"Huh,Huh"
Saya telah berlari selama beberapa minit di dalam bangunan ini.Lagi beberapa tingkat sebelum saya tiba sampai ke penghubung tu.Encik Tuah pun belum cuba menyerang saya.Mungkin dia sengaja biarkan saya ke atas untuk mengurangkan stamina saya.Tapi dia tak tahu yang saya ada stamina yang banyak sejak dari sekolah lagi.Tunggulah!
"Nampaknya,dia masih boleh kekalkan stamina dia"
"Saya harap rancangan kami berjaya,saya percayakan awak,Kenji"
Saya dah boleh nampak encik Tuah dari sini.Nampaknya dia lansung tak tunjukkan apa-apa pergerakan.Pelik betul.Senior kata yang ayah dia selalunya akan terbang mencari pencabar di dalam bangunan tetapi kenapa dia lansung tak bertindak?Mungkin ni rancangan dia.Tanpa saya sedar saya sudah berada di penghubung tu.Saya cuba melihat jika dia buat pergerakan atau tidak tapi dia cuma menutup matanya sahaja.
"Hei,pakcik"
"Saya dah ada di sini,ayuh kita bertarung"
"Jadi kamu telah bersedia,ya"
"Memanglah,kalau tak saya pasti tidak ada di sini"
"Hmm,macam tu ya"
"Tapi bagi saya,kamu nampaknya masih belum bersedia"
Saya tertanya apa yang dikatakannya sehinggalah saya lihat betul-betul pada diri dia.Dia tidak bergerak dari tadi ialah kerana dia menggunakan angin untuk mengesan saya.Angin tu nampaknya digunakan untuk mengesan geseran yang terkena dengannya.Geseran tu dapat menentukan arah musuhnya.Penggunaan angin yang tak disangka.Dia gunakannya untuk tunjukkan pada saya yang saya masih belum cukup peka dalam perlawanan ni.
"Kali ini,saya betul-betul sudah bersedia"
"Saya akan mulakan serangan saya"
"Datanglah"
"Graaagghhh"
Clash
Pedang saya dapat ditahan dengan pisau yang tajam rupanya.Bukan,itu bukannya sebarang pisau.Itu ialah keris.Keris mempunyai ketajaman yang lebih tinggi dari pisau.Tak ramai yang boleh gunakannya dan lihat dia mampu menghalang Katana saya ni pun dah cukup nak tahu yang dia ni sangat hebat.Tapi itu bukan maknanya untuk saya mengalah.
"Graggh"
"Wraaahh"
"Ambil ni"
Clash
"Belum habis lagi,ambil ni"
"Shining Sword!"
"The Spiral"
Tak guna dia berjaya menghalang Sword Skill saya.Tapi itu berjaya membuka peluang untuk gunakan rancangan senior."Wind Element:Wing Pulse"Sekaranglah masanya.
"Water Element:Water Canon"saya menggunakan Water Canon bukanlah untuk menyerang sebaliknya saya gunakannya sebagai alat untuk melemahkan encik Tuah.Rancangan saya ialah untuk membekukan sayap encik Tuah.Itulah rancangan dari senior.Dengan menggabungkan elemen air dan angin,saya dapat membentuk kuasa ais.
"Rancangan yang bagus"
"Biar saya teka,ini pasti cadangan dari Takeshi kan"
"Budak tu memang bijak"
"Nampaknya saya perlu ambil awak dengan serius sekarang ni"
"Marilah"
Clash
Klang
Swish
Pedang dan keris kami tetap bertembung.Kami berdua saling melepaskan magis kami dan mencari peluang untuk membalas serangan.Setiap serangan dia berjaya saya tepis tapi bertarung di tempat tinggi memberi kami ruang yang terhad.Jika saya tersilap langkah saya boleh terjatuh.Saya perlu lebih berhati-hati dalam pertarungan ni.
"Kamu semakin hebat tapi kelajuan kamu tidak setanding saya"
Dia cuba menyerang saya di perut tapi saya sempat mengelak.Sekali lagi dia menyerang tapi di tempat lain pulak.Saya masih dapat menepis dan mengelaknya tapi saya lansung tiada peluang untuk menyerang.Saya telah diketepikan dengan sangat teruk sekarang ni.Apabila benda buruk berlaku pada saya,benda yang lebih buruk boleh lagi berlaku.Saya secara tidak sengaja terpijak hujung penghubung bangunan.Saya hampir terjatuh tapi sempat bergantung di tepinya.
Bila saya cuba pandang ke bawah,saya cuma terasa takut yang saya akan kalah tapi saya terdengar satu suara.Ia ialah suara yang seperti memberi tenaga baru pada saya.Bila saya cuba pandang ke bawah saya ternampak seseorang.
"Berusahalah,Kenji"
"Awak boleh buat"Ao di bawah sana sedang menyokong saya sepenuh hatinya.Melihatnya begitu memberi saya semangat.
"Awak telah bertarung dengan baik,jadi maaflah ya"
"Sampai sini sahaja"
Encik Tuah menjatuhkan saya dengan kuasa anginnya.Orang ramai kelihatan risau tetapi saya lansung tak rasa risau.Kenapa,ya?Oh,sebabnya ialah.....
"Oho"
"Macam tu ye"
"Jadi awak terselamat ya,Kenji"
Saya telah membekukan angin yang digunakan oleh encik Tuah dari tadi.Salah satunya membentuk gelongsor yang membawa saya semula ke atas ni.Saya tak sangka ia akan berguna.Saya cuma membekukan semua secara rawak sahaja tadi.Saya hampir tak rasa yakin tadi tapi terima kasih pada Ao saya dapat semula keyakinan saya.
"Ayuh,teruskan perlawanan kita"
Perlawanan diteruskan dengan pertembungan pedang dan keris kami.Pertarungan berjalan sehinggalah sayap encik Tuah akhirnya cair sepenuhnya.Apabila dia cuba terbang,saya segera bergantung padanya.
"Hoi,apa yang awak buat ni"
"Buat apa lagi"
"Kalahkan awak lah"
"Apa"
"Saya bukannya hanya belajar satu Sword Skill"
"Tapi saya ada kuasa lain jugak,ambillah ini"
"Meteor Trust"
Saya melompat dari badan encik Tuah dan bergerak ke arahnya seperti Meteor untuk melancarkan gerakan ini.Akhirnya,dia jatuh dari bangunan tu.Saya pulak berjaya memegang satu tingkap yang tak sengaja terbuka tadi dan berpaut padanya.
"Core Leader,Tuah telah berjaya dikeluarkan dari gelanggang.Pemenangnya ialah pencabar Kenji!"
Setelah pengumuman selesai,orang ramai mula bersorak.Saya berasa gembira tapi saya mahu sesiapa tolong bawa turun saya dari sini dulu!
"Kenji,kamu dah lakukan dengan bagus"
"Ini dia tanda dari saya"
"Saya harapkan maju dan berjaya"
"Baiklah,terima kasih"
Selepas itu,senior ajak saya pulang ke rumah untuk berehat.Sebelum saya pulang ke rumah,Ao kata dia mahu bercakap dengan saya.Jadi saya pergi berjumpa dia dahulu.
"Kenji,saya dekat sini"
"Jadi Ao,apa yang awak nak cakap ni"
"Sebenarnya..."
"Sebenarnya?"
"Tolong benarkan saya ikut awak mengembara"tanya Ao sambil menghulurkan tangan.
"Eh,tapi kenapa pulak tiba-tiba ni"
"Sebenarnya,saya memang teringin nak mengembara tapi saya kurang berani"
"Jadi bila mengembara dengan awak saya mungkin akan membina sedikit keberanian dan juga saya nak jumpa dengan perempuan yang awak berjanji"
"Hmm,saya boleh je benarkan awak"
"Lagipun,awak pandai memasakkan jadi mungkin awak boleh tolong masak untuk kami"
"Betulkah ini"
Saya mengangguk dan tersenyum padanya.Rupa dia sangat gembira.Siapa sangka yang saya akan dapat rakan baru lagi bila mengembara ni.Tapi nampaknya ada satu persoalan saya yang terjawab.Ao nampaknya bukanlah budak perempuan dari 10 tahun dulu dari reaksi yang dia beri.Kemudian,bila saya pulang saya beritahu pada senior tentang hal ini.Pada awalnya,senior menolak idea itu tapi dia menerimanya bila dia dengar yang Ao akan masak pada kami.
Keesokan harinya,
"Baiklah,ayuh kita mulakan perjalanan"kata saya.
"Tunggu,ke mana kita akan pergi pulak lepas ni"tanya Ao.
"Betul jugak"
"Senior,awak rasa mana patut kita pergi pulak lepas ni"
"Hmm,apa kata kita pergi ke kawasan Puak Beast"
"Mereka agak dekat dari sini"
Kami bertiga bersetuju dengan keputusan itu.Dan dari situ,bermulalah perjalanan kami bertiga yang akan menempuh pelbagai kebenaran yang pahit dan cabaran yang mencabar.
Share this novel