BAB 14

Romance Completed 16767

naufal mengunyah perlahan mee goreng didalam mulutnya . sesekali dilirik
matanya memandang suraya yang leka berborak dengan bapa dan ibu
mertuanya . +

entah kenapa hatinya berasa menyampah melihat wajah suraya . padahal
dulu dia juga yang beria-ia hendak berkahwin dengan perempuan itu sampai
sanggup tinggal dan lukakan hati adriana . +

"naufal , terlanjur kamu dah ada disini . papa nak tanya kamu . kamu
mahu tak urus syarikat papa di sabah tu ? " soal datuk aidil sambil
memandang ke arah menantunya itu .+

naufal menghabiskan kunyahannya yang terakhir sebelum menjawab soalan
bapa mertuanya itu . +

"fal minta maaf papa . bukan niat fal nak tolak permintaan papa itu .
tapi , papa sendiri tahukan fal dah ada kerja sendiri . sekarang fal dah
dapat kerja sebagai pilot tu . " jawab naufal . +

kalau boleh dia tak mahu langsung ada kena mengena dengan syarikat bapa
mertuanya itu . kehidupan dia bukan seperti dalam novel . berkahwin
dengan orang kaya hanya kerana inginkan harta dan jawatan penting dalam
syarikat . +

no !! itu bukan dia !! +

suraya yang berasa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan naufal
segera mencelah . +

"kenapa you tolak ? papa offer you kan ? kalau you kerja di syarikat
papa , pendapatan bulanan you lebih tinggi dari you kerja sebagai pilot
tu ". ujar suraya . sedikit sebanyak dia bagaikan menghina pekerjaan
naufal .+

"betul cakap su naufal . mama sokong 100 peratus . at least kalau kamu
kerja disyarikat papa duit poket kamu banyak la sikit . dari kamu kerja
sebagai pilot tu apa yang kamu dapat ? keselamatan kamu pun dalam
keadaan merbahaya dengan pekerjaan tu ". kata datin marina membela
anaknya suraya . +

naufal mengeluh . +

kenapa mereka ni tidak faham dengan keputusan aku ? kenapa mesti paksa
aku ikut kehendak mereka ? +

"fal minta maaf mama , papa . fal memang tak boleh terima tawaran papa .
lagipun su sendiri tahu , fal dah lama bercita2 ingin menjadi seorang
pilot . dan fal harap mama dengan papa tak memaksa fal dan faham dengan
keputusan fal ". balas naufal . dia berharap mereka boleh menerima
keputusannya . +

"you ni kan !! " belum sempat suraya habis bercakap , datuk aidil
memotong . +

"tak apa naufal . papa faham . dan papa terima keputusan kamu dengan
hati yang terbuka ". kata datuk aidil . +

naufal hanya membalas dengan senyuman . +

????+

"kenapa you tak terima tawaran papa ? kenapa you menolak ?" soal suraya
kasar . +

ketika itu mereka sudah berada didalam bilik . naufal yang baru sahaja
membaringkan tubuhnya memandang suraya sekilas sebelum memejamkan
matanya . +

malas mahu melayan sikap isterinya itu . +

melihatkan tingkah naufal yang endah tak endah dengannya membuatkan
suraya semakin geram . dengan kasar diambil bantal yang melapik kepala
naufal dan dihempuk kasar ke wajah naufal . +

"you jangan kurang sangat dengan i ! i cakap dengan you , you boleh buat
tak tahu . you sedar sikit you tu siapa !" marah suraya . bantal yang
dipegangnya dilempar ke atas lantai . +

naufal yang tidak menjangka akan sikap suraya begitu terus bangun dari
pembaringannya . dia kini sudah berdiri berhadapan dengan suraya . +

"you sedar tak you cakap dengan siapa ? " soal naufal kasar . sakit
hatinya dengan sikap suraya yang langsung tidak tahu menghormatinya . +

"i sentiasa sedar i cakap dengan siapa . and you tak payah nak ingatkan
i . " balas suraya . dia memberi jelingan tajam kepada naufal . +

"baguslah kalau you sedar . dan lepas ni jangan kurang ajar sangat ".
ujar naufal memberi amaran . +

mencerlung marah suraya memandang naufal . +

"ada i kisah ? lantak i la nak kurang ajar ke nak biadap ke . itu bukan
urusan you . urusan you sekarang , you kena terima tawaran papa . " kata
suraya . dia dengan senang hati melabuhkan duduknya di birai katil . +

"berapa kali i nak cakap , i nak terang pada you . i takkan tawaran papa
! you tak faham bahasa ke ?" marah naufal . tajam matanya memandang
suraya yang hanya beriak selamba itu . +

"i taknak dengar alasan you tu . i cuma nak you terima tawaran papa .
faham ?" +

naufal yang rasa tidak boleh menahan amarahnya dengan kasar mencapai
kunci kereta dan walletnya di atas meja make up suraya . +

dia terus berjalan menuju ke pintu bilik . +

"you nak kemana ? i belum habis cakap lagi ". tegur suraya . +

"lagi lama i ada dalam bilik ni dengan you , lagi serabut otak i . lebih
baik i keluar tenangkan fikiran dari menghadap manusia tak faham bahasa
macam you ni ". balas naufal dan terus menutup kasar pintu biliknya . +

suraya menghentak kakinya kasar ke lantai . nafasnya turun naik dengan
kasar kerana marah . +

"kurang ajar punya jantan . berani kau cakap macam tu kat aku . dasar
suami tak guna ! " cemuh suraya tanpa sedar kata2nya itu bisa
menjadikannya seorang isteri yang derhaka .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience