BAB 4

Romance Completed 16767

adriana tiba dirumah tepat jam pukul 9 malam . izza yang sedang menonton
tv memandang adriana sekilas .

adriana melempar tas tangannya di atas meja dan terus menghempaskan
tubuhnya di atas sofa .

"fuhh ! penatnya .. " terdengar keluhan dari bibir kecil adriana .

izza mengalihkan pandangannya memandang adriana . keningnya dikerutkan .

"penat ?? kau kemana baru sekarang balik ?" soal izza ingin tahu .
adriana memandang izza lantas menjawab .

"keluar dengan naufal . "

"ohh .. keluar dengan naufal . patutlah balik lambat . aku dah agak dah
". balas izza . dia kembali menyambung menonton rancangan kesukaannya .

"za .. hujung bulan ni aku nak balik kampung . kau nak ikut ?" tanya
adriana .

"tak kot . sebab aku pun ingat nak balik kampung . lama dah aku tak
melawat mak ayah aku dekat kampung . " jawab izza .

"tak apalah kalau macam tu . eh ! aku naik atas dulu ea . letih la .
jumpa esok k . daaa .. night .. " adriana pantas mencapai tas tangannya
dan dengan langkah longlai dia berjalan menuju ke biliknya .

"night .. " balas izza perlahan .

Adriana tiba di kampung halaman tepat jam 2 petang . kelihatan fatimah
sudah menunggu dihadapan rumah . adriana pantas turun dari kereta dan
melangkah ke arah uminya . tangan uminya disalam dan tubuh uminya
dipeluk lembut .

"pukul berapa bertolak dari rumah "? tanya fatimah .

"pukul 10 umi . " jawab adriana . beg yang berisi pakaiannya dibawa
masuk kedalam rumah .

"aik ! lamanya . pukul 10 bertolak , pukul 2 baru sampai . pineng dengan
kl bukan jauh mana pun . " kata fatimah hairan . selalunya anaknya itu
kalau balik sini ambil masa 3 jam sahaja untuk sampai . tapi hari ini
lain pulak . 5 jam masa diambil untuk tiba disini .

"di kl jem umi . tu lambat sikit . abah mana ?" soal adriana . matanya
melilau mencari kelibat abah tersayang .

"abah kamu macam lah kamu tak faham . kemana lagi kalau bukan ke kebun .
"jawab fatimah .

adriana mengerutkan dahinya .

"kebun ? time2 macam ni ?"

"yelah . macam lah kamu tak tahu abah kamu macam mana . dah pergi rehat
. umi siapkan makan kejap . " ujar fatimah sambil menolak lembut bahu
adriana .

Adriana hanya mengangguk perlahan sebelum hilang disebalik pintu bilik .

hasan memarkir motosikalnya dibawah rumah . kelihatan kereta myvi milik
Adriana sudah tersadai disitu .

mesti dah sampai anak aku , kata hasan dalam hati .

sabit yang berada didalam raga motorsikal diambil dan diletakkan dibawah
tangga . hasan melangkah menuju ke pintu rumah .

"assalamualaikum . " hasan memberi salam sebaik sahaja kakinya melangkah
masuk kedalam rumah . kelihatan ruang tamu sunyi tanpa penghuni . hasan
terus melangkah menuju ke dapur .

adriana yang baru selesai makan terpandangkan hasan yang baru tiba
dipintu dapur . adriana pantas melangkah merapati abahnya dan dikucup
tangan tua itu .

"dah lama sampai ?" tanya hasan lembut sambil mengusap kepala anak
kesayangannya itu .

"lama la juga . abah dari kebun ke ?"

"ye .. abah dari kebun . menebas sikit rumput panjang sangat . " jawab
hasan . dilabuhkan duduknya dikerusi meja makan .

adriana yang sudah terbiasa pantas mengambil gelas dan dituang air masak
kedalamnya lalu dihulurkan gelas itu kepada abahnya .

hasan menyambut gelas yang dihulurkan adriana lantas meneguk air bagi
menghilangkan dahaga .

"lega aih dapat minum air . " kata hasan sedikit termengah .

adriana hanya tersenyum mendengar kata2 hasan . dia tahu mesti abahnya
penat dan dahaga sebab itu dia cepat2 beri air kepada abahnya tanpa
sempat abahnya suruh .

"haa bila abang sampai ? tak dengar moto pun ". fatimah yang baru tiba
diruang dapur segera menegur hasan .

"baru jer sampai . sampai2 saja rian bagi air . lega terus tekak yang
dahaga ni . " adu hasan .

"abah .. pokok rambutan dah berbuah belum ?"

"belum berbuah lagi . lambat lagi musimnya . kenapa rian teringin nak
makan buah rambutan ke ?"

adriana mengangguk .

"tak apalah . nanti dah berbuah rian makan lah sepuas-puasnya ". kata
hasan . diambil surat khabar yang ada diatas meja lalu dikipas2
diwajahnya . terasa sedikit berbahang memandangkan dia memakai baju
berlengan panjang .

"rian , umi nak tanya sikit boleh ?" tanya fatimah yang ketika itu sudah
duduk ditepi hasan .

"tanya apa umi ?"

"bila si naufal tu nak masuk meminang kamu ? umi tengok dah lama sangat
kamu berkawan dengan dia . tapi sampai sekarang tak ada apa2 lagi . "

soalan yang diajukan fatimah membuatkan wajah adriana berubah . adriana
mengeluh berat .

meminang apanya , jumpa pun tidak sekarang ni . last jumpa pun waktu
keluar lunch sebulan yang lepas . lepas itu masing2 diam .

fatimah yang perasan akan riak wajah adriana segera bersuara .

"rian tak apa2 ke ? umi tengok macam ada masalah jer . umi salah cakap
ke ?" +

adriana pantas menggeleng .+

"tak la umi . rian ok ". balas adriana . +

"berbalik pada soalan umi tadi . bila naufal nak masuk meminang kamu ? " +

"tak tahu la umi . mungkin lambat lagi kot ". kata adriana berdalih . +

"nak tunggu sampai bila rian . kamu bukannya makin muda . sekarang kamu
dah 25 tahun . umi tengok kawan2 kamu yang lain dah kahwin ada anak dah
pun . anak umi ja belum lagi . " ujar fatimah . +

"hmm .. " adriana hanya mengeluh . tidak tahu hendak berkata apa lagi . +

"rian , umi bukannya nak memaksa kamu untuk berkahwin awal . tapi umi
tak mahu kamu berkawan lama2 dengan naufal . tak elok orang tengok nak . "+

"betul cakap umi kamu rian . tak elok lelaki dan perempuan yang bukan
muhrim berkawan lama2 . takut terjadi perkara yang tak diingini . abah
harap rian faham maksud abah . " hasan mencelah . +

adriana memandang tunak wajah kedua orang tuanya sebelum menjawab +

"tengok lah nanti rian bincang dengan naufal dulu macam mana . "+

fatimah dan hasan hanya mengangguk . kalau itu yang dikatakan adriana
mereka tidak mahu memaksa . mungkin nanti hasrat mereka akan tercapai
juga untuk melihat adriana berkahwin .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience