"Kenji,pedang awak ada di sini!"
"Senior Takeshi?!"
"Apa yang sedang berlaku ni"tanya saya setelah melihat senior Takeshi muncul secara tiba-tiba.
"Tiada masa untuk penerangan"
"Fokus pada perlawanan sekarang"
Saya mengangguk dan meneruskan perlawan tersebut.Dalam situasi ini,saya tak rasa yang Shade akan menyebelahi saya.Rupa encik Adowsy pun sangat marah seperti ada benda yang tidak kena.Apa yang senior Takeshi lakukan?
*****
"Aduh,apa yang berlaku"
"Sudah bangunkah budak"
Di hadapan saya,terdapat seekor serigala yang berotot dengan muka yang sangat marah.Bila dilihat semula,dia ni ialah salah satu daripada serigala yang ada dalam bangunan tadi.Macam yang saya jangka,ada yang tak kena dengan mereka.
"Apa yang kau mahu dengan kami ni,hah"tanya serigala itu.
"Saya yang patut tanya apa yang awak buat!"
"Memensankan saya dan sekarang ikat dan kurung saya di sini"
"Hakhak,budak macam kau tak perlu tahu apa yang kami lakukan"
"Sekarang ni kau cuma perlu duduk diam-diam sahaja di sini"
Dia terus beredar dari sini.Dia tinggalkan saya dalam keadaan terikat di sebelah kotak besar di sini.Saya cuba melihat persekitaran tapi tiada apa-apa kecuali kotak dan sampah.Saya bercadang untuk menggunakan magis saya tapi itu cuma akan menarik perhatian mereka.Saya tidak mempunyai magis yang mengeluarkan tenaga yang sedikit.Menyusahkan betullah!
"Hoi,makan ni"
"Bos tak mahu kau mati kelaparan dekat sini"kata seekor serigala.
"Betul tu,bos kata yang kalau awak mati ia cuma menyusahkan dia sahaja"balas seekor lagi.
"Siapa bos awak ni sebenarnya"saya bertanya mereka dengan sangkaan siapa yang mengarahkan mereka melakukan semua ni.
"Mestilah,Tuan Adowsy kami"
"Dialah serigala teragung yang kami pernah jumpa dan berke-aduhh"
"Lembap,kenapa awak beritahu nama tuan kita pada dia"
"Ehh,tapi dia ni yang nak tahu"
Mereka terus bergaduh di hadapan saya sehingga bertukar penumbuk sesama sendiri.
Tapi memang macam yang saya sangka,encik Adowsy ialah dalang semua ni.Dia pasti ada muslihat yang diselindunginya sekarang.Kalaulah saya boleh beritahu perkara ni pada Kenji atau Ao,mungkin saya boleh bongkarkan apa yang sedang dilakukan encik Adowsy.
Sambil memikirkan cara melepaskan diri dan cara untuk makan makanan ini dengan tangan terikat,saya terperasan benda yang bersinar di hadapan saya.Saya cuba mendapatkan pemandangan yang lebih jelas.Perkara yang tidak disangka berada di hadapan saya.Ia merupakan pedang saya dan Kenji.Memang tak silap lagi.
"Pedang tu,kenapa pedang kami ada di sini!"
"Itu?Encik Adowsy ada rancangan yang dia perlu lakukan dan tidak mahu Kenji mempunyai senjata yang sebegitu"
"Jadi encik Adowsy memberi dia senjata palsu yang akan musnah dengan mudah sahaja,hahaha"
Mereka bersurai dari situ dan meninggalkan saya seorang diri lagi.Selepas beberapa minit,seekor serigala itu kembali dan membawa seekor harimau ke sini.
"Hoi,orang tua"
"Ini tempat tinggal kau sekarang.Temanlah budak ni sampai mati okey"
Selepas serigala itu pergi,saya bergegas ke harimau itu.Tidak silap lagi,dia ni harimau yang saya jumpa hari tu.
"Macam mana pakcik boleh ada di sini"
"Mereka tangkap pakcik masa pakcik sedang tidur"
"Pakcik tak mampu melawan disebabkan mereka meletakkan magis menyegel kuasa pakcik"
"Tapi kenapa mereka tangkap pakcik?"
"...."
"Pakcik...ialah bekas Core Leader Puak Beast"
"Eh,betulkah ni!"
"Benda ni ada kena mengena dengan perkara yang berlaku 15 tahun lalu ke"
"Waktu tu saya masih 2 tahun dan ingatan saya kabur tapi saya ingat satu perkara.Ketika itu,raja baharu telah dilantik untuk mengambil alih takhta"
"Haha,kamu ini agak berpengetahuan juga ya"kata pakcik tersebut sambil ketawa besar.
"Hmm,sebenarnya peristiwa tu menarik perhatian saya seketika kerana ia berlaku dengan sangat pantas"
"Beberapa hari sebelum itu,raja yang sebelum telah mangkat tanpa ada berita yang dia sakit ataupun hal-hal penting.Selepas itu,raja baru ni bukanlah dari keturunan diraja yang memerintah Fantazia ini"
"Pakcik,adakah semua ini berkait dengan isu di Puak Beast?"tanya saya kepada pakcik tu dengan nada yang serius.
"Ya,semua tu memang berkait"
"Macam yang awak tahu,ia berlaku 15 tahun yang lepas.Semua penduduk hidup dengan aman tanpa masalah.Tapi satu hari,Fantazia digemparkan dengan berita kemangkatan raja.Ramai penduduk yang risau dan gelisah ketika itu.Tak lama lepas itu,seorang dari Puak Cahaya mengambil alih kedudukan raja itu dari keluarga asli kerana tiada lagi pewaris takhta"
"Raja itu memang tiada ahli keluarga ke?"
Saya bertanya lagi.Semakin lama semakin risau saya dengan dunia yang saya tinggal ini.
"Tidak,dia mempunyai seorang anak perempuan.Malangnya,anak perempuan tersebut tidak boleh mengambil alih takhta tersebut disebabkan baru selesai bersalin.Berdasarkan undang-undang di Fantazia,perempuan yang sedang mengandung atau baru melahirkan anak tidak dibenarkan mengambil apa-apa jawatan selain dari perkerjaan asalnya"
"Jadi bukan maknanya,dia ada cucu dan mungkin anak menantu?"
"Suami dan anak kepada anak perempuan raja itu telah mati dibunuh.Saya tidak tahu maklumat sepenuhnya tapi mereka dibunuh oleh raja baharu kita.Saya tidak tentu sama ada dia bunuh mereka dengan tangannya sendiri atau dengan bantuan orang lain.Raja tu memang kelihatan tidak merbahaya dan mengancam orang ramai tetapi disebaliknya,dia telah membunuh ramai penduduk hanya dengan dia duduk di atas takhta itu.Adowsy merupakan salah seorang ahli bawahan dia"
"Macam mana pakcik boleh digantikan dengan encik Adowsy"
Saya bertanya hampir semua soalan yang terlintas ketika itu tanpa rasa malu.Asalkan dapat jawapan yang dikehendaki,saya akan terus bertanya.
"Saya telah dipecat dari menjadi Core Leader kerana membelot raja baharu.Saya tahu perkara yang dilakukan raja tersebut jadi saya membelot dia.Beberapa Core Leader lain pun membelotnya.Antaranya puak Manusia dan puak Tamers.Kami yang membelot dibuang jawatan dan digantikan dengan Vote Leader yang baharu"
"Macam mana dengan Core Leader Puak Pari-pari dan Ogre,pulak?"
"Mereka berdua?"
"Core Leader Pari-pari adalah antara yang cuba membelot tapi dia mendiamkan diri dan melakukan pembelotan dengan mengurangkan dirinya melakukan semua arahan raja.Ogre pun sama.Mereka adalah antara yang masih berjaya melindungi puak mereka.Kan bagus jika saya pun boleh melakukan sebegitu"
"Tapi berdasarkan apa yang saya tahu,mereka agak selamat sekarang kerana raja baharu ini sudah kurang kuasa di atas Core Leader.Semua Core Leader sekarang dikawal hampir sepenuhnya oleh Meijin.Puak manusia terselamat disebabkan Meijinlah.Dia telah meminta kebenaran raja untuk memberikan kuasa padanya untuk memilih Core Leaders baharu mereka"
"Sehingga sekarang,penduduk Fantazia cuma terselamat kerana masih ada penduduk seperti mereka"
Jadi ayah Kenji bukanlah orang bawahan raja baharu tu.Ia melegakan saya sedikit dan siapa sangka yang ayah dia ialah penyelamat puak manusia.
"Kamu ni pulak"
"Hmm?"
"Macam mana kamu ni tertangkap"tanya pakcik tu dengan suara yang kuat.
"Oh,sebenarnya saya sedang menyiasat tempat ini"
Pakcik itu melepaskan nafas kecewa mungkin kerana saya melakukan perkara yang merbahaya.Apa boleh buat,saya cuma curiga dengan encik Adowsy.
"Kita perlu lepaskan diri sebelum perlawanan esok bermula"
"Kenapa dengan perlawanan esok?"
"Kawan saya akan bertarung dalam perlawanan itu dan pedang dia sudah digantikan dengan pedang yang palsu"
"Hmm,apa masalahnya"
"Jika kawan kamu seorang yang kuat pasti dia boleh lakukan"kata pakcik itu.
"Saya sebenarnya bukan sedang risau tentang kekuatan dia tapi tentang benda lain"
"Kawan saya,Kenji sebenarnya seseorang yang mudah panik.Dia senang sangat rasa gelabah contohnya macam masa dia tidak sengaja membasahkan katil dengan air oren ataupun waktu dia terpecahkan pasu yang murah di koridor sekolah.Dia memang seseorang yang mudah sangat panik"
Saya terdiam sebentar.
"Tapi dia lansung tak pernah menangis"
"....."
"Langsung tak pernah"
"Ia sakitkan hati saya sangat"
"Dia lansung tidak pernah menangis.Tidak kiralah apa yang saya buat"
"Koyak buku dia,basahkan bajunya,rosakkan tanamannya dan banyak lagi.Sekali pun dia tak pernah menangis.Sebaliknya dia cuma senyum ataupun marah sahaja"
"Jadi apa yang kamu nak cakap ni"
"SAYA CUMA NAK DIA LEPASKAN SEMUA YANG ADA DALAM DIRI DIA TU!!!"
"Dia terpaksa mematuhi segala peraturan sepanjang masa.Dia sentiasa menahan sakitnya seorang diri.Dia tak pernah sekalipun mengadu pada sesiapa tentang masalahnya"
"Ada beberapa kali dia mengadu pada saya.Pakcik tahu tak betapa gembiranya saya ketika itu"
Saya tanpa sedar membanjiri mata saya dengan air mata.Saya menangis sehingga tidak sedar yang saya tertidur.Ketika bangun pakcik itu,masih berada di sebelah saya.Saya bertanyakan masa dan dia kata sudah 3 jam berlalu.Beberapa minit saya duduk di situ,saya terdengar bunyi kecoh sedang masuk ke dalam bangunan ini.
"Aaarrgghh,aduuuuhhhh"
"Berani kau gigit aku"
"A-Ao"
"Takeshi!Awak ada di sini rupanya"kata Ao dengan muka gembira.
"Cis,kau berkurunglah di sini"
"Tak pasal-pasal tangan aku cedera"
Serigala tu pergi meninggalkan tempat ni.
"Ao macam mana awak boleh kena tangkap ni"tanya saya pada Ao.
"Saya pun cuba menyiasat sedikit sebanyak tentang encik Adowsy"
"Mereka tangkap saya ketika saya cuba menyiasat bangunan ini"
Macam mana ni,Ao pun dah ditangkap.Cuma Kenji sahaja yang berada di luar sana.Hm,saya terbuat benda terbakar.Saya cuba melihat sekeliling dan terlihat asap kecil di belakang Ao.Saya baru sedar,Ao menggunakan magisnya untuk melepaskan diri.
"Ao,awak boleh guna magis untuk membentuk bilah kecil?"
"Ya,Kenji yang ajar saya tentang magis ni"
"Saya fikir ia mungkin berguna jadi saya minta dia ajar saya dan baiklah,terlepas"
Dengan begitu sahaja,Ao terlepas dari tali jenis sama yang mengikat kami selama lebih kurang 4 jam.Saya tak boleh fikir tentang itu sekarang.
"Ao,pedang Kenji ada di situ"
"Ambil dan beri padanya"
"Ehh,kenapa ia ada di sini"
Tanpa berlengah,Ao mengambil pedang tersebut dan melepaskan kami berdua.Setelah itu,kami bergegas ke kawasan perlawanan.Malang sekali,serigala yang menjaga bangunan ni menghalang kami.
"Takeshi,Ao.Pergi beri pedang itu pada Kenji"
"Saya akan uruskan di sini"kata pakcik Harimau itu
"Tapi-"
"Takeshi,ambil pedang ni dan berinya pada Kenji"
"Saya akan tunggu di sini dan bertarung bersama pakcik ni"
"Err,baiklah"
Tanpa melengahkan masa,saya bergegas ke tempat perlawanan dan akhirnya tiba di situ Keadaan di gelanggang terlihat sangat teruk.Kenji telah diketepikan.Susah tiada masa!
"Kenji,pedang awak ada di sini!"
Share this novel