Chapter 3(Holy Knight)

Adventure Completed 485

Selepas senior selesai meletakkan barang-barangnya di dalam bilik tidurnya,dia duduk di hadapan saya.Senior nampaknya sedang berfikir dari mana dia mahu mulakan ceritanya.Selepas beberapa saat dia berdiam,akhirnya dia mula bercakap.

"Baiklah,jadi awak nak mengetahui tentang Holy Knight disebabkan dia kan"

Saya mengangguk tanda ya dengan apa yang dikatakan senior.

"Jadi lebih baik saya mula dari awal"
"Di Fantazia,pemimpin kita yang tertinggi ialah Raja.Tugasnya taklah berat sangat.Dia bertugas untuk memilih pelindung Fantazia yang paling utama iaitu Meijin.Meijin ialah pemimpin kedua yang tertinggi dan pelindung utama di Fantazia"

"Tunggu,apa kena-mengena semua ni dengan Holy Knight"saya menyampuk senior Takeshi.

"Tunggulah sebentar,saya tak habis cerita lagi ni"saya terdiam sambil tersenyum malu dan membiarkan senior menyambung ceritanya.

"Baiklah,biar saya sambung di mana saya berhenti tadi"
"Tugas Meijin bukan sahaja melindungi Fantazia tetapi tugasnya ialah untuk memilih mereka yang layak menjadi Holy Knight,Moon Knight dan Core Leader setiap puak.Untuk pengetahuan awak untuk menjadi Holy Knight awak perlu menjadi Moon Knight terlebih dahulu"
"Untuk menjadi seorang Moon Knight, awak hendaklah dipilih oleh Meijin dengan kelulusan yang diberi oleh mana-mana Holy Knight sebelum awak boleh dilantik menjadinya"

Ketika mendengar senior berkata begitu,saya berasa sangat risau.Mana la saya kenal mana-mana Holy Knight,ni kan pulak nak dipilih ia akan dipilih oleh Meijin.Kenapalah susah sangat hidup ni.....

"Tapi ada cara lain untuk menjadi Moon Knight"

"Apa dia?Beritahulah saya senior"

"Sabarlah,saya nak cakaplah ni"
"Awak boleh sertai Fantazia's Moon Tournament.Ia adalah pertandingan yang di adakan setahun sekali untuk memilih Moon Knight baharu.Bagi mereka yang mempunyai bakat yang tidak diketahui ramai dan kurang kenalan,inilah peluang yang sesuai"

"Wah!"
"Jadi mana saya perlu mendaftar"

Sebelum Senior Takeshi sambung penerangannya,dia menghelakan nafasnya.Dari reaksi dan riak wajahnya,dia seperti penat memberi penerangan ni.

"Itulah masalahnya"
"Untuk sertai pertandingan ini,awak perlu mengalahkan 7 Core Leader dari 9 yang ada di Fantazia"

"Apa yang masalahnya?Saya cuma perlu berlatih dan kalahkan mereka,bukan"

Sekali lagi,Senior Takeshi menghela nafasnya.

"Dengar apa yang saya nak cakap ni betul-betul"
"Untuk sertai pertandingan ini,awak perlukan 7 tanda dari 7 Core Leader puak yang awak lawan"
"Tetapi jika awak kalah dengan salah satu daripada Core Leader tu,awak perlu mula semula dari awal.Senang kata,jika awak dah menang menentang 6 Core Leader tapi awak kalah dengan Core Leader yang ketujuh,awak perlu mula semula dari awal"
"Lagipun Core Leader ni,bukannya calang-calang orang.Mereka dipilih diantara semua orang yang ada di dalam puak yang tertentu"
"Jika kalah di cabaran yang pertama pun,mungkin besar kemungkinannya"

Saya terkejut dan tidak terkata apa-apa.Saya nak mempersoalkan syarat-syarat tu dan membalas balik kata-kata senior tapi saya faham sebabnya.Moon Knight ialah salah satu daripada pelindung Fantazia.Walaupun kuantiti mereka agak ramai tetapi mereka perlu mempunyai kualiti yang bagus supaya tugas melindung itu dapat dijalankan dengan sempurna.Tugas Moon Knight ni bukan sekadar melindungi Fantazia tetapi orang-orangnya juga.Selepas berfikir untuk sebentar,saya bertanya pada senior tentang Core Leader puak Ogre.

"Hmm,Core Leader puak Ogre ialah Pakcik saya sendiri"
"Dia agak mahir dalam magis tanah tapi kelebihannya lebih kepada pertempuran fizikal" jawab senior Takeshi.

"Macam tu,ya"
"Awak rasa dengan kekuatan yang saya ada sekarang,bolehkah saya kalahkan dia"

"Saya takut,tidak"
"Awak mungkin antara yang paling cemerlang di sekolah tapi kekuatan Core Leader lebih dari yang disangka"
"Walaupun tahap kemahiran magis dan pedang awak tinggi,dia mungkin boleh kalahkan awak dengan sekali tumbukan"senior menjawab persoalan saya tanpa menapis apa-apa.Dia seperti lansung tidak dapat melihat peluang untuk saya menang sekarang.

"Kalau macam tu"
"Senior,tolong saya berlatih kekuatan dan kemahiran saya"
"Saya tak pasti jika saya boleh kalahkan dia atau tidak tapi jika apa yang saya perlu sekarang ni ialah latihan,saya akan lakukan"

Senior Takeshi mengangguk faham dengan keputusan.Kami berdua berhenti sebentar dan berehat sambil menjamah makanan yang dihidangkan oleh mak senior.

Selepas habis menjamah makanan yang dihidangkan mak Senior,saya terus keluar untuk mencari tempat yang sesuai untuk berlatih.Ketika saya berjalan-jalan di kawasan ini,saya ternampak satu keluarga yang sedang melakukan aktiviti riadah di sekitar kawasan ini.Keluarga itu nampaknya sangat gembira.Saya berharap,saya pun ada keluarga macam tu.Saya terdiam sejenak disitu.Saya memikirkan tentang keputusan yang lakukan.Betul ke,salah ke?Soalan ni masih bermain di kepala saya walaupun saya telah mempunyai jawapannya,saya masih lagi ragu-ragu.

Tak lama lepas tu,ada seseorang menepuk bahu saya dari belakang.Bila saya pusing,saya ternampak seorang Ogre yang besar dan gagah rupanya berdiri dibelakang saya.

"Apa yang kamu buat,berdiri di tengah-tengah jalan ni"
"Jika kamu tak larat,baik kamu berehat di mana-mana dulu" kata Ogre itu.

"Maaflah,saya tak sedar.Saya sedikit mengelamun"
"Hmm,Pakcik.Pakcik tahu tak di mana tempat yang sesuai untuk berlatih"Pakcik ni nampak seperti seorang yang rajin berlatih,jadi dia mungkin tahu satu atau dua.

"Tempat yang sesuai untuk berlatih,ye....."
"Hmm,apa kata kamu ikut saya"
"Saya akan tunjukkan tempat berlatih yang bagus"

Tanpa berfikir panjang,saya setuju dan ikut pakcik itu ke tempat yang dimaksudkan.Tempat yang pakcik ni bawa saya nampaknya tidaklah jauh dari pekan.Sebaliknya ia berada di tengah Pekan Ogre.Kawasan itu dipenuhi dengan batu-batu yang besar berbentuk segi empat tepat.Kawasan ni memang ada sifat-sifat tempat untuk berlatih tetapi ia juga ada satu perasaan seperti banyak pertempuran sebenar telah berlaku di sini.

"Jadi,tempat ni macam mana"
"Ia pasti sesuai untuk orang yang nak mencabar Core Leader,bukan"

"Eh,macam mana pakcik tahu"tanya saya sambil mengingatkan semula apa yang saya pernah cakap.

"Hahaha,benda apa lagi yang orang fikir bila budak yang bukan dari Ogre berada di sini dan mencari kawasan untuk berlatih"

Ah,Ada betul jugak apa yang dia cakap ni.Sebelum saya sempat bertanya lebih lagi,ada suara yang memanggil nama saya.Dia ialah Senior Takeshi.Nampaknya dia ternampak saya ke sini bersama pakcik ni.

"Oi,Kenji!Apa yang awak buat ni"
"Kata nak berlatih tapi kenapa awak dah ada di gelanggang bertarung"

"Eh,tapi pakcik ni kata ini ialah tempat berlatih"

"Hey,Pakcik Hera,apa yang awak rancang nak buat dengan Kenji ni"

Kemudian,saya berpaling melihat pakcik itu.Dia cuma tersenyum dan tertawa besar selepas Senior Takeshi bertanya begitu.Pakcik Ogre ni tak lain tak bukan,pakcik senior ataupun lebih menggerunkan lagi,Core Leader Puak Ogre.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience