2 jam kemudian,
"Ayah awak ni macam mana ya,Senior Takeshi"tanya Kenji.
"Hmm,ayah saya agak mahir dalam magis jenis angin.Disebabkan dia pari-pari jadi dia boleh terbang"
"Awak mungkin akan susah sedikit bertarung dengannya dari bertarung dengan pakcik Hera sebelum ni"jawab senior Takeshi.
Nampaknya lawan saya akan jadi lebih susah dari sebelum ini.Kalaulah saya boleh terbang mungkin saya boleh kalahkan dia dengan lebih mudah.Leaps satu,satu lagi masalah.Nampaknya saya perlu berlatih lebih lagi bila dah sampai di sana.
"Hei,senior.Jauh lagikah kawasan puak pari-pari tu?"tanya saya pada Senior.
"Bolehlah tapi jalan hutan ni lah yang paling dekat kalau kita tidak menggunakan apa-apa kenderaan"jawab Senior.
"Oh,macam tu yeeiiiiii"
"Ye,memang pun tapi kenapa awak cakap macam tu"
"Kenji,Mana awak ni?"
"Hoi,sejak bila awak belajar gerakan menghilang ni"
"Aaaaaaaaa"
Perkara yang tidak disangka berlaku lagi pada saya.Siapa sangka tempat yang saya pijak tadi tu terdapat lubang.Sekarang ni saya terjatuh dan terluncur ke tempat yang saya tak tahu.Sementara itu,senior pasti tercari-cari saya.Kenapa benda macam ni berlaku pada saya lagi?!?
"Kenji!"
"Kenji!!"
"Di mana awak?Tak mungkinlah dia dah ambil salah jalan"
"Aduh,saya akan pergi ke Gerbang Bandar Pari-pari dahulu.Mungkin dia jumpa jalan keluar kemudian dan berjaya keluar"
"Aaaaaaaaa"
Kenapa panjang sangat tempat ni.Berapa lama lagi saya akan menggelongsor.Eh,saya nampak hujungnya tapi hati saya lansung tak tenang.Saya rasa mungkin sebab hujungnya ialah curang!"Aaaa"
Splash
"Kyah"
"Aduh,sakitnya"saya nampaknya selamat sedikit kerana ada sungai di sini.Kalau tiada saya mungkin akan patah tulang.Hmm,saya rasa saya ada dengar suara seseorang tadi.Jadi,saya pandang ke depan dan melihat seorang perempuan muda yang rupanya agak sebaya dengan saya.Dia nampaknya macam nak cakap sesuatu.Kenapa saya rasa perasaan yang buruk ni??
"Pe.."
"Pe?"
"Pengintai!"perempuan tu menjerit dan cuba untuk membaling batu yang agak besar pada saya.
"Ehhh!"
"Tunggu dulu saya bukannya mengintailah"
"Turunkan batu tu dulu,saya akan terangkan"
Dia meletakkan batu tu dan nampaknya dia sudah lebih tenang.Cepat jugak dia bertenang.Kalau ni komik dia mungkin masih lagi pegang batu tu.
"Baiklah,sebenarnya saya jatuh dari lubang di atas tu dan tergelongsor ke sini"
"Saya lansung tiada niat nak mengintai awak,saya cuma mahu ke Kawasan Puak Pari-pari untuk mencabar Core Leader ya sahaja"
"Buktinya ialah tanda di pakaian saya"
"Oh,macam tu ya"
"Kalau macam tu saya percaya"
"Eh,senangnya!Awak tak rasa sangsi pada saya"selalunya dalam situasi macam ni, perempuan akan tanya beribu-ribu soalan yang berkait ataupun tidak berkait tapi dia ni terima macam tu je.
"Tidak,saya tak rasa sangsi pada awak pun"
"Saya rasa awak bercakap benar"
Wah,bertuahlah jumpa orang macam dia ni.Rasanya budak perempuan yang saya jumpa dulu tu baik macam dia ataupun sebaliknya.Seleps itu,saya bangun dari sungai itu dan mahu meneruskan perjalanan saya.Err,mana saya nak jalan ni???
"Jika mahu,saya boleh tunjukkan jalan pada awak"
"Tak apakah"
"Awak nampaknya agak sibuk"
"Tak apa,saya cuma mencuci pakaian saya sahaja dan ia telah pun siap"
"Saya pun tinggal di tempat tu juga"
"Eh,kenapa awak basuh pakaian di sungai?Rumah awak tiada mesin basuh ke"
"Dan awak ni dari puak pari-pari ke"
"Rumah saya ada tapi saya cuma nak biasakan diri mencuci pakaian cara lama jika air di rumah dipotong"
"Dan saya bukannya dari puak pari-pari,saya ialah manusia dan....."
"Ye,saya cuma manusia dan saya tinggal di sini bersama dengan mak saya"
Selepas itu,dia segera mengambil pakaian yang dicucinya dan tunjukkan jalan.Sambil berjalan dia bertanya nama saya dan memberitahu namanya jugak.Nama dia ialah Ao.Seperti yang saya sangka,dia sebaya dengan saya.Kami berjalan tidak lama sangat dan tiba di gerbang bandar.Di situ,saya terjumpa semula dengan Senior Takeshi.Muka dia nampak sangat risau sambil menyilangkan tangannya.
"Kenji,mana awak pergi"
"Kan saya kata jangan bertindak sesuka hati"
"Saya tak buat apa-apa lah"
"Saya cuma jatuh lubang sahaja"Senior nampaknya tak berpuas dengan jawapan saya tetapi dia menerimanya.Kemudian,dia tarik saya ke tepi.
"Hoi,saya ingat awak kata awak orang setia tapi siapa perempuan tu"
"Hei,saya tak buat apa-apa lah"
"Dia cuma bantu saya datang ke sini.Nama dia Ao dan dia tinggal di sini"
"Macam tu,ye"
"Baiklah terima kasih,ye cik Ao"
"Sama-sama"
"Jika ada masalah,awak boleh minta bantuan saya.Rumah saya ada di situ sahaja"
Selepas itu,dia pergi membawa barang dia.Entah kenapa bila bercakap dengan dia,saya rasa sangat tenang.Mungkin saya akan minta bantuan dia lagi lain kali.Sebelum senior berfikir yang bukan-bukan lagi,baik saya tanya dia di mana gelanggang pertarungan.
"Jadi,dekat mana gelanggang tu"
"Hmm,saya yakin awak boleh tengoknya dari sini"
Awalnya,saya kurang faham dengan apa yang dia cakap tapi selepas tengok mana jari dia tunjuk,saya boleh nampak yang pertarungan ni akan jadi lebih susah.Gelanggangnya ialah satu menara berkembar yang sangat tinggi yang menghubungkan semasa mereka.Gelanggang tu memang di bina bagi mereka yang boleh terbang.Sword Skill sahaja belum tentu dapat menenangkan diri saya.
"Hei,maksud awak saya akan bertarung di situ"
"Ye,seluruh bangunan tu ialah gelanggang awak"
"Kalau awak pijak keluar dari gelanggang itu,awak kalah"
"Nak berjaya yang ini bukan senang tapi saya yakin awak boleh"
Saya mengangguk tanda saya setuju.Kemudian,senior bawa saya jumpa dengan ayahnya untuk memberitahu cabaran saya.Bandar pari-pari ni nampaknya lain dari puak Ogre punya kawasan.Puak Ogre tinggal dalam kelompok dan banyak berjalan kaki.Tapi mereka ni tinggal berselerak dan kenderaan dan orang yang berjalan sangat sedikit.Kebanyakkannya cuma terbang.Kawasan mereka juga digunakan sepenuhnya tak sama dengan Ogre yang menggunakan bahagian tengah kawasan mereka sahaja sebagai pekan.Selepas beberapa minit berjalan,kami tiba di bangunan pertandingan.Senior minta saya tunggu sementara dia memanggil ayahnya.
"Hei,Kenji"
"Inilah ayah saya"
Saya agak terkejut melihat ayah dia.Ayah dia lebih rendah darinya dan badannya lebih kurus.Mungkin sebab dia ialah pari-pari.
"Jadi kamu pasti,Kenji"
"Takeshi dah beritahu saya sebab awak datang ke mari"
"Saya tetapkan perlawanan dalam masa 4 hari sebab saya ada hal lepas itu,boleh kan"
"Ya,boleh"Selepas saya menjawab soalan ayah senior,saya mula mencari tempat yang sesuai untuk berlatih.Tempat berlatih yang sesuai agak susah nak cari di sini.
"Kenji,saya rasa kali ini awak perlu fokus pada magis awak"
"Magis air mungkin tak efektif pada jenis angin tapi ada satu cara yang mungkin awak boleh buat"
"Apa dia"
"Caranya ialah gunakan kemahiran pihak lawan"
Saya tak faham apa yang senior Takeshi cuba sampaikan tapi nampaknya ia sangat berguna...
Share this novel