Chapter 16(Realiti)

Adventure Completed 485

Ktang
Clash
Swishh

Saya tidak berhenti menepis serangan encik Adowsy dan orang-orangnya yang bertubi-tubi tanpa henti.Saya ingatkan dengan pedang sebenar saya akan dapat bertarung dengan lebih baik tapi stamina saya yang sedang buat masalah sekarang.Sebelum senior Takeshi tiba,saya menggunakan stamina dan ketahanan badan saya untuk mengelak dan menepis serangan mereka.Saya tidak mahir dalam apa-apa jenis seni bela diri.Semua gerakan saya ialah rawak dan cuma meniru beberapa pergerakan yang saya baca dalam komik.

"Kenapa Kenji?Sudah tak laratkah"
"Mesti lagi senang kalau awak menyerah ja kan" kata Shade dengan muka yang penuh dengan muslihat selepas khianati saya.

"Ya,betul tu"
"Saya sudah sangat tak larat.Macam nak tercabut kaki dan tangan saya ni"
"Tapi mana boleh saya mengaku kalah dalam perlawanan yang macam ni" saya balas dengan penuh semangat.

Tanpa rasa kasihan,Shade menyerang saya dengan sepenuh hati.Saya dapat rasakan yang dia tidak puas hati kerana saya tidak mengaku kalah.Senang betul dia ni koyak,ya.

"Bunuh,bunuh,bunuh,bunuh"
"Auuuuuuuuuuuuuu"

Mata Shade dipenuhi dengan nafsu membunuh.Dia sudah seperti orang gila di depan saya.Encik Adowsy dan pembantu dia yang lain lansung tidak diberi peluang untuk menyerang.Tenaga dan kekuatan dalam serangan saya sudah semakin berkurang.Bila-bila masa sahaja saya boleh dibunuh ataupun ditolak keluar gelanggang.

Dengan segera saya mencari peluang untuk melancarkan Sword Skill saya.Akhirnya,saya berjaya mendapat ruang untuk menggunakannya.Saya bersedia dengan keadaan untuk melancarkan Shining Sword.Saya tak pasti berapa kali lagi boleh saya guna.Saya sudah gunakannya dua kali.Satu berjaya tetapi satu lagi tidak berjaya.Saya perlu berjaga-jaga ketika menggunakannya.

10 meter,
9 meter,
8 meter,
7 meter,
Setiap detik,Shade semakin dekat dengan saya,
6 meter,
5 meter,
Jika dia melancarkan serangan dari sini,saya akan tercedera.Tapi gerakan saya pun mampu mencederakan dia.Namun, kepantasan dia yang menjadi masalah.Dia boleh mengelak,
4 meter,
3 meter,
2 meter,
Semakin dekat dia dengan saya,semakin besar peluang untuk dia dikeluarkan dengan gerakan saya....

"Habislah awak,budak hingusan" jerit Shade yang cuma semeter di hadapan saya.

"Oh,macam tu ya"

"Apa"
"Ta-tak gunaaaa"

Tanpa disedari Shade,saya mempunyai Sword Skill baharu yang saya pelajari.Gerakan yang memberatkan pedang saya.Satu serangannya boleh membuatkan mangsa tercampak hingga 200 atau 300 meter dan apa yang perlu saya buat cumalah langgarkan pedang saya pada mana-mana bahagian musuh saya.Itulah gerakan baharu saya,Sword Blow!

"Pe-peserta Shade telah dikeluarkan dari gelanggang"
"Keadaan perlawanan ialah 2 menentang 1 dengan keadaan yang sangat berat sebelah"

Apa yang pengadil tu cakap memang betul.Keadaan sekarang sangat berat sebelah.Saya sepatutnya sudah jatuh dan tidak dapat bangun lagi.Tapi dengan gigihnya,saya masih bertarung.Entah betapa lama lagi saya boleh bertarung....

"Hoi,Kenji"
"Apa yang awak sedang tunjukkan itu" tanya encik Adowsy dengan muka tidak puas hati.

"Apa maksud awak tu" tanya saya semula kerana tidak faham apa yang dia cakapkan.

"MATA AWAK TU LAH,BUDAK" jerit pembantu encik Adowsy tanpa rasa segan silu.

Mata saya?Apa yang dimaksudkan dia?Saya cuba melihat pantulan muka saya pada lopak yang terhasil dari gerakan Water Cannon saya tadi.Saya melihat anak mata kanan yang sepatutnya berwarna hitam bertukar menjadi warna putih.Saya cuba memastikan sama ada pantulan itu ialah muka saya ataupun ada benda yang menghalangnya tapi itu memang mata saya.Warnanya berubah menjadi warna yang sangat berlainan.Ia seperti ketika bertarung encik Hera sebelum ini.Saya tidak dapat melihatnya ketika itu tapi encik Hera dan senior Takeshi jelaskan ada rupanya.Tak silap lagi inilah dia.

"Entah,saya pun tak tahu"
"Tiba-tiba saja ia ada di sini" kata saya sambil menunjukkan mata kanan saya.

"Oh,macam tu ya"
"Kalau macam tu,ayuh kita ujinya"

Dengan pantas,encik Adowsy dan pembantunya menyerang saya dengan setiap peluang yang ada.Ia kedengaran gila tetapi badan saya yang lansung tiada tenaga dan lemah sebentar mampu menahan setiap serangan mereka tanpa masalah.Apa jenis kuasa yang mata ini pendam?

"Water Element:Hydro Meteor"
"Water Cannon"
"Shining Sword"

Tanpa berhenti saya melepaskan serangan yang ada.Untuk melepaskan Sword Blow lagi,saya mestilah menunggu beberapa minit.Jika saya tunggupun,belum tentu lagi ia akan berjaya.

Klang
Clash
Clash
Swish

"Douw,gunakan serangan awak" arah encik Adowsy pada pembantunya.

"Baiklah"
"Fire Element:Volcanic Blow"

Volcanic Blow ialah gerakan di mana pengguna menjadikan badannya seperti bom.Senang kata gerakan bunuh diri.Menghidupkan api di badan sendiri,kemudian,meletupkan diri untuk membunuh pihak lawan.Apa jenis setia yang mereka ada pada encik Adowsy ni?

"Ambil ni"
"Aaaaaaarrrggggghhhhh"

"Alamak,dia ni dah gilalah"
"Hmm?"

Ketika waktu yang genting itu,saya berjaya memikirkan satu strategi.Saya yakin,jika rancangan ini berjaya,kemenangan di pihak saya.Volcanic Blow boleh meletup dalam lingkungan masa 1 minit mengikut kehendak pengguna.Dalam masa seminit itu,saya perlu sediakan gerakan saya.

"Hoi,jangan lari"
"Awak nak ke mana,takut ka"

"Siapa yang takut dengan serigala yang boleh meletup bila-bila masa sahaja" balas saya dengan muka sedikit panik.

Di depan saya ialah encik Adowsy yang sudah sedia untuk menyerang.Tapi dia mengelak saya dan menyerang saya dari tepi.

"Awak ingat saya akan terpedaya dengan helah awak"
"Bawa bom bergerak tu dan letupkan pada saya"
"Rancangan yang bagus tapi belum cukup bagus jika nak kalahkan saya"

Saya tercampak dari serangan tadi.Saya fikirkan rancangan itu akan berjaya tapi dia dapat baca dengan cepat.Dengan cepat saya bangun dan mengelak dari pembantu encik Adowsy.Terima kasih pada mata ini rasanya,badan saya telah pulih sedikit demi sedikit.Walau bagaimanapun,ia belum cukup menentukan kemenangan saya.

"Water Element:Hydro Meteor"
"Hydro Meteor"
"Hydro Meteor"

Berulang kali saya melancarkan Hydro Meteor di sekitar gelanggang.Saya berjaya menghasilkan wap-wap dari semua serangan tu.

"Hoi,budak"
"Mana awak menyorok?Lawan macam lelaki sejati lah"

Saya tak nak dengar perkataan tu keluar dari mulut sesiapa yang bekerjasama dengan pengkhianat saya tadi.Apa pun inilah peluangnya.

Douw sedang menjerit mencari saya.Manakala encik Adowsy berada dalam keadaan terbuka.Serang Douw mampu menjadikan pertarungan ini adil dengan menolak dia keluar dengan Sword Blow saya yang akhirnya sudah bersedia.Serang encik Adowsy pun bagus juga.Jika keluarkan dia,saya hanya perlu menunggu masa sahaja sebelum Douw meletup.Baiklah,pilihan saya ialah......

Dengan pantas saya melepaskan sekali lagi Sword Blow pada dia.

"Sword Blow"
"A-apa"

Encik Adowsy yang berada di hadapan saya berjaya menahan gerakan itu tanpa cedera.Dia hanya ditolak kebelakang sahaja.

"Kenji,Kenji,Kenji"
"Awak tak patut ambil mudah Core Leader"
"Kami lebih kuat dari yang awak sangka.Awak tak patut samakan kekuatan dan fikiran saya sama seperti bom bergerak yang menjerit-jerit tu" kata encik Adowsy dengan angkuh setelah menahan gerakan saya tadi.

"Oh,macam tu ya"
"Tapi gerakan tu bukannya untuk keluarkan awak" kata saya sambil tersenyum kemenangan.

"Hah,apa yang awak merepek dengan muka yang menyampahkan saya tu"

Dengan dalam saya menarik nafas,
"Hoi,bom bergerak.Saya ada di sini!!!"

Jeritan saya menarik Douw bergerak ke arah saya seperti anjing yang teruja apabila mendengar tuannya pulang.Kebetulanlah rasanya,encik Adowsy berada betul-betul di arah sama untuk datang pada saya.

"Tak guna,inikah rancangan awak" dengan muka terkejut encik Adowsy cuba mengelak secepat mungkin.

"Ya,betul tu"
"Shining Sword" saya melepaskan serangan itu untuk mengelakkan encik Adowsy lari dari situ.

"Eh,tu-tuan"

"Tak guna"
"Tak guna awak,Kenjiii"

Boooooom

Dengan begitu sahaja,satu letupan yang besar berlaku di hadapan saya.Gerakan itu telah meletupkan separuh gelanggang.Saya terselamat dari letupan itu disebabkan kuasa pemulihan mata kanan ini tapi nampaknya ia sudah dinyahaktif.

"Eh,er,Core Leader,Adowsy dan pasangannya Douw sudah tidak dapat bertarung lagi"
"Pemenang kita ialah pencabar,Kenji"

Satu sorakan yang besar diberikan pada saya.Saya tidak tahu sama ada sorakan itu diberi kerana saya menang ataupun saya telah jatuhkan ketua mereka.Apapun saya telah berjaya.Hah,macam biasalah.Badan saya menjadi lemah selepas menggunakan mata putih tu.Hehe,tak salahkan saya terbaring di sini.......Rrrrrrrrrr

7 jam kemudian,

"Kenji"
"Kenjiiii" suara seorang perempuan seperti memanggil saya.Ia suara yang sangat nostalgia bagi saya.Siapa tu?

"Eh,Ao"
"Kenapa ni"

"Saya ingatkan awak tak akan bangun lagi"
"Lama sangat awak tidur" kata Ao dengan air mata di mukanya.

"Eh,berapa lama dah saya tidur"

"Baru tujuh jam sahaja"
"Cuma Ao yang melebih-lebih" kata senior Takeshi yang masuk ke bilik ini dengan makanan di tangan.

"Eh,tapi apa yang kita akan buat jika Kenji koma ataupun mati"
"Awak tahu tak saya sangat risau tadi"
"Macam mana awak boleh terbaring di atas gelanggang" kata Ao dengan nada sedikit marah dan risau.

"Maaflah,saya cuma penat sangat tadi"
"Lagipun saya ingatkan saya akan mati dalam perlawanan tadi"
"Seram betul dan apa yang terjadi pada awak berdua tadi,Ao,Senior Takeshi"

Dengan muka yang serius,senior Takeshi menceritakan apa yang berlaku pada mereka dan apa yang sebenarnya berlaku di Fantazia.Berdasarkan cerita itu,saya teragak-agak untuk menerimanya sepenuhnya atau pun tidak.Tapi muka senior dan Ao menunjukkan yang bahawa cerita itu bukanlah sekadar plot untuk novel,komik atau rancangan televisyen.Perkara itu ialah saya realiti yang sedang dihadapi dunia ni.

"Hmm,jadi apa yang berlaku pada encik Adowsy dan pembantu-pembantunya"

"Encik Adowsy dan pembantunya,Douw disahkan mati selepas letupan itu"
"Pembantunya,Shade mempunyai cedera berat dan pembantu yang menolong encik Adowsy melakukan perkara jahat ditangkap" balas senior Takeshi.

"Eh,jadi siapa yang akan ambil jawatan Core Leader di sini"

"Bekas Core Leader Puak Beast akan mengambil alih tugas itu secara tidak rasmi"
"Hal ini untuk menjaga awak agar tidak diketahui pihak atasan"

"Oh,macam tu ya" saya menjawab dengan penuh rasa kesal.Saya dengan tidak lansung membunuh dua Beast,membuat bekas Core Leader berkorban untuk menjaga saya.Kenapa semua terjadi pada saya?Saya ingatkan saya keluar mengembara ini cuma untuk belajar tentang dunia tetapi kenapa ia seperti dunia cuba menentang saya...

"Janganlah sedih sangat,Kenji"
"Awak sudah menang pertarungan ini"
"Semua yang berlaku ini bukannya salah awak,ia cuma kebetulan sahaja" kata senior Takeshi untuk menenangkan hati saya yang tidak tenang.

"Senior Takeshi..."

"Apa?Awak ingat saya tak tahu apa yang awak fikirkan"
"Kita dah kenal lama"
"Baiklah,cepat sikit pulih.Kita perlu merancang mana pula kita perlu pergi lepas ni"

"Ya,baiklah" balas dengan semangat.

Selepas 2 hari berehat,saya,Ao dan senior Takeshi memulakan perjalanan kami ke tempat seterusnya.Puak seterusnya ialah puak Elf.Berdasarkan maklumat yang saya dapat dari Core Leader Beast yang baharu ni,puak Elf sangat terkenal dalam bidang pembuatan senjata.Bukan buat sahaja yang mereka pakar tapi menggunakan senjata dengan sepenuhnya juga merupakan kemahiran mereka.Dari semua itu,saya boleh buat kesimpulan yang perlawanan lepas ni pun akan jadi sangat susah.Saya harap saya akan bersedia dan saya perlu lebih berjaga-jaga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience