Setelah saya tiba di hotel,saya ternampak seekor Beast dari golongan serigala berdiri di luar bangunan hotel tu.Dia tak nampak seperti seorang pengawal keselamatan.Dia cuma merenung ke salah satu tingkat di hotel tu.Saya tak dapat kenal pasti bilik mana tapi saya yakin dia ni ialah salah seorang dari mereka yang menyerang kami sebelum ini.Ada kemungkinan bilik yang dia perhatikan ialah bilik Kenji.Saya beranikan diri dan berjalan ke arah pintu masuk hotel.
"Oi,awak ni kawan kepada budak Kenji tu kan"
"Kalau ya kenapa"saya cuba berada dalam keadaan bersedia tapi dia sudah berada di belakang saya.Dia menghampiri saya dan berkata "dia lansung tiada peluang,baik menyerah sahaja"
"Tak guna!"saya melepaskan tumbukan pada dia.Namun,dia berjaya menahan serangan itu.Dia tersenyum dan cuba serangan saya semula.Serangannya terkena perut saya.Ia sangat kuat sehingga saya terasa seperti nak pengsan.
"Lemah je kamu ni"selepas itu,dia terus pergi dari situ dengan segera.Benda ni tak boleh dibiarkan sahaja.Kenji mungkin dalam bahaya sekarang.Saya rasa tak sedap hati dengan apa yang mungkin berlaku.Hati saya rasa tidak tenang dan ia membuatkan saya tidak mampu untuk tidur.Saya buat keputusan untuk tidak masuk ke dalam hotel sebaliknya,saya cuba mengawalnya dari luar.
Keesokan pagi,saya ternampak encik Adowsy membawa Kenji dan Ao keluar.Saya tak tahu ke mana mereka pergi jadi saya ikut mereka dari belakang.Mereka berhenti di satu taman tema yang kosong tetapi masih terbuka.Ia bukannya taman tema terbiar tetapi ia bagaikan taman tema persendirian.Ao mungkin boleh dikecualikan dalam hal ini tapi kenapa Kenji pun ikut sekali menimbulkan tanda tanya pada saya.
Untuk memudahkan lagi urusan ini,saya terpaksa ikut mereka bersama ke dalam taman tema tu.
"Selamat pagi,Kenji"
"Senior Takeshi,ke mana awak pergi"tanya Kenji dengan muka yang agak risau.
"Saya cuma keluar berjalan-jalan sekitar pekan"
"Encik Adowsy pun nampak saya,kan"
Dia mengangguk kepada Kenji.Kenji nampaknya puas sedikit dengan jawapan itu.Kemudian,encik Adowsy mengajak saya sertai mereka ke dalam taman tema tu.
*****
Senior Takeshi kata yang dia keluar berjalan-jalan di pekan tapi kenapa dia tidak pulang?Saya tidak mahu tanya soalan tu kerana encik Adowsy ada bersama.Saya kena berhati-hati ketika dekat dengan dia.
"Wah,besarnya tempat ni!"kata saya sambil ternganga luas mulut saya.
"Betullah"sambung Ao.
"Kenji,Ao,Takeshi apa kata kita cuba menaiki permainan itu"encik Adowsy membawa kami bermain dengan pelbagai permainan disitu.Saya agak seronok tetapi masih memikirkan waktu latihan saya.Jika saya cuba nak mintak diri untuk berlatih,dia pasti akan cuba ubah topik secepat mungkin.
"Hmm,nampaknya sudah hampir malam"
"Apa kata kita pulang"kata encik Adowsy.
"Tapi saya perlu berlatih sekarang ni"
"Kamu tak perlu risau,kamu mempunyai masa seminggu sebelum pertarungan"
"Latihan bukannya sekadar memenatkan diri sahaja"
Saya hanya mampu berdiam.Apa yang dia cakap tu ada betul jugak.Mungkin saya perlu berehat sedikit selepas bertarung dengan dua Core Leader yang sebelum ni.Seingat saya,rehat yang saya ada selama ni tak lah lama sangat selepas saya mula mencabar Core Leader untuk pertandingan ini.Akhirnya,saya buat keputusan untuk tidak berlatih hari itu.
Selepas pulang ke hotel,saya teruskan berehat di dalam bilik.Ia memang bilik yang mewah dan selesa.Jika seseorang tidur di sini,memang rasa seperti tidak mahu pulang.Saya cuba berbual dengan senior Takeshi tapi dia sudah tertidur lena.Mungkin dia lansung tak tidur malam tadi.Apalah yang berlaku sebenarnya ni?
Keesokan pagi,encik Adowsy sekali lagi berada di depan hotel dengan keretanya.Sebelum saya sempat berkata apa-apa dia bawa saya,Ao dan senior Takeshi menaiki kereta.
"Encik Adowsy,saya perlu berlatihlah"
"Kamu tak perlu risau"
"Kalau kamu nak tahu,seseorang itu boleh menjadi juara jika dia tahu kawasan yang dia berlawan"
"Jadi hari ini,saya akan bawa awak melihat gelanggang baharu saya sambil itu kita boleh bersiar-siar melihat tempat ini"
Seperti yang dikatakan,dia bawa kami ke gelanggangnya.Gelanggangnya seperti gelanggang pertandingan yang biasa dan berbentuk segi empat sama.Luasnya cukup untuk memuatkan pertarungan melibatkan 6 ke 8 orang.Dalam pengembaraan saya,inilah gelanggang yang paling normal di antara semua.
Selepas habis melihat gelanggang tu,dia bawa kami bersiar-siar sekitar Pekan Beast.Waktu tengahari macam ni agak ramai jugak orang tapi mereka tidaklah seramah yang senior ceritakan.Walaupun Pekan ini tak sebesar Bandar pari-pari ataupun Pekan Ogre tetapi kami masih ambil masa yang lama menghabiskan perjalanan kami di sini walaupun dengan kereta.Bila sahaja tiba di hotel,ia sudah lewat malam.Saya masih tidak sempat berlatih.Saya cuma ada empat hari sahaja lagi untuk berlatih.Saya mesti menolak apa-apa tawaran dari encik Adowsy esok.
Keesokan pagi,
Saya bangun pagi dan turun ke lobi selepas bersiap.Apabila saya tiba di bawah,encik Adowsy telah ada di situ.Hari ni,saya akan menolak tawaran yang dia beri.
"Err,encik Adowsy hari ni sa"
"Apa kata kamu berlatih hari ni"
"Eh"Dia suruh saya berlatihkah tadi?
"Ini dia senjata kamu"
"Tempat berlatih ada dekat situ"
"Awak boleh berjalan dari sini"
"O-okey"
Kemudian,dia terus pergi dengan kereta mewahnya...
*****
Ketika saya turun ke lobi,saya ternampak Kenji bercakap dengan encik Adowsy.
"Apa kata kamu berlatih hari ni"
"Ini dia senjata kamu"
"O-okey"
Selepas itu,dia beredar dari sini.Kenji terdiam di situ.Dia mungkin terfikir tentang keraguan dia pada encik Adowsy.
"Hei,Kenji"
"Senior,selamat pagi"
"Awak nak ke mana pagi ni"tanya Kenji.
"Saya mungkin akan pergi berjalan-jalan sikit lagi hari ini"
"Awak gunalah senjata saya jika perlu untuk berlatih"
"Baiklah"
Kemudian,dia terus pergi ke tempat berlatih dengan muka yang gembira.Dia ni memang gila untuk berlatih juga tapi saya tak boleh salahkan dia.Sudah beberapa hari dia tak sentuh pedang tu.Saya harap dia tidak apa-apa.Baiklah,saya mahu pergi berjalan-jalan sikit lagi.Hari tu saya tak boleh nikmati permandangan sebab encik Adowsy terlampau asyik bercakap sehinggakan saya tak boleh fokus pada keadaan sekeliling.
"Wah,bila tengok sekali lagi,tempat ni memang penuh dengan bangunan yang agak mewah"
"Berbeza sangat dengan Pekan Ogre.Kenapalah saya dilahirkan sebagai separuh Ogre dan Pari-pari"kata saya sambil melawak seorang diri.Tapi apa yang saya cakap tentang kemewahan bandar ini bukannya lawak.Ia memang bandar yang kaya.Saya harap,saya boleh tinggal di sini.
Setelah beberapa minit berjalan,saya berehat di tepi satu bangunan lama sebentar.Bangunan tu seperti lansung tak digunakan dan sudah ditinggalkan dengan lama."Krrkkk"Bunyi apa tu?Saya segera berdiri dan mencari bunyi tu.Bila saya pusing,saya ternampak seekor serigala membawa kotak yang besar ke dalam bangunan lama itu.Selepas itu,saya ternampak lagi empat ekor serigala datang dan masuk ke dalam bangunan itu.Saya cuba melihat ke dalam bangunan lama ini tapi ia lansung tiada tingkap padanya.
"Hoi,budak"
"Apa kau buat dekat sini"seekor serigala dengan kayu di tangannya berada di belakang saya.
"Sa-saya cuma berehat di sini"
"Lepas tu,saya terdengar bunyi dari bangunan ni dan cuba untuk melihatnya"saya beritahunya dengan jujur.Saya takut kalau menipu,dia mungkin akan habiskan saya.
"Oh,macam tu ke"
"Bangunan ni cuma tempat puak-puak serigala menyediakan daging-daging haiwan untuk dijual"
"Kami tak boleh lakukan di tempat awam sebab ia akan takutkan penduduk di sini"
"Jadi kayu tu untuk apa"
"Kayu ni untuk matikan haiwan yang akan dijual"
"Tak perlu risau,kami cuma gunakannya kalau ia masih belum mati selepas di sembelih"
"Tapi....ia juga boleh digunakan sebagai senjata"
"Eekk,ba-baiklah"
"Terima kasih untuk penerangan"saya terus berlari dari situ.Nampaknya saya cuma terjalak berfikir sahaja.Disebabkan takut, saya terus pulang ke hotel dan duduk di dalam bilik.
*****
Keesokan harinya,
Semalam memang hari yang sangat menyeronokkan!Saya akhirnya dapat juga berlatih tapi senior Takeshi lansung tak sertai saya.Ketika pulang ke hotel dia beritahu yang dia penat berjalan-jalan sekitar pekan.Ao pulak kata yang dia berada di setiap restoran di pekan untuk belajar resepi-resepi masakan.Jadi saya berlatih seorang diri sahaja.Saya harap mereka boleh sertai saya hari ni.
"Senior Takeshi,jom kita berlatih bersama"
"Maaflah,saya masih ada sedikit hal untuk diselesaikan"
Kemudian,dia terus keluar dari hotel.
"Kenji,boleh tak awak ajar saya bertarung menggunakan pedang"tanya Ao.
"Hmm,boleh ja tapi kenapa"
"Mana tahu kalau kita diserang lagi jadi saya boleh bantu awak"
"Saya tak mahu menjadi beban untuk awak dan Takeshi"
Ada bagusnya jugak kalau dia mahir dalam seni pedang.Dia mungkin boleh jadi rakan berlatih saya.Saya mengangguk tanda setuju dan ajak dia ke tempat berlatih tu.Ketika ke sana,saya ada rasa sedikit pelik sebab encik Adowsy lansung tak datang hari ni.Selalunya dia akan ada di sini dari awal pagi.Dia sibuk agaknya....
Share this novel