"Kenapa dia ada mata tu?"
"Dia ni manusia kan"
"Shinichi,siapa awak sebenarnya"
"Siapa budak ini"
Di hadapan saya,encik Hera seperti sedang berbisik sesuatu pada dirinya.Saya mahu tahu apa yang dia cakap tapi saya tak mampu nak bercakap.Kuasa saya mungkin meningkat tapi mental saya belum pulih sepenuhnya.Saya tidak hairankan sifat ingin tahu saya,terus saya berlari ke arah encik Hera.Gerakan saya,kelajuan,kekuatan dan fokus saya menjadi lebih tinggi.Pergerakan orang di sekeliling saya menjadi perlahan.Saya seperti mengawal masa ataupun lebih berkuasa.
Slash
"Graggh"
Pedang saya berjaya memberi luka pada kaki kiri encik Hera.Sekali lagi saya menghayun pedang saya dan berjaya mencederakan kaki kanannya pula.Encik Hera nampaknya seperti makin baran.Dia menumbuk lantai gelanggang dan memasukkan tangannya ke dalam sambil membaca satu mantera.
"Element Summon:Sword Enhancement"
"EARTH AXE"
Encik Hera mengeluarkan satu kapal yang besar dari bawah tanah.Saya rasa itulah senjata utama dia.Kenapa dia perlu bawa keluar sekarang?Kuasa saya nampaknya semakin lemah.Kuasa dari mata ni nampaknya tidak lama.Saya perlu segera kalahkan dia.
"Kenji bertahanlah!"saya terdengar suara senior Takeshi menyokong saya.Saya berjanji akan gunakan semua kuasa saya.
"Graaagghhh"
"Woooaaaahhh"
Classhh
Pedang saya dan kapak encik Hera bertembung.Walaupun dengan peningkatan,saya masih tak mampu menandingi kuasa dari encik Hera.Saya segera mengelak ke belakang dan cuba cari peluang menggunakan Sword Skill saya lagi.
"Water Element:Hydro Gun"
"Itu tak akan berkesan pada saya"encik Hera dapat menghalang serangan tadi dengan mudah.Kalau macam tu ini pulak.
"Water Element:Aqua Fist"saya menggunakan Aqua Fist untuk menolaknya ke hujung gelanggang.
Bagus itu berjaya.Sedikit lagi.
"Water Element:Hydro Meteor"
"Cukup-cukuplah dengan usaha yang tak bermakna kamu tu"jerit encik Hera sambil menggunakan kapaknya sebagai perisai.
"Siapa kata yang perbuatan saya ni tidak bermakna"
"Shining Sword!"
Saya sempat melancarkan serangan itu lagi.Saya tak yakin jika gerakan tu boleh menolaknya tapi ini je lah pilihan yang ada.
"Rrrrrrr"
"Huh,huh"
"Nampaknya ia lansung tak berhasil.Saya mungkin hampir jatuh tapi awak lansung tak berjaya"
"Awak dah kalah sekarang,Kenji"
"Belum lagi!!!"
"Apa"
Saya gunakan Shining Sword untuk menghalang penglihatan serta fokus encik Hera lalu berlari ke arah encik Hera dengan segera.Saya menolak badannya dengan tenaga dari badan saya sendiri.Saya melanggarkan badan saya pada dia dengan sangat kuat sehinggalah dia keluar dari gelanggang.
Nampaknya rancangan ini berjaya.Semua penonton terdiam.Pengadil pun terkejut melihat gerakan akhir tadi.Ia bukannya cara yang bagus untuk tamatkan perlawanan pertama saya.
"Hoi,pengadil"
"Cepatlah umumkan"kata encik Hera pada pengadil perlawanan ini.
"Eh,ya baiklah"
"Core Leader,Hera telah dikeluarkan dari gelanggang.Jadi, pemenangnya ialah pencabar,Kenji!"
Semua orang mula bersorak.Ada yang mungkin terkejut dan ada yang nampak gembira.Semua orang di sini ada pelbagai rupa yang saya tak pernah lihat sebelum ini di sekolah.Memang betullah dunia luar ni memang pelbagai.Tak sabarnya saya nak tengok lagi.Nampaknya senior Takeshi berlari ke arah saya.
"Hei,Kenji"
"Itu ialah pertarungan yang sangat hebat"
"Awak patut bertarung dengan saya macam tu,barulah saya pun jadi lebih kuat"
"Hehe,nantilah"jawab saya.
"Err,Kenji"
"Kenapa dengan mata kanan awak tu?"
"Ia berwarna putih ke biru-biruan"
"Ini?Saya pun tak......"sebelum saya sempat menjawab,badan saya menjadi lemah dan saya jatuh pengsan di situ juga.Saya boleh dengar senior menjerit nama saya dan bunyi bising orang ramai yang sedang risau.Saya tak yakin apa yang berlaku lepas itu tapi saya yakin yang saya sudah menang pertarungan tadi.
Entah berapa lama dari tadi,saya terdengar orang memanggil nama saya.Ketika saya buka mata,senior berada di sebelah saya bersama dengan encik Hera.
"Kenji awak tak apa-apa"
"Awak dah pengsan seharian"kata senior.
"Saya mungkin terlampau sangat ketika bertarung tadi"
"Maaflah,ye"kata encik Hera sambil menundukkan kepalanya
"Eh,tak apa lah, pakcik"
"Lagipun ini ialah pertarungan sebenar"
"Jika pakcik tak buat macam tadi,saya mungkin tak boleh menang"balas saya.Mereka nampaknya dah lebih tenang dari tadi.Tapi air muka berubah kembali dan memberi pandangan yang serius pada saya.
"Kenji,mata yang awak aktifkan ketika bertarung tadi tu apa"tanya encik Hera.
Saya menggeleng kepala tanda tidak tahu padanya.Saya sendiri baru pertama kali merasainya.Bagi saya,ia cumalah mata ajaib yang ada pada sesetengah mereka yang terpilih sahaja seperti dalam komik.
"Boleh saya tanya,awak ni dari puak mana ya"
"Err,saya ni dari puak manusia"
"Pakcik pun tahu kan tentang ayah saya"
"Hmm,betul jugak.Mungkin mata yang kamu ada itu cumalah mata magis yang unik sahaja"
"Kamu rasa,kamu boleh gunakannya lagi"
"Maaf,saya tak rasa saya boleh aktifkannya lagi"
"Macam tu,ya"
"Nah,ini ialah kain yang awak perlu jahit di pakaian awak.Awak perlukannya untuk meletakkan tanda dari Core Leader sebagai bukti awak bertanding.Say sudah beri tanda saya padanya jadi awak hanya perlu jahitnya sekarang"
"Hmm,baiklah"
Selepas mendengar jawapan dari saya,encik Hera keluar dari bilik ini dengan muka yang agak serius.Saya rasa,dia mungkin fikirkan tentang mata saya ni.Saya harap saya boleh bongkarkannya.Lepas tu,senior Takeshi pula bertanya,
"Lepas ni,awak nak bertarung dengan Core Leader mana pulak"
"Hmm,mana yang senior rasa lebih dekat"
"Kalau macam tu,apa kata kita pergi ke kawasan puak Pari-pari pula"
"Ayah saya Core Leader di situ"
"Wah,baguslah macam tu"
"....."
"Eh"
"Mmm"
"Ayah awak ialah Core Leader!!"
Saya terkejut mendengar perkara tu.Awalnya say dengar yang pakcik dia Core Leader,lepas tu ayah saya.Sekarang ini ayah dia pulak!Siapa lagi Core Leader pula lepas ni!?!Saya dapat rasakan yang saya akan jumpa dengan banyak lagi penemuan yang mengejutkan selepas ini.Saya menghela nafas saya dan tidur balik.
Saya berehat sehari di rumah senior Takeshi sebelum saya keluar memulakan perjalanan saya.Saya pergi mengambil pedang saya yang dihantar oleh encik Hera untuk diperbaiki di bengkel senjata.Wah,berapa lamalah saya dapat gunakan pedang ini.Saya harap hingga saya mati.Baiklah,dah hampir tiba masa bertolak.
"Senior,awak memang nak ikut saya sekali ka"
"Awak tak perlulah risau pada saya,saya boleh jaga diri"
"Saya tak percayakan awak"
"Awak mungkin akan sesat dan pergi ke tempat yang lain dari dituju"
"Lagipun,jika saya awak saya boleh berlatih lagi"
"Ah,betul jugak"
Baiklah,ayuh kita mulakan perjalanan kita"
Senior menggangguk dan berjalan ke arah jalan hutan.Sekali lagi,saya berjanji di atas pedang saya ini,saya akan berusaha dan mencapai cita-cita saya.Itulah janji saya!
Share this novel