Chapter 10(Bayang)

Adventure Completed 485

"Fuahhh"
"Sedapnya"kata saya dan Senior Takeshi serentak selepas merasa masakan Ao.

"Terima kasih"
"Itu cuma sup,sekarang ayuh kita makannya bersama nasi dan ayam panggang yang saya bawa bersama"

"Baiklah"jawab kami berdua dengan serentak.Sebelum tiba di Pekan Beast,kami berehat seketika untuk makan tengahari.Seperti yang dijanjikan,Ao masakkan makanan untuk kami berdua.Sebelum Ao sertai kami,saya dan senior cuma makan makanan yang diproses seperti kacang dalam tin ataupun makanan ringan.Selepas merasa masakan Ao,saya bagaikan boleh berlatih sepanjang hari.Hmm,nikmatnya!

"Jadi awak cuma perlu kalahkan lagi lima Core Leader kan,Kenji"tanya Ao.

"Ya tapi saya masih terfikir sama ada saya boleh kalahkan kesemua mereka"
"Dua pertarungan awal ni pun dah memaksa saya gunakan sepenuh tenaga saya"

"Memang itu pun sebab utama pertandingan ini diadakan"kata senior Takeshi.

"Maksudnya"tanya saya kembali.

"Pertandingan ini bukan sahaja dapat melihat bakat-bakat dalam diri sesetengah peserta tetapi ia juga membantu peserta untuk memecahkan tahap kuasa mereka untuk menjadi lebih tinggi"
"Kalau awak tak percaya,kuasa awak sekarang sangat berbeza dari waktu awak di FAMS"
"Bertarung dengan pakcik saya telah meningkatkan kuasa dan pertahanan awak manakala bertarung dengan ayah saya dapat meningkatkan kemahiran awak membina strategi serta fokus dalam perlawanan"

Saya faham dengan apa yang disampaikan oleh senior.Tapi saya ragu-ragu kalau saya boleh menang jika saya ditakdirkan bertarung dengan ayah saya.Dia mungkin tidak memberi perhatian yang saya mahu sewaktu di sekolah dulu tapi bertarung dengan dia mungkin hanya akan mencelarukan kepala saya lagi.

"Kenji,awak tak perlu risau"
"Saya dan Takeshi pasti akan menyokong awak"kata Ao

"Betul tu"
"Tak kiralah apa pilihan awak,kami akan menyokong sepenuhnya"

"Terima kasih,awak berdua"
"Hati saya rasa lebih tenang sekarang"

Setelah habis kami berbual dan makan,kami berkemas untuk meneruskan perjalanan.Dari peta yang ada pada senior,pekan tu dah dekat dari sini.Saya harap pertarungan di situ tak menjadi beban yang besar pada saya.

Ssshhh

Humm.Saya ada dengar bunyi yang mencurigakan.Ia seperti ada yang memerhatikan kami.Forest Thieves kah?Tak mungkinlah,Forest Thieves patutnya hanya berada di kawasan mereka berdekatan hutan puak Ogre sahaja tetapi macam mana mereka boleh masuk ke kawasan ini.Macam mana sekalipun, bunyinya makin dekat.Senior memberi isyarat untuk bersedia pada saya.Kemudian,kami diserang dari depan secara mengejut.

Clang

Saya sempat menepis serangan itu.Di hadapan saya sekarang ni,terdapat seekor Beast dari golongan serigala.Kenapa mereka serang kami? Bukankah puak Beast ialah puak yang aman.Ketika saya berfikir,ada seekor lagi menyerang saya dari belakang.

Ktangg

Senior berjaya menahan serangan tadi."Hoi,Siapa awak semua ni?Kenapa serang kami"

"Awak tak perlu tahu sebab dan alasan kami menyerang"
"Yang penting cuma kami dapat jalankan tugas"jawab seorang dari mereka.

Kemudian,tiga lagi dari mereka muncul.Mereka memulakan serangan mereka.Perkara telah menjadi lebih pelik kerana mereka cuma menyerang saya.Saya terpaksa melancarkan 'Shining Sword' untuk melepaskan diri.

"Jangan harap awak boleh lakukan"
"Fire Element:Fire Veil"

Sebelum sempat saya gunakan,mereka berjaya mengepung kami dengan api mereka."Water Element:Hydro Meteor"Saya cuba memadamkan api-api tersebut.Saya berjaya memadam api tu tapi mereka masih menyerang.Kemudian,saya berlari ke arah satu serigala itu dan menjatuhkan dia dengan menendang kakinya.Saya berjaya menjatuhkan dia dan menggunakan lututnya untuk melompat dan menggunakan 'Meteor Thrust'.Saya berjaya menjatuhkan semua yang menyerang saya.Mereka berundur dengan pantas selepas salah seorang dari mereka seperti mendengar arahan.

"Nampaknya mereka dah pergi"
"Apa semua tu"
"Kenapa mereka cuma serang awak sahaja"tanya Ao dengan muka yang agak risau.

"Saya pun tak tahu sebab mereka serang saya"balas saya.

"Hmm,gerakan mereka tidaklah setanding Core Leader ataupun Kenji tapi kerjasama mereka berjaya mengetepikan Kenji tadi"
Senior Takeshi menghela nafasnya sebentar"sapa sangka,kawasan puak Beast yang aman dan makmur pun ada penyerang hendap macam tu"

"Apa maksud awak dengan aman dan makmur"tanya saya.

"Puak Beast bukan sahaja terdiri dari haiwan seperti serigala tapi banyak lagi macam kucing,burung,anjing dan banyak lagi selain Lizardmen yang ada kawasan mereka sendiri disebabkan masalah kulit mereka"
"Walaupun mereka pelbagai,mereka diklasifikasikan sebagai puak yang paling aman di Fantazia dan satu-satunya puak yang tidak pernah menyertai peperangan"

"Apa yang berlaku ya pada puak ini"kata Ao

Saya dan senior tak mampu menjawab.Kami bertiga terdiam sebentar sehinggalah senior Takeshi berkata sesuatu..

"Baiklah,jangan kita risau"
"Kita cuma perlu lebih berjaga-jaga sekarang"
"Lagipun,Kenji.Awak dah tunjukkan yang awak sudah menjadi lebih kuat"

"Eh,maksud senior"

"Ketika bertarung pakcik Hera,awak hilang banyak tenaga ketika menggunakan Sword Skill tapi sekarang awak masih boleh berdiri dengan tegak"kata senior.

"Wah,betullah"
"Saya lansung tak rasa penat"
"Mungkin ini semua hasil latihan saya"

Diam kami tadi terus hilang dan kami menjadi tenang semula.Tanpa berlengah,kami teruskan perjalanan kami ke pekan Beast.Setelah beberapa minit berjalan,kami akhirnya nampak pintu masuk pekan itu.Walaupun begitu, nampaknya seperti ada ramai orang yang berdiri di depannya.Siapa mereka tu....

"Selamat datang kepada kamu,Kenji dan rakan-rakannya"
"Nama saya ialah Adowsy,Core Leader Puak Beast"
"Saya memang menunggu-nunggu ketibaan kamu semua"kata seekor lelaki serigala itu.

"Macam mana awak kenal kami dan apa tujuan awak"tanya saya sambil berasa curiga.

"Saya telah mendapat maklumat kamu dari sahabat saya,Hera.Kamu pasti kenal dia"
"Dia beritahu yang ada seorang budak akan datang untuk mencabar Core Leader jadi kami menunggunya"balasnya sambil tersenyum pada kami.

"Itu sudah beberapa minggu lepas,tak mungkinlah awak menunggu kami selama itu"kata senior Takeshi yang rupanya seperti tidak puas hati.

"Tak kira sebulan ke,seminggu ke ataupun sehari sebelum Pertandingan ke,saya masih akan tunggu"
"Lagipun,saya telah mendapat maklumat dari sumber Core Leader puak pari-pari jadi itu mungkin bukti yang kukuh untuk mengetahui saya tidak mencurigakan"
"Dan juga Kenji,kamu pasti tak mahu membuang masa di sini.Ayuh saya sediakan tempat untuk kamu berlatih,berehat dan bersantai sementara kamu menunggu waktu kamu untuk bertarung"

Rasa musykil masih belum hilang tapi tawaran tu mungkin agak bagus.Hasrat senior Takeshi lansung tak ditapis.Walaupun muka dia nampak serius sekarang,dia memang telah termakan dengan tawaran itu semua.Saya cuba bertanya pendapat Ao,dia kurang yakin untuk terima tawaran itu tapi kami seperti tiada pilihan lain.Dan juga,jika kami tolak tawaran tu,ia agak biadap.Jadi kami terima tawaran.

Walaupun saya telah terima tawaran tu,hati saya masih belum tenang.Saya rasa macam ada benda yang tak kena di tempat ni......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience