Saya melihat di sekeliling gelanggang.Ramai yang sudah berada di sini untuk melihat pertarungan di antara kami berdua.Gugup saya kembali.Saya dapat merasakan banyak mata yang tertumpu pada saya.Saya rasa macam mahu tarik diri tapi saya tidak boleh buat begitu,jika tidak saya akan tiada hala tuju lagi.Kemudian,encik Hera menepuk bahu saya.
"Awak tak perlu takut sangat"
"Ini perlawanan pertama awak,kan.Jadi jika awak kalah,awak boleh cabar saya hingga awak menang"kata encik Hera pada saya sambil tersenyum.
"Baiklah,terima kasih pakcik"balas saya.
Selepas mendengar kata-kata encik Hera tadi,saya kurang gugup.Saya juga teringat yang senior Takeshi juga sedang menyokong saya.Jadi saya tidak boleh kecewakannya,saya mesti memenangi perlawanan.
Beberapa minit selepas itu,pengadil perlawanan berada di tepi gelanggang untuk memanggil peserta.Dari apa yang saya tahu pengadil dipilih dari kalangan Moon Knight.Jadi penipuan atau yang sama dengannya tidak berlaku.
"Di sebelah kiri saya,Ogre yang gagah dan mahir dalam seni bela diri.Berumur 28 tahun.Dengan daya ketahanan yang tinggi,dia juga dikenali sebagai Perisai Ogre.Dipersilakan Core Leader Ogre,Hera!"
Selepas juri selesai memberi pengenalan pada encik Hera,orang ramai bersorak kuat dan ada juga orang-orang muda yang menjerit-jerit namanya.Encik Hera memang popular.Tak sangka yang senior ada ahli keluarga yang terkenal macam dia ni.
"Kemudian,di sebelah kanan saya pula.Seorang manusia berumur 16 tahun.Graduan Fantazia's Art of Magic and Sword's School.Ini ialah kali pertama dia akan bertarung di gelanggang ini.Memperkenalkan,Kenji!"
Saya perlu banyak berusaha lagilah.Pengenalan saya ni terlalu ringkas dan tiada apa yang penting dalamnya.Orang ramai cuma berdiam sahaja kecuali senior dan keluarganya.Haha.....
"Peraturannya senang sahaja.Keluarkan lawan awak dari gelanggang,salah satu pihak menyerah kalah atau bunuh pihak lawan dan awak akan menang.Tiada bantuan dari luar dan tidak dibenarkan menukar peserta ketika bertarung"
"Baiklah,kamu berdua.Tunduk hormat"
Ketika ini,saya dapat merasakan aura yang sangat kuat di depan saya.Dia memang tidak berfikir untuk menahan kuasanya.Selepas kami selesai tunduk hormat,encik Hera terus berada dalam posisi bertarungnya.Selepas melihat tindakannya,tangan saya bergerak dengan segera untuk mencapai pedang saya.
"Mula"
Sebaik sahaja pengadil menyebut mula,encik Hera sudah berada di depan saya dan memulakan serangannya."Argghh".Saya dah tahu yang pertarungan ini tak jadi mudah.Sebelum saya sempat bangun,encik Hera tarik saya dan lempar saya ke hujung gelanggang.Saya sempat mengeluarkan pedang saya dan menahan diri saya dari keluar gelanggang.Saya pandang ke depan dan melihat encik Hera sedang berlari ke arah saya dengan satu tenaga yang sangat kuat.Saya tidak boleh diam sahaja!
"Water Element:Hydro Gun"
Saya menembaknya dengan magis tapi ia lansung tak menjadi.Saya perlu kekalkan fokus agar tidak terkena serangan dia.Apa yang saya boleh buat sekarang ni cuma mengelak sahaja.
"Apa yang berlaku ni,Kenji"
"Kenapa lemah sangat?"
"Serang saya Kenji,kamu ni bukan pengecut"
Senanglah dia cakap macam tu dia ni bukannya kuat sahaja tapi dia ni laju jugak.Saya perlu cari peluang untuk gunakan pedang saya.Sambil mengelak,saya terlihat muka senior yang risau.Saya tak boleh salahkan dia sebab saya sendiri tidak boleh melakukan apa-apa sekarang.
Bukan.....dia bukan risau sebab saya diketepikan tapi dia risau sebab saya tidak menggunakan kemahiran sepenuhnya.Baiklah,saya akan tunjukkan apa yang saya belajar dari latihan saya dengan awak senior.
"Water Element:Hydro Meteor"
"Haha,gerakan macam ni tak akan melemahkan saya lansung"
Saya tahu tu.Tapi saya tahu saya perkara lagi.Kemenangan bukan sahaja ditentukan sekadar dari kekuatan sahaja.Tapi strategi ialah paling penting
"Hmm,dia telah hilang!"
"Mana dia?Jadi dia gunakan serangan tadi untuk menghalang penglihatan saya"
"Betul tu!"
Saya menghayun pedang saya pada encik Hera tapi dia sempat melihatnya dan menahan serangan saya tu.Saya segera ke belakang dan guna serangan yang sama.Dia dapat menahan serangan itu.Saya gunakannya lagi dan dia masih dapat menahannya lagi.Lagi dan lagi.
"Hoi,Kenji!!"
"Apa semua ni?Guna pergerakan sama berulang kali.Kenapa teruk sangat serang kamu ni"
Saya melepaskan nafas yang panjang kali ini."Water Element:Hydro Meteor"
"Graggh,kamu sakitkan hati saya betul"
"Tak kiralah mana kamu serang,saya masih boleh tahan faham tak.Keluar sahaja sekarang"
"Jangan nak menyorok lagi"
Saya faham yang gerakan ini lansung tak akan mengalahkan pakcik tapi saya buat satu pembetulan.Apa yang lakukan bukannya satu serangan.Sebaliknya saya cuma cuba mengawal pemikiran pakcik dan nampaknya ia sudah berjaya.Pakcik sendiri cakap yang untuk mencapai maklumat,kita boleh lakukan apa sahaja strategi asalkan matlamat boleh dicapai.Jadi inilah jalan yang saya pilih.Gerakan saya gunakan lepas ni,akan menunjukkan keputusan saya.
"Asap sini dah hilang,kenapa kamu tak serang"
"Jangan kamu nak lari pulak"
"Saya bukannya pengecut nak lari dari pertarungan yang saya cari sendiri"
"Keluar pun kamu"
"Urgh"
Betultu pakcik.Gerakan yang saya akan gunakan ini mempunyai harapan yang saya telah bina sehingga sekarang.Ambillah serangan terkuat saya!!!SWORD SKILL!!!
"Sword Skill:Shining Sword"
Sword Skill gerakan yang paling sukar untuk dikuasai.Ia adalah pergerakan yang menggabungkan seni magis dan pedang menjadi bentuk baharu.Ia memerlukan latihan yang banyak dan fokus yang tinggi.Itulah teknik terhebat saya,Sword Skill.
"Huh,huh"
"Shining Sword ke.Jarang saya tengok pergerakan tu.Shining Sword ialah pergerakan yang berubah mengikut penggunanya.Semakin kuat penggunanya,semakin kuat serangan itu"
"Pakcik masih tak jatuh"
"Aduh,itu dah lebih dari separuh kuasa saya sekarang tahu"
Encik Hera memang benar-benar perisai.Serangan yang kuat macam tu pun masih boleh berdiri.Badan saya pun dah lemah sekarang.Saya tak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan di atas ni.Ayuhlah badan,keluarkan kekuatan awak lagi saya tahu awak boleh lakukannya lagi.Lagi sekali.Saya akan lakukannya 'Shining Sword' sekali lagi.Sebelum saya sempat berdiri tegak,encik Hera menyerang saya dengan serangan magisnya.'Earth Element:Thousand Stone'.Saya cuba menahannya tapi saya tetap ditolak.Gerakan dia berhenti sebentar mungkin disebabkan kawalan magis dia yang lemah.Walaupun begitu,badan saya juga menjadi makin lemah.Saya dah tak mampu nak bergerak dah.
"Terima ni sebagai serangan terakhir kamu sebelum kamu kalah"
"Argghh"
Saya lansung tidak dapat mengelak.Saya mendengar senior Takeshi menjerit nama saya.Tapi saya tak mampu melihatnya pun.Saya berasa sedih kerana lemah sangat.Kemudian,saya teringatkan budak perempuan itu.Saya berasa kecewa kerana matlamat saya masih jauh dari dia.Kalaulah keajaiban boleh berlaku sekarang.Saya harap ia boleh berlaku.
Kemudian,badan saya tiba-tiba menjadi ringan.Saya fikir yang saya mungkin hampir mati tapi entah kenapa ia rasa seperti kuasa saya semakin bertambah dan bukannya berkurang.Saya cuba bangun dan pandang ke arah encik Hera.Ketika saya cuba bangun mata kanan terasa sakit.Saya lansung tak tahu apa yang berlaku tapi saya rasa mata ni lah sebabnya.
"Jadi awak masih boleh bergerak"
"Marilah serang saya"
"......"
"Hoi,mata awak tu"
"Apa!"
Share this novel