BAB 5

Romance Completed 16767

adriana memandang naufal yang begitu sibuk dengan telefon bimbitnya .
adriana menyedut sedikit jus oren kemudian kembali memandang naufal .
menunggu saat2 lelaki itu melepaskan telefon bimbitnya . tetapi langsung
tiada tanda2 itu . malah naufal semakin seronok bermain telefon tanpa
langsung menghiraukan adriana yang memandangnya . +

"ehem2 . rian bukannya tunggul kat sini ". perli adriana . naufal
memandangnya . seketika lelaki itu tersenyum . +

"opss ! sorry . fal tak sengaja main telefon pula ". ujar lelaki itu dan
terus menyimpan telefon bimbitnya didalam beg . naufal menyedut sedikit
air milo ais bagi menghilangkan dahaga yang melanda . +

"so .. rian ada apa nak jumpa fal ?" tanya naufal kepada adriana . +

adriana mengangkat sebelah keningnya . berasa pelik dengan soalan yang
diajukan naufal itu . +

"kenapa , rian tak boleh jumpa fal ke sampai fal tanya soalan macam tu
?" bidas adriana . sakit hati pula dengan sikap naufal yang dianggap
main2 itu . +

"bukan macam tu maksud fal . yela , selalunya rian tak pernah pula
paksa2 fal keluar kalau fal tak nak keluar . tapi hari ni lain pula . tu
sebab fal tanya kenapa . mana la tahu ada perkara yang rian nak bincang
dengan fal ke ". jawab naufal panjang lebar . +

"yes ! memang rian ada perkara nak bincang . pasal kita ". +

"pasal kita ? kenapa dengan kita . fal rasa kita tak ada masalah apa2
pun ". kata naufal . sesekali dilihat telefonnya yang ada didalam beg . +

"fal boleh tak tolong fokus sikit . janganlah asyik tengok telefon saja
". marah adriana . +

"ok sorry2 . boss fal mesej beritahu pasal projek . " +

adriana menarik muka masam . +

boss la sangat ! +

"so rian nak bincang tentang apa ?" +

"straight to the point la ok . umi rian dah tanya bila fal nak masuk
minang rian ?" adriana berterus terang . +

berubah terus riak wajah naufal dengan kata2 kekasihnya itu . naufal
diam . adriana yang perasan perubahan naufal melemparkan pandangan pelik
. +

"errr ... meminang ? "+

adriana mengangguk . +

"err ... begini lah . rian beritahu umi rian fal tak bersedia lagi untuk
kahwin . lagipun kita muda lagi . fal pun perlu cari duit lebih sikit
untuk memperisterikan rian . " ujar naufal kepada adriana . +

"sampai bila fal nak bersedia ? sampai umur kita 30 ? 40 begitu ? fal ,
rian bukannya apa . kita dah lama berkawan . dah 3 tahun dah . masa yang
kita ambil untuk kenal hati budi masing2 sangat lama . sepatutnya kita
dah boleh kahwin . bukannya masih berkawan macam ni ". ujar adriana
sedikit mendesak . +

naufal mengeluh . +

"rian tolonglah faham . fal bukannya tak nak kahwin dengan rian . fal
nak . tapi bagilah fal masa . bagi fal cari duit banyak2 then bagi fal
capai cita2 fal dulu . lepas tu baru fal masuk minang rian ok . " pujuk
naufal . +

adriana memandang ke arah lain . sakit hati kalau bercakap dengan lelaki
begini . fikir diri sendiri saja . diri orang lain langsung tak
difikirkannya . +

"yes rian tahu fal nak capai cita2 fal nak jadi pilot . ok rian faham .
tapi takkan disebabkan itu kita tak boleh bertunang . at least orang dah
tahu kita dah ada hubungan walaupun belum diijab kabul . lepas bertunang
fal boleh jer fokuskan kepada cita2 fal tu . rian pun boleh beri
semangat pada fal memandangkan ketika tu rian dah jadi tunang fal ".
kata adriana . seboleh mungkin dia ingin memujuk lelaki itu agar cepat2
meminangnya . +

naufal meraup kasar wajahnya . dia memandang adriana tajam . +

"rian please ! tolong jangan paksa fal . kalau fal kata nanti , maknanya
nanti la . jangan lah kalut sangat . " kasar sahaja kedengaran suara
naufal dipendengaran adriana . +

adriana terasa . selama 3 tahun mereka berkawan , belum pernah naufal
bersuara kasar dengannya . tetapi malam ni hanya disebabkan kes meminang
sahaja lelaki itu sudah berani bersuara kasar dengannya . +

"baiklah kalau itu yang fal kata . rian tak paksa . rian faham . " balas
adriana perlahan . dia kemudian memandang jam dipergelangan tangannya .
sudah pukul 9.30 malam . +

"rian balik dulu . rian tunggu keputusan fal ". kata adriana dan pantas
berlalu dari situ . naufal hanya memandang adriana semakin jauh tanpa
berkata apa2 . +

????????+

dua bulan selepas perbincangan tentang meminang itu , naufal terus
mendiamkan diri . sudah puas adriana call , mesej namun masih tiada
respon dari lelaki itu . +

adriana mendail nombor telefon naufal . dilekapkan skrin telefon
ditelinganya . +

tut .. tut .. tut .. +

seketika kedengaran suara naufal memberi salam . +

"fal kemana dua bulan menyepi ? fal tak sayangkan rian ke ?" soal
adriana yang ketika itu berada dibiliknya . +

"fal sibuklah rian . bukan fal saja2 sepikan diri ". naufal memberi
alasan . +

"sibuk apanya . orang lain pun sibuk juga . tapi tak macam fal . fal
cakap betul2 dengan rian . betul ke fal sibuk atau fal saja buat2 sibuk
?" +

kedengaran keluhan kasar dari naufal . +

"fal sibuk betul la . takkan fal nak tipu pula ". ujar naufal . +

"fal dah fikir pasal yang kita bincang dua bulan lepas ?" tanya adriana
inginkan kepastian . +

"pasal apa rian ? fal lupa la ". +

adriana mendengus geram . +

"fal memang tak serius kan . pasal kita nak bertunang tu . fal dah
fikirkan ke belum ?" +

"rian , berapa kali fal nak beritahu . beri fal masa . jangan desak fal
macam ni . serabutlah ! "+

"ohh baru sekarang serabut . fal , sampai bila kita nak macam ni ?
sampai bila ?" soal adriana . +

"sampai hati fal terbuka untuk berkahwin . " jawab naufal selamba . +

"sekarang hati fal tak terbuka lagi la . fal ni sebenarnya sayangkan
rian ke tak ? rian tengok perangai fal sekarang banyak berubah . tak
macam dulu lagi . " +

"fal sayangkan rian . sayang sangat2 . "+

"kalau fal sayangkan rian , masuk minang rian . kita bertunang dulu . "
ujar adriana masih cuba memujum naufal . +

"rian ni faham bahasa melayu ke tak ha ? fal cakap sabar , sabar lah .
jangan memaksa macam ni ! rimaslah ! " tengking naufal tanpa
menghiraukan perasaan dan hati adriana . +

"fal rimas ? ok fine . kalau fal dah rimas dengan rian . lepaskan rian !
" ujar adriana dengan keputusannya yang satu itu . +

"apa rian cakap ni ? lepaskan rian apa ? rian tahukan fal sayangkan rian
. mana mungkin fal nak lepaskan rian ". kata naufal . +

adriana hanya diam . malas mahu bercakap lagi . +

"ok2 fal minta maaf sebab tengking rian . fal tak sengaja . fal serabut
sangat sekarang ni . sebab tu fal minta rian bersabar kejap . fal janji
nanti fal akan masuk meminang rian . " ujar naufal memujuk adriana . +

"betul ni ? janji ?" +

"fal janji . fal minta maaf ok . fal sayang rian sangat2 . " luah naufal
ikhlas . +

adriana tersenyum lantas membalas luahan naufal itu . +

"rian pun sayang fal sangat . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience