Chapter 1(Ikatan)

Adventure Completed 485

10 tahun kemudian,

"Grrrrrah"
"Rasakan ni"

"Pencabar Kenji berjaya menolak lawannya,Takeshi keluar dari gelanggang,maka pemenangnya ialah Kenji"

"Tak sangka betul saya kalah dengan orang yang lebih muda dari saya.Awak terlampau berbakatlah Kenji"kata lelaki yang bernama Takeshi sambil menerima bantuan oleh saya untuk bangun.

"Senior pun tiada kurangnya.Saya sipi-sipi saja sebentar tadi"
"Kalau saya tak sedar titik terbuka awak tadi,saya pasti kalah"balas saya pada Senior Takeshi.

"Woi,itu tak bagi saya rasa lega langsung"balas Senior yang agak kecewa selepas tewas tadi.
"Hahaha,maaf-maaf"

Senior Takeshi ialah senior saya di Sekolah FAMS ni.Umur dia dua tahun lebih tua dari saya jadi dia akan graduasi tahun ini bersama saya yang dengan tak sengaja terlompat tahun jadi saya graduasi lebih awal dari yang sepatutnya.Senior berdarah dari separuh puak ogre dari ibunya Dan separuh puak pari-pari dari ayahnya jadi rupanya agak besar tetapi hatinya sangat berbeza dari rupa.Dari apa yang saya tahu,rumah senior berada di Pekan Puak Ogre.Senior ialah kawan saya yang paling rapat di sekolah ini dan juga rakan sebilik saya di asrama kami.

Kami mula berkenalan ketika saya berumur 7 tahun.Saya berjumpa Senior ketika dia sedang berdiri di luar kelas.Ketika itu,nampaknya senior seperti sedang didenda tetapi rupanya seperti langsung tidak kisah.Saya tertarik dengan riak wajah senior tu jadi saya cuba bercakap dengannya ketika itu.

"Hei,senior.Awak tak rasa takut atau bersalah ke sebab disuruh ke luar kelas"tanya saya
"Kenapa saya nak takut?Saya cuma disuruh keluar kelas kerana tidur semasa mengajar je pun"
"Saya langsung tak rasa bersalah walaupun cikgu kata kalau saya tidur,saya akan terlepas pelajaran hari ni.Tapi apabila kelas tamat,cikgu akan suruh kita ulang kaji apa yang dipelajari di dalam kelas semula bila pulang"

"Maksud awak"
"Haih.Maksud saya,jika kita perlu ulang kaji perkara yang dibelajar dalam kelas,bila lagi kita akan belajar benda lain.Ia hanya akan membazir masa"balas senior Takeshi.
"Ye saya faham untuk bahagian itu tapi apa kaitannya dengan sebab awak tidur di dalam kelas"

Sebelum sempat menjawab,cikgu kelas senior perasan kami berdua sedang berbual di luar lalu cikgu itu memarahi dan menegur kami dari dalam kelas.Apabila saya sedar,saya terus lari dari situ sebelum sempat mendengar jawapan dari senior.Setelah waktu persekolahan tamat,saya segera mencari di mana asrama yang senior tinggal.Saya akhirnya jumpa asrama yang di diami senior.Ketika saya berada di pintu masuk saya terfikir sama ada saya akan diterima masuk begitu sahaja atau tidak.Ketika tangan saya mencapai tombol pintu,pintu itu terbuka.Yang membukanya pun memang seseorang yang saya nak jumpa iaitu senior Takeshi.

"Awak ni budak tadi tu,bukan.Saya sedih tahu bila awak terus lari dari situ tadi"
"Awak tahu tak,saya dimarah cikgu dengan agak teruk tadi"keluh senior pada saya.
"Maaflah,saya terkejut sedikit tadi.Jadi anggap je awak tak pernah dimarah cikgu awak tadi,hehe"
"Jadi,boleh awak jawab soalan saya tadi?Saya datang ke sini untuk tanya tulah"

"Perkara tu ye........."
"Ye,perkara tu"
"Ia tiada kena mengena pun"
".............."

Saya terdiam beberapa saat.

"Apa!!!!!Jadi saya tertanya-tanya tentang perkara yang tak bermakna pun"saya menjerit pada senior Takeshi yang tersenyum dan tersipu-sipu malu bagaikan saya sedang memujinya.
"Maaflah saya tak berniat pun nak menaikkan semangat awak.Saya tidur dalam kelas tadi kerana saya berjaga lewat malam sambil menyelesaikan silang kata ni.Hehehe"
"Hah.Sebelum awak marahkan saya dengan lebih teruk,baik kita perkenalkan diri.Nama saya Takeshi.Awak pula"
"Baiklah,nama saya Kenji"

Sejak dari hari itu,kami berdua sentiasa bersama.Ramai yang mengatakan kami bagaikan adik-beradik sebenar walaupun rupa kami memang langsung tak serupa.Ketika saya sunyi,dia akan selalu berada di sisi.Walaupun kadang-kadang kami bergaduh,kami tetap rapat.Ketika umur saya 11 tahun,bilik asrama saya telah dimansuhkan kerana saya diberi kebenaran untuk lompat dua tahun ke kelas Elit.Saya telah ditempatkan di dalam bilik yang sama dengan senior,jadi kami lebih kerap berbual dan begitulah hari-hari kami sehingga hari graduasi.

"Jadi Kenji,awak dah siap kemas barang-barang awak tapi mana awak nak pergi lepas ni"tanya Senior pada saya.

"Hmmm,saya tak pasti.Saya rasa saya mungkin akan jadi kapal tanpa layar di atas laut yang luas"
"Di mana arus membawa saya,di situlah destinasi saya"balas saya sambil menanggalkan peralatan perlawanan sebentar tadi.

"Hei,orang yang mempunyai impian mana boleh cakap macam itu.Awak patutnya telah sasarkan apa yang patut awak lakukan lepas ni"tegur senior pada saya.
"Hmmm,bukannya apa tapi cara nak mencapai impian saya ni agak sukar jika difikir semula.Saya langsung tak tahu nama ataupun tempat tinggalnya"
"Apa yang saya tahu cumalah rupa dan suaranya sahaja"balas saya dengan rasa sedikit kecewa.

Selepas itu,saya dan senior Takeshi pergi ke Asrama kami untuk mengambil barang kami sebelum beredar keluar dari FAMS.Ketika berada di katil saya,mata saya terhenti pada satu pedang Katana lama dengan pemegang berwarna biru laut yang telah 10 tahun saya simpan.Pedang inilah satu-satunya memori yang saya ada tentang perempuan yang saya pernah jumpa 10 tahun dahulu.Saya berusaha memahirkan segala jenis kemahiran pedang dan magis di sekolah ni hanya untuk jumpa dengannya semula dan tunjukkan hasil yang saya usahakan selama 10 tahun ini.

"Pedang tu dah lama kan awak simpan.Apa kata awak cubanya.Mana tahu pedang tu dah rapuh macam biskut"sindir Senior Takeshi

"Tak mungkinlah.Kalau senior nak tahu pedang cukup kuat dengan kuasa cinta yang ada padanya"
"Saya yakin pedang ini mampu menebang pokok di sebelah asrama kita ni"kata saya dengan yakinnya.
"Kalau macam tu,tunjukkanlah"balas Senior.Selepas dia berkata begitu,kami keluar dari bilik asrama kami dan menuju ke pokok yang yang disebut itu.

"Lihatlah kehebatan pedang ini"
"Wuaahhhh"

Selepas menghayun pedang,pokok itu pun tumbang.Dengan bangganya saya berdiri di depan senior sambil menghembus nafas pada pedang saya.

"Wah,pokok tu memang tumbang lah tapi nampaknya bukan pokok tu je yang tumbang"balas Senior Takeshi.

"Hmmm"
"Ehh"
"Eeeeehhhhhhhhhh"
"Tidaaaaakkkkkkkkkk"

Pedang tu patah di hadapan mata saya sendiri.Caranya patah bagaikan mimpi ngeri yang tidak akan pernah tamat.Pedang yang saya jaga selama 10 tahun akhirnya patah begitu sahaja dengan sekali ayunan di pokok yang saya tanam sendiri.

"Tragis betullah kan"
"haha ha"
".........."usaha senior untuk memujuk saya dengan cara yang teruk tu memang langsung tak berkesan!!

"Woi,woi.Janganlah bersedih sangat"
"Apa kata kita bawanya ke bengkel dan minta blacksmith yang berada di situ membantu"cadang senior pada saya.

Setelah mendengar cadangan itu,tanpa berkata apa-apa dan meninggalkan barang saya yang lain,saya bergegas ke bengkel sekolah ini.Ketika tiba di situ,terdapat seorang blacksmith yang tidak asing bagi saya iaitu Ttenn.

Ttenn ialah senior yang tua setahun dari saya.Dia berasal dari puak elf.Di dalam sekolah ni dia dikenali sebagai Genius Yang Mampu Menghafal Pelbagai Jenis Perkara Dalam Sekelip Mata.Walaupun begitu,dia hanya mahir membina dan itu membuatkan dia dipanggil Blacksmith Genius.

"Ttenn!!!!!"
"Tolonglah baiki pedang saya ni"

"Sabar-sabar, Kenji"
"Boleh tak awak terangkan apa yang berlaku pada saya"

Saya terangkan segala yang berlaku.Ttenn yang mendengar di situ mengangguk faham dengan muka seperti sedang berfikir sesuatu.

"Jadi kesimpulannya,semua ini salah awak sendiri"kata Ttenn pada saya yang mengangguk dengan rasa serba salah dan sedikit malu.

"Saya boleh baikinya"wajah saya yang muram berubah gembira dengan sekelip mata
"Tapi ia pasti mengambil masa lebih dua atau tiga bulan untuk baikinya seperti sedia kala"muka saya berubah muram kembali sambil bertanya kenapa

"Bahan yang saya perlukan untuk membaiki pedang awak ni berada di rumah saya.Saya pula hanya boleh pulang lagi sebulan.Awak lupa ke saya ni bukan graduan"

Apa yang Ttenn kata pada saya tiada salahnya tapi dua atau tiga bulan tu lama sangat!Macam mana saya nak bertarung di luar sana tanpa pedang saya.Telefon pintar yang ayah saya beri atas sebab kesian ni pun bukan boleh tolong saya bertarung.Aaaarrggghh! Menyusahkan betul.Saya tak patut cuba pedang tu pada pokok tadi tapi ia akan patah jugak satu hari nanti.Kemudian Ttenn bercakap

"Pedang ni patutnya awak bawa ke bengkel beberapa kali setahun supaya ia dibaikpulih.Jika awak hanya biarkannya dan hanya cucinya sahaja,memanglah situasi ni akan berlaku"saya mengangguk dengan rasa sedih dan bersalah selepas ditegur Ttenn.
"Awak tak perlulah bersedih sangat.Sebagai ganti pedang ini,saya akan berikan pedang yang terbaik saya pernah buat"

Ttenn mengeluarkan pedang Katana yang panjangnya sama dengan pedang saya itu tetapi matanya lebih tajam dan pemegangnya nampak lebih selesa dari yang saya punya.Saya tergamam dan terkejut kerana Ttenn mahu memberi pedang yang bagus seperti itu pada saya.

"Awak ambillah pedang ni.Anggapnya sebagai hadiah graduasi awak"
"Saya telah namakan pedang ini sebagai Pedang Sempurna sebab saya rasa inilah pedang paling sempurna saya pernah buat tapi ikut awaklah nak panggilnya apa pun"kata Ttenn pada saya sambil menghulurkan pedang tersebut.

Dengan sendirinya tangan saya mengambil pedang itu dan saya berkata
"Terima kasih!Nama yang awak beri tu dah cukup bagus"
"Saya berjanji,saya akan gunakan Pedang Sempurna ini sebaik mungkin Ttenn"

Ttenn tersenyum sambil melihat saya dan Senior Takeshi yang sudah berada di luar pergi mengambil barang kami untuk bersedia keluar dari sekolah ini.Pedang yang diberi Ttenn ini akan menjadi langkah pertama yang sempurna bagi saya untuk memulakan pengembaraan di dunia luar ini.Saya telah bertekad,saya akan berusaha untuk menjadikan impian saya kenyataan.

Ketika berada di luar,
Saya telah melihat ramai senior saya yang telah berangkat pulang ke kampung halaman mereka menaiki kereta,bas dan ada yang berjalan jauh dengan beg yang banyak ke stesen kereta api.Bagi saya pula,saya hanya akan berjalan kaki kerana saya tiada hala tuju di mana patut saya mulakan.Senior Takeshi beritahu saya yang dia akan pulang ke kampungnya lewat sikit sebab ada beberapa kerja yang belum selesai.Mungkin hal pokok yang ditebang tadi rasanya.Hehe.

"Baiklah.Mulai dari saat ini,saya Kenji akan memulakan perjalanan saya mencari perempuan yang telah saya berjanji 10 tahun dahulu.Tak kiralah apa jenis peluang yang muncul,saya akan terimanya jika itu bermakna saya akan mendapat kegembiraan yang saya cari selama ini.Tunggulah,dunia ini akan berasa bertuah kerana seorang wira yang mempunyai impian akhirnya membuka langkahnya untuk menuju ke kejayaan"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience