Selepas selesai berlatih dengan Ao,saya pergi ambil angin di sekitar pekan.Ketika itu,saya terjumpa dengan seekor Beast dari golongan harimau.Dia seperti dalam keadaan mabuk.Apabila saya cuba mendekati,dia menangis melihat saya.Kemudian,sebelum saya sempat menegur,dia berlari dari situ.Saya agak keliru ketika itu.Harimau itu kenal saya,ke?Saya rasa,saya mungkin akan jumpa dia lagi...
Keesokan harinya,
"Ao,hari ini awak mahu berlatih dengan saya lagi"
"Hmm,boleh juga"
"Kalau macam tu,apa kata saya ajar awak untuk gunakan magis dengan lebih cekap"
"Semalam, kemahiran pedang awak meningkat dengan sangat pantas"
"Saya yakin awak pasti boleh gunakan magis api awak dengan lebih bagus"
"Hihi,janganlah lebih-lebih"
"Saya cuma boleh buat semua tu sebab awak ialah guru yang bagus"balas Ao dengan malu.Kemudian,kami bergerak ke tempat latihan.Di situ,encik Adowsy berdiri di sebelah pusat utama tempat latihan itu.
"Selamat pagi,Kenji dan Ao"
"Nampaknya Takeshi masih belum tiba,ya"
"Dia kata dia akan turun tak lama lagi"
"Macam tu ya"
"Lihat dari keadaan kamu,kamu sepertinya telah menjadi lebih kuat"
"Mestilah,saya sudah berlatih sebaik yang boleh"
"Pertarungan kali ni pasti saya boleh lakukan"
"Baguslah macam tu,saya pun harapkan pertarungan yang sengit"
"Tapi..... Seorang pahlawan yang berkuasa menjadi lebih kuat di dalam pertarungan"
"Jadi saya harapkan lebih dari awak"
Encik Adowsy berjalan dari situ dengan senyuman di mukanya.Saya terasa seram melihat muka tu.Ia seperti saya pernah lihat muka macam tu sebelum ni.Baiklah,tak perlu risaukan benda tu.Yang penting sekarang ialah latihan saya.
"Baiklah,ayuh kita pergi"
Ao mengangguk dan kami berdua masuk ke tempat tu.Walaupun saya dah masuk ke sini untuk dua hari,saya masih kagum dengan keadaan di dalam ni.Dinding yang tahan dengan segala jenis serangan dan juga anti-magis,luasnya cukup muat untuk satu perlawanan bola sepak berlangsung dan udara di dalam ni seperti dipenuhi dengan pokok-pokok yang membesar dengan elok.
"Jadi dari mana kita akan mulakan"tanya Ao.
"Boleh awak terangkan cara awak gunakan magis awak"
"Baiklah"
"Awalnya saya akan bayangkan api di dalam minda saya sambil cuba melepaskan satu tenaga dari tangan atau jari saya"
Cara dia gunakan memang mudah tapi ia cuma akan berkesan dengan magis tahap rendah.
"Baiklah,saya akan terangkan sedikit perkara tentang magis supaya awak boleh keluarkan sepenuhnya tenaga magis awak"
"Wah,ajarlah-ajarlah"
Haha,macam budak-budak pulak dia ni.
"Okey,pertama sekali,magis ni tak semua orang boleh gunakannya.Cuma mereka yang berlatih sahaja boleh aktifkannya.Kemudian,magis ini bagaikan nyawa awak.Jika awak tak dapat kawal magis awak,ia mungkin membunuh tapi ini cuma berlaku pada mereka yang gunakan magis tahap tinggi.Selepas itu,magis yang berkuasa tinggi kadangnya memakan hayat seseorang jadi jika awak akan diajar gunakan gerakan macam ni,awak perlu berfikir dengan tenang sama ada nak gunakannya atau tidak.Baiklah,itu cuma peringatan kepada awak agar keselamatan ketika menggunakan magis terjaga"
"Hmm,faham...faham"
"Lepas tu"
"Sekarang saya akan terangkan cara untuk keluarkan kuasa magis awak"
"Pertama sekali,untuk gunakan magis benda yang paling penting ialah ketepatan"
"Ketepatan yang macam mana tu"
"Macam ni,untuk keluarkan semua kuasa tenaga yang awak ada,terdapat tiga tempat yang perlu awak beri perhatian"
"Yang pertama,tempat keluarnya magis tu tak kiralah kaki,tangan ataupun dari mulut.Kedua,minda awak.Yang ini sama sahaja dengan cara untuk keluarkan magis dengan sedikit.Yang terakhir dan yang terpenting,pernafasan awak"
"Pernafasan saya...."
"Ya, pernafasan perlulah selari dengan apa jenis magis yang akan digunakan dan macam mana ia akan diaktifkan"
"Dalam hal ini,saya boleh katakan jika awak tidak bertenang maknanya serangan awak akan gagal ataupun lansung tak boleh digunakan"
"Jadi jika saya terasa risau,takut ataupun marah,magis saya mungkin tidak berfungsi"
"Betul tu tapi ada juga kes di mana magis keluar dengan sendiri"
"Eh,macam mana pulak tu"
"Katakan seseorang itu sedang diancam untuk dibunuh ataupun telah diketepikan sehingga rasa risau dan takutnya menjadi sangat tinggi,magis mereka akan bertindak dengan sendiri.Hal ini berlaku disebabkan hasrat hati yang kuat mahukan sesuatu seperti meneruskan hidup, kemenangan ataupun cinta"
"Kenapa dengan awak ni"
"Taklah,bila awak cakap cinta saya terfikir sama ada saya boleh jumpa cinta hati saya"
"Saya rasa awak boleh fikir tu kemudian"
"Apa boleh saya buat,saya masih perempuan remaja"kata Ao dengan malu-malu.
"Baiklah,sambung dari yang tadi magis yang keluar dengan sendiri ni ada keburukannya juga"
"Ia mungkin akan melindungi awak tapi ia juga boleh membunuh awak"
"Tenaga yang dikeluarkan dan tidak dikawal cuma akan memberi banyak kesan negatif pada diri jadi sebab itulah kita perlu sentiasa mengawal pernafasan awak.'Sword Skill' juga menggunakan konsep yang sama dengan magis cuma bezanya ialah kita perlu mengawal tenaga bukan sahaja di senjata tapi di bahagian yang kita guna untuk memegang senjata"
"Baiklah,saya sudah faham tapi kenapa ramai yang sebut nama gerakan mereka ketika menggunakannya"
"Sebabnya ialah untuk menimbulkan imej gerakan yang akan digunakan"
"Macam ketika saya gunakan 'Hydro Meteor',saya akan terfikirkan beribu atau berjuta meteor dalam bentuk air akan turun"
"Disebabkan kuasa yang saya ada masih belum cukup kuat,saya cuma boleh lepaskan kuasa itu seperti hujan"
Kemudian,Ao berpuas hati dengan jawapan itu.Kami pun mulakan latihan praktikal kami ketika itu.Seperti yang saya sangka,Ao memang cepat belajar.Dia berjaya menggunakan 'Fire Blast' gerakan api tahap dua dengan mudah sahaja.Disebabkan itu,saya meminta Ao untuk mencuba menggunakan 'Sword Skill'.Saya sarankan dia gunakan 'Shining Sword' disebabkan gerakan itu ialah gerakan tahap bebas.Walaupun awak lemah,serangan masih akan berkesan jika berjaya digunakan dengan betul.
"Baiklah,saya akan mulakan"
"Sword Skill"
"Shining Sworaaah"
"AOOO"
Serangan Ao gagal dan ia menyebabkan letupan yang menerbangkan Ao ke dinding bangunan.Mujur saya sempat tangkap dia,kalau tak dia mungkin akan tercedera tadi.
"Err,awak bolehsudah lepaskan saya sekarang"
"Eh,arr ba-baiklah"
Saya turunkan Ao dengan muka sedikit merah.Muka Ao pun nampaknya menunjukkan yang dia pun malu tapi saya tak boleh menaruh perasaan pada dia,saya perlu pastikan perasaan saya pada budak perempuan 10 tahun yang lalu itu dahulu.
Selepas beberapa minit berlatih,senior Takeshi tiba dan sertai kami berlatih.Seharian kami berlatih tanpa henti.Saya lansung tak sangka yang Ao akhirnya mahiri 'Shing Sword' dalam satu hari sahaja.Ia ambil saya lebih kurang 7 ke 8 bulan untuk mempelajarinya sahaja.Saya memang dikelilingi dua orang yang berbakat lah.Senior Takeshi bijak membina strategi manakala Ao pulak jenis yang cepat belajar.Apa-apa pun saya harap kami boleh berkawan sehingga akhir hayat kami.
Keesokan pagi,encik Adowsy berada di luar hotel sedang menunggu dan bersandar pada keretanya.
"Kenji,hari ini mari kita pergi makan makanan yang sedap-sedap lagi"
"Tak bolehlah,saya perlu berla"
"Kenji,Kenji,Kenji"
"Berlatih cuma akan meningkatkan stress dan tekanan kamu.Untuk dua hari ni,kami perlu berehat"
"Berehat pun sebahagian dari berlatih.Kamu pun tahukan"
"Hmm,baiklah"
"Kalau macam kita perlu tunggu senior Takeshi dan Ao"
"Tak perlu risau,Ao beritahu saya yang dia mahu ke restoran lain hari ni manakala Takeshi pula ada hal yang perlu diselesaikan"
"Jadi cuma kita berdua hari ini"
"Oh,kalau macam tu,baiklah"
Saya pun menaiki kereta itu dan pergi ke restoran mewah sambil dibelanja oleh encik Adowsy.Seperti sebelum ni, makanan di sini pun sedap.Rasanya apalah hal yang senior Takeshi nak lakukan.Hmm,saya rasa tak perlulah saya risaukan benda itu kan.Saya pun teruskan makan.Selepas habis,dia bawa saya pergi ke kedai senjata dan tunjukkan pelbagai jenis senjata di Pekan Beast.Hari seterusnya pun sama.Senior Takeshi sibuk tapi Ao sertai kami untuk hari terakhir sebelum perlawanan.
Hari perlawanan,
"Di sebelah kiri saya,seekor Beast dari golongan serigala!Matanya tajam mengalahkan mata helang dan kelajuannya mengalahkan cheetah!Mahir dalam seni mempertahankan diri dan boleh menggunakan magis kegelapan dengan mahir sekali!Itulah dia Core Leader Puak Beast,Adowsy!!!!!"
"Di sebelah kanan saya pula ialah Kenji!!!"
Ehhh,itu saja!Kenapa yang ni lebih pendek dari sebelum ni?Saya bukannya mahu penghargaan atau apa pun tapi ini macam tidak adil.
"Baiklah,sebelum pertandingan bermula nampaknya ada satu syarat istimewa yang ditambah pada perlawanan kali ini"
"Eh,saya tak tahu pun"
"Betul tu,sebagai Core Leader saya pun baru tahu ni kenapa?"
"Nampaknya perkara ini baru sahaja ditambah hari ini"
"Dan syarat istimewa itu ialah pertarungan berpasangan"kata pengadil itu.
Tapi saya lansung tiada sesiapa yang saya kenal boleh bertarung.Ao kata dia ada hal perlu diselesaikan pagi tadi,senior Takeshi pula entah hilang ke mana dari semalam.
"Kenji,jika kamu tak keberatan,saya boleh benarkan kamu pilih orang-orang kanan saya"
"Mereka ni agak bagus dalam bertarung"
"Kalau kamu tak yakin dengan mereka pun tidak apa,kamu boleh pilih dari kalangan peserta" kata-kata dia tu agak mencurigakan tapi saya memang tiada pilihan.Pengadil mungkin akan batalkan penyertaan saya jika lama sangat.
"Baiklah,saya akan ambil orang kanan awak"
"Kalau macam tu,siapa di antara awak yang sanggup untuk bertarung bersama Kenji"tanya encik Adowsy pada orang kanannya.Salah seorang dari mereka mengangkat tangan.
"Baiklah,Kenji"
"Nama dia ialah Shade.Dia ialah orang kanan yang paling kuat saya"
"Jadi kami pasti bertuah kerana dapat bertarung bersama dia"
"Kenji,semoga kita dapat bertarung bersama"
"Ba-baiklah"
Selepas itu,seekor lagi orang kanan dia pula menjadi pasangan dia.Selepas pemilihan itu, perlawanan pun bermula.
Share this novel