BAB 16

Romance Completed 16767

pagi itu di pejabat adriana tidak banyak bercakap . hanya diam dan buat
kerja sendiri . izza yang perasan akan sikap adriana itu sudah banyak
kali bertanya . tetapi gadis itu tetap memberikan jawapan "izza .. aku
ok . kau janganlah risau". +

adam melangkah masuk ke pejabatnya dengan langkah yang bersahaja .
sempat lagi dihulurkan senyumannya kepada suzy yang tersipu2
memandangnya . +

entah apa2 la perempuan ni . tersenyum2 macam kambing gurun . getus hati
kecil adam . +

dia berjalan melalui meja adriana untuk ke bilik pejabatnya . sempat
lagi dikerling adriana yang sedang merenung komputer itu . langkahnya
terhenti . dia memandang adriana lama namun gadis itu seakan tidak
perasan akan kehadirannya disitu . +

ehem !! +

adam berdehem . +

adriana tersentak . terus dipanggungkan kepalanya . +

adam !!+

adriana terus berdiri . sempat lagi diucap kata maaf kerana dia tidak
perasan akan kehadiran adam disitu . +

"masuk bilik saya sekejap ". arah adam serius . dia terus melangkah
tanpa menghiraukan adriana yang terkebil2 memandangnya .+

dengan keadaan yang terpaksa adriana mencapai buku nota hitamnya dan
terus melangkah masuk ke bilik pejabat adam . dilabuhkan duduknya
dihadapan adam . +

"awak kenapa rian ? saya tengok awak macam ada masalah . boleh kongsi
dengan saya apa masalah awak ?" soal adam prihatin . dia memandang wajah
gadis bertudung merah itu . +

adriana mengeluh . +

"tak ada apa2 . saya ok . cuma saya letih jer . " jawab adriana
berbohong . tidak mahu adam mengetahui apa yang bermain difikiran dan
hatinya . +

"rian , dari segi riak wajah awak saya tahu awak ada masalah . cuba
beritahu saya . mana tahu saya boleh bantu awak selesaikan masalah awak
tu ". ujar adam cuba memujuk adriana . +

"hujung minggu ni saya akan bertunang . umi dan abah yang tetapkan semua
. saya tak nak semua tu . "beritahu adriana lemah . +

berubah terus riak wajah adam bila mendengar kata2 adriana itu . +

apa ? bertunang ?? +

"bertunang ?? dengan siapa ?"+

"saya tak tahu adam . semalam umi saya call beritahu ada orang hantar
rombongan meminang dan umi saya terima . jujur saya cakap saya tak tahu
langsung tentang semua tu ". jawab adriana . +

adam mengeluh . +

"tahniah rian . jadi awak nak ambil cuti berapa hari ? saya akan
luluskan ". ujar adam . hatinya sedih bila mendapat tahu adriana akan
bertunang dan automatik akan menjadi milik orang lain . +

kenapa bila aku sayang seseorang itu dia tak akan menjadi milik aku ?
kenapa ? +

"maafkan saya adam . saya dah mungkir janji antara kita ". kata adriana
. dadanya sedikit sebak bila melihat senyuman yang terukir dibibir adam . +

"tak apa rian . saya langsung tak marahkan awak . mungkin antara kita
tiada jodoh . saya doakan awak bahagia ". ujar adam . tipulah kalau dia
kata dia tak sedih akan semua ini . dadanya sesak menahan sebak yang
bertamu . tapi sedaya upaya ditahan agar gadis didepannya tidak tahu dia
bersedih . +

"saya dah mungkir janji saya untuk berkahwin dengan awak . saya dah
sakitkan awak adam . maafkan saya ". +

adam mencapai tangan adriana yang berada di atas meja . digenggam lembut
tangan itu . +

"rian .. apa yang kita rancang tak semestinya terjadi . jadi kita
sebagai manusia kena terima dengan hati yang terbuka . apa yang jadi ada
hikmahnya . saya tetap berada di belakang awak sebagai sahabat . " ujar
adam . +

adriana melawan pandangan adam itu . dia tahu lelaki itu sedih . sedih
akan perbuatannya . tapi apakan daya . dia tidak boleh menolak semua ini
. mahu tidak mahu dia terpaksa terima . demi air muka umi dan abah .
walaupun hatinya tidak rela dia tidak akan sekali2 memalukan umi dan
abah .+

adam kemudian melepaskan genggaman tangannya di tangan adriana . dia
mengalihkan pandangannya memandang laptopnya . +

"awak boleh keluar sekarang ". kata adam seperti menghalau . +

adriana terus bangun . dia langsung tidak terasa dengan kata2 adam yang
menghalaunya itu . dia faham akan perasaan lelaki itu . +

adam mengeluh bila figura adriana sudah menghilang disebalik pintu . dia
menyandar belakang badannya dikerusi . lengan diletak atas dahi . +

"kenapa semua ini berlaku pada aku ? rian .. aku sayangkan kau . tapi
aku terpaksa lepaskan kau demi kebahagiaan kau dan demi air muka ibu
bapa kau . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience