Fantazia,dunia fantasi yang aman tanpa perang di antara penduduknya.Penduduk di Fantazia terdiri daripada pelbagai jenis puak iaitu Manusia,Pari-pari,Ogre,Elf,Beast dan beberapa puak yang lain.Puak yang paling disegani di antara semua puak ialah puak Cahaya Dan Kegelapan.
Puak Cahaya ialah puak yang mahir dalam magis elemen Holy Dan kebanyakan mereka mahir dalam bidang pemulihan dan seni mempertahankan diri.Puak Kegelapan pula ialah puak yang mahir menggunakan magis jenis Dark dan kemahiran mereka dalam seni mempertahankan diri juga sama hebatnya dengan puak Cahaya.Kebanyakkan ahli puak Kegelapan sanggup dan berani menggunakan pelbagai magis an gerakan terlarang yang menjadikan mereka antara puak yang digeruni.
Kedua-dua puak ini pernah berperang sesama mereka yang dinamakan 'Perang Berdarah'.Perang ini telah menyebabkan keadaan Fantazia suatu ketika dahulu huru-hara. Peperangan yang mengorbankan berjuta-juta nyawa ini telah berlansung lebih dari lima ratus tahun.Namun semua it sudah berlalu dua ratus tahun yang lalu.Sekarang semua puak termasuk Cahaya Dan Kegelapan hanya melaksanakan kehidupan harian sendiri tanpa menganggu puak yang lain.
Baiklah,cukuplah bagi pengenalan tentang tempat indah yang dipanggil Fantazia ini.Sekarang saya akan ceritakan pula bagaimana kehidupan saya ditempat yang bagaikan neraka kehidupan ini.
Nama saya ialah Kenji.Saya tinggal di Fantazia ini bersama seorang ayah. Sebenarnya kehidupan saya ni taklah indah sangat ataupun saya boleh katakan langsung tak indah.Saya tiada rumah yang sebenar sebaliknya saya tinggal di asrama yang bernama 'Fantazia Art of Magic & Sword' School atau singkatannya Sekolah FAMS.Bagi orang ramai,sekolah ini ialah sekolah impian mereka tetapi bagi saya tempat ini bagaikan sebuah penjara yang tiada Jalan keluar.
Semua kehidupan saya hanya akan berlaku di dalam ini sehinggalah saya graduasi suatu hari nanti.Di dalam sekolah ni,permainan saya hanyalah pedang kayu,hidup saya tiada rakan sebaya dan hanya mempunyai kawan rapat yang lebih tua dari saya dan saya hidup tanpa seorang peneman yang berhati mulia yang semua gelarnya sebagai ibu.Pemandangan yang saya pandang cumalah pagar yang mengelilingi FAMS.Bagi saya, dapat melihat permainan atau melihat orang bermain permainan pun sudah cukup untuk merasakan rasa keinginan untuk ke dunia luar.
Tetapi semua itu berubah apabila saya berjumpa seorang budak perempuan yang rupanya seperti sebaya saya ketika itu iaitu 5 tahun.
"Hei,kenapa awak masih ada dalam tempat ni sedangkan orang lain keluar" tanya budak perempuan itu.
"Kenapa saya perlu beritahu awak sebabnya" balas Kenji.
"Hmmm,sebab kita kawan kan" jawab budak perempuan itu.
Ketika itu saya sedar,inilah kali pertama ada orang panggil saya kawan mereka.Orang lain yang saya berkawan semuanya berkawan dengan saya bila saya yang menegur mereka dahulu.Ini mungkin disebabkan faktor saya ialah anak pemilik dan pengetua tempat ini.
"Hei,awak pasti mahir dalam magiskan"
"Tunjuklah-tunjuklah"tanpa membiarkan Saya berkata apa-apa,budak itu hanya meminta Saya menunjukkan magis padanya.
"Baiklah tapi saya tak boleh ada di sini lama-lama"balas saya lalu terus menunjukan magis tahap rendah.
"Summon Water Element:Water Finger"
"Wah!!!!!"
"Hebat!Hebat!Awak memang Hebat" puji budak perempuan itu.
Kemudian saya dengar bunyi loceng dari sekolah yang menandakan waktu makan malam.Tanpa sempat saya berkata jumpa lagi perempuan itu sudah berlari dan berkata jumpa lagi tanpa pandang ke belakang seperti dia pun ada hal yang lain.Selepas itu,bayangnya pun sudah dikaburkan dengan pokok-pokok yang berada di hutan sebelah sekolah ini.
Sejak saya berjumpa dia,hidup saya makin berubah.Hidup saya bagaikan telah tiba musim bunga setelah lama ia berada dalam musim luruh yang rasa bagaikan sudah berkurun.Setiap hari kami berjumpa di tempat yang sama yang tersembunyi dari orang ramai.Kami sentiasa berbual tentang pelabagai perkara sehingga kami tidak sedar akan bunyi loceng makan malam.Saya tidak sangka situasi macam ini memang wujud bagi setiap orang.
Pada suatu hari budak perempuan itu bertanya
"Awak boleh menggunakan pedang tak"
"Kalau awak nak tahu,masa saya datang ke sini saya dan mak saya nampak pertunjukan hebat yang dilakukan oleh kesatria yang hebat yang bertarung menggunakan pedang dengan hebat"
"Awak tahu tak,saya rasa pemedang ni meeeemang Hebat!!!"
Budak itu bercakap tanpa henti dan menggunakan perkataan 'Hebat' tanpa henti menunjukkan betapa dia minatkan sesuatu perkara.Sayapun tiada peluang nak memotong apa yang dia cakap.Dari apa yang saya nampak dia ni memang cuma budak kecil yang kagum dengan sesuatu perkara dengan mudah.Apalah yang saya cakap ni.Saya ni cuma matang sikit sebab tinggal di asrama je.Kemudian dia berhenti Dan menunjukan barang yang dibawanya pada saya.Benda itu ialah pedang.
"Boleh tak awak tunjukkan apa-apa jenis skill pedang yang awak tahu"mohon budak perempuan itu.
"Sebenarnya saya tak berapa mahir dalam bidang perlawanan pedang ni"saya menjawab soalannya lalu melihat wajahnya yang kemudian menjadi semakin muram.
Saya cepat-cepat memulihkan semula moodnya
"Awak tak perlu risau"
"Saya akan ambil kelas seni pedang kemudian tunjuk apa yang saya belajar setiap hari"
Riak mukanya mula berubah bagaikan kanak-kanak yang mendapat gula-gula dan ia disebabkan saya telah memberi harapan padanya.Tanpa melengahkan masa dia berikan pedang yang dibawanya pada saya.Dia katakan ini sebagai hadiah untuk saya manakala saya tidak dapat memberi apa-apa.Saya berfikir untuk membalas hadiahnya dengan memberi apa-apa hadiah padanya esok tapi hari yang menyeronokkan telah tamat.
Pada hari terakhir saya berjumpa perempuan itu,ada seorang lelaki yang bermaruah dan dipandang tinggi oleh masyarakat tidak kira puak walaupun dengan status manusia.Lelaki itu tak lain tak bukan ialah ayah saya,Shinichi.Dia telah menghalang saya berjumpa dengan budak perempuan itu sejak hari itu.Tanpa mengetahui nama atau di mana tempat tinggalnya saya berpisah dengannya dan lansung tidak jumpa dengan dia.
Kehidupan lama saya yang menyedihkan kini sudah kembali tetapi sekarang saya mempunyai impian.Impian itu ialah dengan mahirkan kemahiran pedang Dan magis saya di Sekolah ini secepat mungkin Dan graduasi.Kemudian,saya akan keluar mengembara dengan kemungkinan untuk mencari semula budak perempuan itu semula.Saya berjanji di atas pedang yang diberi ini.
Share this novel