Keesokan harinya,
"Hoi,Kenji!"
"Saya ada bawakan sedikit makanan untuk awak"jerit Senior Takeshi sambil membawa bekal makanan bersama.
"Ah,terima kasih"balas saya.
"Hmm,Kenapa ni,muram je muka awak"
"Awak tak sihat ke"tanya senior
"Saya sihat je,tapi cuma terfikirkan hal semalam je"
Perkara tu memang saya tak boleh lupa.Pada awalnya,saya ingatkan Ogre tu cuma si kaki otot yang biasa, rupa-rupanya dialah Core Leader Puak ni.Perkara tu memang mengejutkan saya.Dia mempunyai rupa yang tenang tapi ketika saya melihat dia dengan lebih lama,saya terasa gerun.Ia memang macam yang senior cakap.Core Leader ni memang kuat.Jika saya tidak berlatih bersungguh-sungguh,saya mungkin akan dikalahkan dengan satu serangan sahaja.
Berdasarkan maklumat dari senior,saya ada sedikit kelebihan.Core Leader Puak Ogre,encik Hera agak lemah dengan magis.Kuasa magis dia pun tidaklah kuat sangat.Jadi sebab tulah dia fokuskan kemahiran dia pada seni bela diri.Tapi itu tak bermakna saya boleh menang dengan mudah.Dia masih lagi seorang Core Leader.Tersilap langkah je,saya boleh kalah.Baiklah,saya perlu kembali berlatih untuk kalahkan dia.Berdiam diri takkan membawa saya kemana-mana.
"Senior,boleh tak awak bertarung dengan saya sebentar"
"Hmm,boleh je"
Kemudian suasana di sekitar saya seperti sudah berubah.Nampaknya senior memang tidak akan berlembut kali ini.Mata dia seperti haiwan yang nak menyerang mangsanya.Persekitaran kami terasa sangat senyap.Kami saling memandang sesama sendiri sambil mencapai senjata kami secara berhati-hati.
Clang!!!!!
Pedang saya bertembung dengan pedang senior.Setiap serangan yang diberi senior memang sangat berkuasa.Saya boleh lihat dan dengar betapa kuatnya serangan itu."Swissshhh"Bunyi ayunan pedang dia sangat berbeza dengan bunyinya ketika kami berlatih berdua ketika di sekolah.Senior memang sedang melatih saya dengan cara yang paling terdesak supaya impian saya tercapai.Kalau macam tu,saya tidak boleh menahan kuasa saya
"Grrrrrrrraaaaaghhhh"
"Kenjiiiiiii"
Setiap serangan semakin berkuasa.Ia seperti saya bertarung dengan orang lain.Walaupun ini latihan,saya perlu anggapnya seperti pertarungan sebenar.Kalau macam tu,saya perlu gunakan ni...
"Water Element:Water Bomb!!!"
Splash!
Saya dah berjaya menghalang penglihatan senior.Inilah masanya....."Ia dah tamat"
"Eh"
Saya terkejut kerana senior berada di belakang saya dan menghalakan pedang dibelakang saya.Saya tak mampu bergerak.Saya rasa takut dan rasa macam nak berhenti di sini sahaja.Tapi ini semua baru permulaan,mana boleh saya berhenti.Fikiran saya langsung tak boleh berfikir dengan bagus bila saya telah diketepikan begini.
"Kenji"
"Kenapa awak masih menahan kuasa awak"
Apa yang senior cakap ni,saya tak faham?
"Jika awak bersifat tidak yakin macam ni ketika pertarungan sebenar,awak akan kalah dengan mudah"
Itulah fakta.Saya bukannya kuat sangat pun.
"Dalam pertarungan sebenar,semua benda yang kita tahu mungkin akan membantu kita"
"Sebab tulah,awak perlu berani mengeluarkan semua kuasa awak"
Saya dah keluarkan semua tapi masih kalah.Saya bukan ada apa-apa yang saya simpan...
Kecuali satu benda ni sahaja.Tapi saya belum mahir dengannya lagi.Salah.Itu bukan alasan untuk saya tidak menggunakannya.Saya cuma berlatih,berlatih dan berlatih.
"Maaf senior"
"Tapi tolong bertarung dengan saya lagi"kata saya
"Baiklah,tapi saya tak nak awak tunjuk prestasi yang lemah macam tadi"
"Saya mahu lihat perkembangan,faham!"
"Baiklah!"
Kemudian,saya dan senior berlatih sehingga waktu matahari terbenam.Selepas makan malam,saya datang ke sini semula untuk berlatih.Selepas itu,encik Hera datang dengan sedikit teh dan berbual dengan saya sebentar.
"Kenji,awak memang nak jadi seorang Holy Knight,ke"tanya encik Hera.
"Hmm,saya cuma nak jadi Holy Knight untuk mencari seseorang yang saya pernah jumpa beberapa tahun dahulu"
"Tapi saya ada jugak perasaan lain.Saya mahu menjadi Holy Knight untuk mendapatkan kebebasan dari ayah saya"balas saya.
"Saya rasa,jika saya menjadi seorang Holy Knight,dia mungkin akan mempercayai saya dan benarkan saya bertindak dengan kehendak saya"
"Jadi keluar mengembara ni dibenarkan ayah awak atau apa"
Saya terdiam sebentar.
"Sebenarnya,saya pujuk ayah saya untuk benarkan saya keluar mengembara.Ia ambil masa yang lama tapi ia berjaya bila saya graduasi 2 tahun lebih awal"kata saya.
"Hei,Takeshi kata awak ialah anak Shinichi kan"
Saya mengangguk.
"Mungkin dia cuma risaukan awak sahaja,lagipun dia seorang Core Leader juga,mungkin dia ada ramai musuh"
"Saya pun agak terkejut bila saya dapat tahu yang Shinichi ada seorang anak,hahaha"
Ketika saya terdiam bukanlah kerana dengar sebab ayah saya bertindak sebegitu tetapi saya terdiam kerana saya dapat tahu satu perkara yang selama ini saya tidak tahu.Saya agak terkejut bila tahu yang ayah saya ialah seorang Core Leader!Saya juga agak terkejut yang encik Hera kenal dengan ayah saya.
"Err,pakcik ni kenal dengan ayah saya"tanya saya dengan muka yang masih terkejut.
"Mestilah,dia antara Core Leader yang terkenal di antara kami Core Leader yang lain"
"Jadi,pakcik tahu siapa mak saya?"
Soalan tu terdetik di kepala saya sebentar sahaja dan saya tidak dapat menahannya dan terus bertanya.Muka encik Hera berubah sedikit.
"Pakcik tak kenal mak kamu"
"Eh"
"Senang kata,pakcik tak tahu apa-apa tentang latar belakang ayah kamu.Siapa isteri dia,anak dia,ibubapa dia dan banyak lagi yang saya tak tahu"
Saya agak tak berapa faham dengan apa yang encik Hera sampaikan.
"Ayah awak ialah orang yang misteri,tak ramai tahu latar belakang dia.Khabar angin juga kata yang dia tidak pernah senyum mahupun gembira"
"Jadi tak hairanlah kalau kami yang bekerja dengan dia pun tak tahu apa-apa"balas encik Hera dengan muka yang agak kecewa.
Saya ingatkan bila bercakap dengan dia,saya mungkin dapat tahu sedikit tentang keluarga saya tapi tak ada gunanya.Nampaknya saya mungkin perlu berusaha lebih lagi untuk mencapai apa yang saya mahukan.Encik Hera nampaknya datang bukan sahaja untuk berbual tetapi dia datang untuk menghilangkan rasa tertekan yang ada pada diri saya selepas berlatih dengan senior tadi.Saya harap pertarungan ni boleh berjalan dengan lancar.
"Kenji,saya nak beri kamu satu nasihat"
Muka encik Hera berubah.Perkara yang dia nak beritahu nampaknya sangat penting.
"Ketika bertarung,perkara yang kita perlu fikir cumalah dua perkara iaitu matlamat dan cabaran yang perlu kita lalui"
"Itu bermakna tidak kira lah apa jenis rancangan pun yang kita ada,lakukan sahaja asalkan kita berjaya,faham"
"Ya"
Selepas itu,encik Hera ajak saya pulang ke rumah kerana sudah lewat malam.Dalam perjalanan pulang,saya teringat satu ayat dari encik Hera sebentar tadi.Perkaranya ialah tentang ayah saya yang tidak pernah senyum.Saya pernah dengar khabar angin ni di kalangan pelajar tapi jika Core Leader pun percaya dengan khabar angin ni,mungkin juga ia betul.Saya menghela nafas memikirkan tentang ayah saya yang misteri tu.Walaupun saya anak dia,dia langsung tak pernah berkongsi apa-apa.Tak lama lepas tu saya tiba di rumah senior Takeshi dan bermalam di situ.
Keesokan harinya,saya bangun seawal 5 pagi berlatih di gelanggang itu bersendirian sehinggalah senior sampai.Rutin ini saya lakukan selama seminggu sehinggalah hari pertarungan.Ketika hari pertarungan,rasa gugup saya sudah berkurang tapi saya masih tidak yakin jika saya boleh menang.Walaupun berfikir begitu,saya masih lagi perlu lakukan untuk mencapai segala matlamat saya.Saya berjanji dengan 'Pedang Sempurna' ni,saya akan berjaya!
Share this novel