Perhatian!!!

Adventure Completed 485

Okay,setelah sekian lama tidak menulis,saya,Mamoru Satoshi akan kembali untuk menyambung semula novel "Holy Sword" dan "Eiyuu".Bagi yang menunggu untuk chapter baru kedua-dua novel tersebut,saya betul-betul minta maaf kerana sejak belakangan ini,saya agak sibuk dengan hal-hal lain dan idea tak nak timbul,haha.Jadi saya berharap,apabila saya mula menulis semula,para pembaca juga akan turut bertambah dan memberi sokongan mental pada saya.

Kembali pada topik novel,saya mempunyai beberapa news tentang novel yang saya tulis.Pertama sekali,Eiyuu.Walaupun tak ramai yang baca tetapi bagi yang membaca,terima kasih dan para pembaca hanya perlu menunggu lagi sebulan sahaja untuk chapter seterusnya.Insya Allah,kalau saya tidak sibuk dan tidak diganggu apa-apa,Eiyuu akan kembali pada bulan depan.

Seterusnya untuk Holy Sword.Saya telah berhenti menulis Holy Sword lebih lama kerana saya agak fokus pada novel lain yang dipublishkan ketika itu iaitu Death Wish jadi bagi yang membaca Holy Sword,saya mahu meminta maaf terlebih dahulu.Baiklah,untuk beritanya,saya membuat keputusan setelah berfikir panjang untuk reboot cerita ini.Jadi maksudnya,saya akan menulis semula dari awal.Hal ini disebabkan beberapa faktor contohnya,ketidakpuasan saya dengan hasil yang ada dan ada beberapa perubahan yang saya mahu lakukan pada novel tersebut.Jadi bagi yang membaca Holy Sword,saya mohon maaf dan berharap anda semua akan turut membaca versi baharu itu.

Aish,ada lagi news dia.Untuk Holy Sword juga yang ini.Saya sebenarnya merancang untuk release Holy Sword dalam dua versi iaitu versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menarik perhatian orang luar(Holy Sword saja,Eiyuu tidak akan ditranslate ke English).Jadi kalau para pembaca ada kawan-kawan yang minat kisah fantasi atau teringin nak baca satu masterpiece(lol),bolehlah kongsi novel ini pada mereka??

Dan sebelum saya terlupa,saya bercadang untuk release Holy Sword versi baharu itu mulai bulan September jadi nantikannya.

Okay,itu sahaja dari saya.Saya minta maaf kerana tidak posting apa-apa cerita setelah sekian lama.Walaupun tak ramai yang baca novel saya ni,saya memang betul-betul menghargai mereka yang membacanya.Kalau baca tu,tinggalkanlah review,bolehlah saya tahu apa yang korang rasa terhadap novel ini.Baiklah,sampai sini saja.Bye

*Jangan Lupa,bulan Lapan untuk Eiyuu dan Sembilan untuk Holy Sword??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience