat gerakan seperti ini....Di hutan hari tu!Ini ialah gerakan sama yang digunakan oleh serigala yang serang kami di hutan hari tu.Dia ni orang yang sama ke?Yang hari tu tidak menggunakan apa-apa senjata tetapi gaya bertarung dia memang serupa jika diingatkan semula.Beberapa kali saya terasa seperti pernah bertarung dengan dia.Baiklah,saya rasa saya tahu apa yang perlu dilakukan.
"Shade,boleh awak jaga serangan dari tepi saya?"
"Ya,awak ada rancangan ke?"
"Rancangan ini mungkin tiada kena-mengena sedikit dengan pertarungan ni tapi ia bernilai untuk mencuba"
"Sword Skill: Shining Sword"saya menggunakan Shining Sword untuk menyerang pembantu encik Adowsy.Dia cuba menahan serang saya walaupun dia boleh mengelak."Water Element:Water Canon"sekali lagi saya menyerang dia dan sekali lagi juga dia cuma menahan walaupun dia berada di jarak yang boleh untuk dia mengelak.
Jawapan untuk perbuatan dia sangatlah senang.Dia tidak mengelak kerana kakinya tak boleh bergerak dengan sangat laju.Saya perasan yang pergerakan dia semakin perlahan.Jadi saya cuba menumpukan serangan saya pada kakinya.Nampaknya ia betul.Dia ni lah serigala yang sama menyerang kami.Seingat saya,kaki dia telah diserang sebelum mereka mengundur.Ia mungkin serangan yang biasa tapi hampir semua maklumat yang saya ada serupa.Kaki yang diserang,elemen gerakan dia,cara dia bertarung dan puak dia sendiri.Tapi kenapa dia menyerang kami tempoh hari?Siapa yang arahkan dia?
"Ambil ni"saya cuba untuk memberi tolakan yang kuat pada serigala tu tapi ia berjaya ditahan encik Adowsy."Tak adil lah kalau awak cuma serang dia sahaja.Musuh awak ialah saya"Encik Adowsy menyerang saya dengan lebih pantas.Dia menyerang saya tanpa memberi belas kasihan.Serangan dia seperti mengarahkan saya untuk menyerah kalah.Dia kurang menggunakan magis tetapi kemahiran dia sahaja sekarang pun sudah cukup.Kalau ada magis,dia mungkin kalahkan dengan lebih pantas.
"Kenji,biar saya uruskan Douw"
"Awak fokus pada Tuan Adowsy"
"Baiklah"
"Aaarrgghh"saya cuba gunakan Shining Sword sekali lagi pada encik Adowsy.....
Tapi nasib tidak menyebelahi saya.Sebelum sempat melepaskan serangan itu,pedang saya hancur di depan saya.Pedang Sempurna yang Ttenn hadiahkan pada saya telah hancur.Saya menjadi panik dan meminta Shade melindung saya sementara memikirkan strategi.Tapi entah kenapa dia buat tak tahu dengan apa yang saya kata.Sebaliknya,dia menghadap saya dan bercakap...
"Kenji,saya rasa baik awak menyerah sahaja"
Apa?
"Pedang tu dah hancurkan"
Tunggu??
"Awak patut sedar yang awak sudah tidak ada peluang"
Apa yang berlaku ni?Bukan awak di pihak saya ke?
"Jangan buat muka terkejut macam tu.Saya cuma kata yang awak tiada peluang lagi"
"Jika awak terus bertarung,ia cuma akan mencederakan awak sahaja.Tiada manfaat"
Saya bukan nak menuduh tapi saya yakin yang encik Adowsy rancang ini dari awal.Dia bawa saya pergi bersiar-siar beberapa hari.Benarkan saya berlatih beberapa hari untuk menghilangkan rasa ragu-ragu.Semua ni cumalah rancangan dia sahaja.Saya yakin ketiadaan Senior Takeshi dan Ao pun ada kena mengena dengan dia.
"Tak kisahlah ada senjata atau pun tidak"
"Saya biasa baca komik tentang seni bela diri jadi saya pasti boleh lakukan"saya abaikan kata-kata Shade dan bersedia untuk menyerang lagi.Saya cuba untuk menyerang mereka dengan magis tapi mereka menepisnya.
"Cis,tak menyerah lagi"Shade menyerang saya dari tepi.Saya sudah tahu yang dia akan membelot saya dari apa yang dia kata tadi.Apa yang saya boleh buat sekarang cumalah bertahan dan cari peluang untuk menyerang.
Tak lama selepas beberapa serangan yang mereka bertiga lakukan pada saya,satu suara yang sangat biasa didengar memanggil nama saya.
"Kenji,pedang awak ada di sini!"
Share this novel