Setelah saya keluar dari FAMS saya berjalan ke lorong pejalan kaki yang sudah lama tak digunakan untuk mencari sedikit maklumat tentang dunia luar yang saya jarang lihat.Saya berjalan sambil melihat permandangan di sekeliling yang dipenuhi pelbagai jenis pokok yang saya cuma pernah lihat di dalam buku.Disebabkan jalan pejalan kaki ini nampaknya dah lama tak digunakan,ia terdapat banyak akar-akar yang yang telah menghalang jalan seperti jalan ke kawasan yang seram dan berhantu seperti dalam buku dan filem.
Setelah beberapa minit berjalan,saya berhenti seketika untuk memastikan lokasi dan kedudukan saya.Masa saya sedang melihat peta digital yang dihadiahkan oleh Senior Takeshi tahun lepas,saya terlihat satu permandangan yang tidak berapa memuaskan hati.Lebih kurang 100 meter dari sini,saya ternampak seorang budak perempuan dan seorang mak cik yang mungkin ibu budak tu disamun oleh dua orang Forest Thieves.
Forest Thieves ialah pencuri yang tinggal dan hidup di dalam hutan di sekitar ini.Mereka teruskan kehidupan mereka dengan barang curi yang mereka dapat dari mangsa mereka.Mereka tidaklah kuat sangat tetapi katanya mereka ni agak tangkas dan bijak.Tetapi mereka ada satu kelemahan iaitu mereka tidak suka bekerja dalam kumpulan.Bilangan mereka dikatakan mencecah 200 tetapi jika seorang dari mereka di dalam masalah,mereka tidak akan ambil kisah.Kenapalah mereka yang saya jumpa dulu......
"Hoi,orang tua.Baik kau beri semua harta yang kau ada sekarang"
"Tolonglah lepaskan kami.Kami baru sahaja lepas beli semua barang ni.Gaji saya pun baru sahaja dapat"pohon makcik itu.
"Siapa kisah!Awak ni pembekal untuk kami"balas salah seorang pencuri itu.
"Betul tu.Awak yang lalu sini jadi salah awaklah yang mengawalkan hari gaji kami"kata pencuri yang lain pula.
Pencuri tu langsung tak melayan rayuan mereka berdua.Mereka telah mengambil barang-barang makcik secara paksa sambil mengendahkan kata-kata makcik tu.Sementara itu,budak perempuan yang ada di situ cumalah mampu menangis meminta tolong.Budak perempuan tu nampaknya seperti baru berumur 7 ke 8 tahun.Dari apa yang saya tengok,saya hanya boleh cakap yang dunia tak seindah rupa.Perkara seperti ini selalu sangat berlaku dalam kalangan orang ramai.Jika saya cuba tolong mereka pun,apa yang saya mungkin dapat?Sakit?Luka? Penghargaan?Upah?Matlamat?Ketika itu,saya cuma mampu melihat dua orang yang dalam kesusahan diseksa di depan mata saya sendiri.
"Hmm,siapa awak ni?"
"Awak nak pertahankan mereka berdua ni ke"
"Awak ni cuba berlagak nak jadi hero,ke"
Dia ni cakap dengan saya,ke?Kenapa dia pandang saya?Saya ada lakukan sesuatu ka?Selepas beberapa saat saya termenung pada Pencuri tu,baru saya sedar yang badan saya bergerak dengan sendirinya.Hati saya yang katakan tidak mahu pun tidak mampu melawan badan saya ni.Apa perlu saya buat,perlukah saya bunuh dia?Ataupun halau dia baik-baik sahaja?Ataupun saya boleh buat tak tahu sahaja???
"Maaflah menganggu tapi saya yakin awak cuba membuatkan seorang wanita dan seorang budak perempuan berasa tidak selesa,jadi boleh awak pergi"
Apa yang saya buat ni!!Saya cuma cari masalah!!!
"Haaaaahh!!!Awak ingat saya kisah dengan apa yang awak cakap"
"Dengar ni,awak semua berada dalam kawasan kami jadi perlulah kami ambil bayaran"kata seorang Forest Thieves
"Jadi.....,awak pun mestilah beri semua barang yang awak ada kepada kami"bisik seorang lagi dari mereka kepada saya sambil cuba mencuri barang saya dan mengugut saya dengan menunjukkan senjatanya.
"Saya cuba minta dengan cara aman tapi awak yang memaksa saya"
Apa saya buat ni!?!?!Jangan masalahlah,saya!!!
"Awak telah sentuh senjata saya,jadi itu bermakna yang awak memang nak bertarung dengan saya kan..."
Kenapa saya kata macam tu........
Ini bukan........ Ini.........
Inilah dia.............
INILAH DIA PENGEMBARAAN YANG SAYA NANTI-NANTIKAN!!!!!!!!
"Oh,Awak nak bertarung ye"
"Marilah lawan kami berdua"
Kedua-dua Forest Thieves itu mengeluarkan pedang Perak yang sangat tajam.Saya ingatkan saya akan mula berasa takut bila mereka mengeluarkan senjata tetapi hati saya berdegup dengan pantas berasa tidak sabar lagi untuk teruskan pengembaraan ini.Dengan perlahan saya mengeluarkan 'Pedang Sempurna' yang diberikan Ttenn pada saya.Setiap pergerakan mereka terasa perlahan dan persekitaran saya ni terasa sangat sunyi.Jadi inilah pertarungan sebenar.Inilah kali pertama saya bertarung dengan makhluk hidup menggunakan pedang sebenar.
"Graaaagghh"
Swisshhh
Saya menghayun pedang ini dengan berhati-hati agar tidak terkena makcik dan budak perempuan tu.Nampaknya mereka memang seperti dikhabarkan agak tangkas dan pantas.Mereka berjaya menolak saya ke kawasan yang dipenuhi akar.Saya telah terjatuh selepas tidak sengaja terpijak salah satu akar yang di situ.
"Awak tak boleh buat apa-apa dah"
"Sekarang ni kami dah menang"kata pencuri itu.
"Awak yakin ke,wahai Forest Thieves"
"Apa?!?!?!?"kedua-dua pencuri itu terkejut ketika mereka pusing ke belakang dan melihat satu tangan yang gergasi di belakang mereka.
"Water Element:Aqua Hand!!!"mereka tidak sedar yang saya menggunakan magis untuk menyerang mereka.
Akhirnya mereka berjaya dikalahkan.Mereka berdua meminta maaf dan memulangkan semua harta yang dicuri kepada makcik itu semula.Saya lepaskan mereka kerana saya tidak mahu masalah saya bertambah.Mereka melarikan diri dengan sangat pantas.
"Terima kasih,ye"
"Kalau tak sebab kamu,kami mungkin tak dapat nak meraikan hari kepulangan anak makcik"
"Haha,tak apa"
"Saya pun kebetulan je lalu sini"
"Saya ni bukannya ada hala tuju jadi saya pergi ke mana saja yang saya rasa nak pergi"balas saya
"Awak ni Holy Knight ke?"tanya budak perempuan itu.
"Bukan.Tapi Holy Knight tu apa?"
"Awak bukan Holy Knight"
"Hmm,Awak kuat jadi apa kata awak cuba menjadi Holy Knight"
"Kalau nak tahu Holy Knight tu ialah"
"Cukup lah tu"
"Ayuh berhenti di situ dulu"sebelum sempat budak itu memberi penerangan,makcik sudah menyampuk.
"Apa kata awak datang ke rumah kami"
"Awak boleh teruskan perbualan awak di sana"
"Lagipun awak tiada destinasi lain untuk pergi,bukan"
Saya fikir hendak menolak tawarannya tapi ada betul juga apa yang makcik ni kata.Jadi selepas fikir masak-masak,saya bersetuju untuk ikut makcik itu ke rumahnya.Saya kemas barang saya dan membawanya sambil ikut ke mana makcik itu pergi.Kan bagus kalau ayah saya benarkan saya pulang terus ke rumah.Entah kenapalah dia larang saya pulang ke rumah dia?
Dalam perjalanan saya berbual sedikit-sebanyak dengan makcik itu.Dia beritahu saya yang dia tinggal dengan anak perempuannya sahaja.Dia beritahu yang dia mempunyai seorang anak lelaki tetapi dia tinggal di asrama manakala suaminya tinggal di kawasan lain.Setelah beberapa minit berjalan,rumah makcik ni dah hampir.Rumah makcik ni nampaknya taklah jauh sangat.Bila tiba di kawasan rumah makcik ini baru saya sedar yang makcik ni ialah makhluk Ogre.Patutlah badan agak sasa sedikit tapi anak dia ni,nampak macam kurus sikit dari budak Ogre yang lain dan kulitnya cerah sedikit dari semua yang di sini.Muda lagi ke?Orang gaji??Ataupun anak angkat???Bila saya pandang muka makcik ni,saya seperti teringat seseorang tapi siapa ya?
"Kamu duduklah di situ dulu,ya"
"Makcik sediakan sedikit makanan untuk kamu"
"Hana,mari tolong mak sediakan makanan"
"Baik!!!!"
Jadi budak tu memang anak makcik ni.Hmmm,saya yakin saya pernah lihat benda macam ni dulu.
"Kamu ada apa-apa yang kamu mahu makan"
"Makcik boleh tolong buatkan"tanya makcik itu pada saya.
"Apa-apapun tak apa makcik"
"Saya makan ja"
Hati saya mahu saya menolak tawaran makcik ni tapi perut saya kata sebaliknya.Saya terima jelah tawaran baik makcik ni.Kan bagus kalau saya ada keluarga macam ni.Ketika berada di situ,saya sempat melihat keadaan rumah di kawasan Ogre.Rumah mereka kebanyakannya di perbuat dari batu bata dan gua bawah tanah.Pakaian mereka nampaknya tidaklah seperti yang saya jangka.Saya membayangkan puak ni hanya berpakaian kain atau benda macam tu tapi mereka ni pakai pakaian yang lebih moden dari saya.Mmmm,nampaknya budak perempuan tu menolong maknya jadi dia tak boleh beritahu tentang Holy Knight itu sekarang.
Tidak lama lepas tu,saya terdengar bunyi pintu terbuka.Ketika pintu dibuka,makcik dan budak perempuan itu nampaknya pergi dan menyambut kepulangan orang tersebut.Mungkin dia ni lah anak lelaki makcik ni.Jika suami,suara lelaki ni mungkin sedikit garau kerana dia Ogre.Semakin lama saya mendengar,saya berasa suara yang dikeluarkan oleh orang itu seperti pernah saya dengar sebelum ni tapi di mana?Saya yakin saya selalu sangat dengar suara ni.Suara yang sedikit garau tetapi riang dan lembut serta tidak terlampau kuat.Suara ni memang saya selalu sangat dengar.Siapa lelaki ni?.Saya kenal dia ke?.Siapa dia ni?
Selepas itu,seorang lelaki yang saya sendiri sudah terlupa tentangnya telah muncul di depan saya.Patutlah saya seperti pernah dengar suara ni.Budak perempuan tadi pun,saya sudah tahu kenapa badan dia kurus sahaja.Hal ini disebabkan ayahnya bukanlah dari puak Ogre tetapi dia dari puak pari-pari.Dan maklumat ni,saya cuma kenal seorang sahaja yang mempunya ciri-ciri sama macam ni.Dan orang itu mestilah......
"Senior Ta....Takeshi"
"Ini rumah awak ke"
"Kenji?"
"Apa yang awak buat di sini"
Nampaknya pertemuan yang tidak dijanjikan kami telah berlaku.Saya tergamam dan tidak tahu apa yang nak dicakap.Ia seperti kenapa saya tak terfikir yang saya akan jumpa dia disini.Dia ni separuh Ogre Dan separuh pari-pari.Patutlah saya berasa seperti pernah lihat rupa makcik ni sebelum saya jumpanya.Rupa-rupanya,dia ni ialah ibu kepada senior saya di Sekolah FAMS dan rakan sebilik saya di asrama.
"Jadi kenapa awak ada di sini"tanya senior pada saya.
"Mak awak jemput saya datang selepas saya selamatkan mereka dari Forest Thieves"
"APA!!!Betulkah mak diserang mereka ni?Ada cedera tak?Tak ada barang yang hilang"
"Jangan risau lah sangat,budak ni yang datang selamatkan kami tadi"
"Kalau tak sebab dia,kami mungkin pulang dengan tangan kosong"
Senior Takeshi melepaskan nafas lega dan berpuas hati dengan apa yang berlaku.Kemudian,senior memperkenalkan saya pada mak dan adik perempuannya.
"Mak,dia ni ialah Kenji.Rakan sebilik dan rakan satu sekolah saya di FAMS"
"Dia ni muda dua tahun dari saya tapi dia sudah graduasi disebabkan dia berjaya lompat tahun"
Mak dia pun mengangguk faham dan mengusik senior yang hampir terpaksa ulang tahun akhirnya kerana hampir gagal dalam ujian bertulis.Senior menunjukkan muka yang saya tidak pernah lihat sebelum ni di asrama mahupun di sekolah.Kemudian,senior segera menukar tajuk dan bertanya sebab saya masih di sini untuk menutup malunya.
"Jadi ada sebab ke kenapa awak masih di sini"
"Dia sebenarnya datang untuk mengetahui tentang Holy Knight"adiknya tolong jawab soalan itu untuk saya.
"Holy Knight?"
"Kenapa"
Sebelum saya sempat menjawab,senior nampaknya telah mendapat jawapan untuk dirinya.
"Macam tu,ye"
"Baiklah,saya boleh tolong terangkan pada awak"
"Hmm,dari mana saya mahu bermula ya"
Share this novel