BAB 19

Romance Completed 16767

perkarangan rumahnya penuh dengan kereta sanak saudara dan tetamu yang
hadir untuk meraikan majlis pertunangan terpaksanya hari ini . +

adriana yang cantik dalam busana dari butik D Kasih yang juga merupakan
butik kepada emak saudaranya yang dipanggil achu . achu merupakan adik
kepada uminya yang bongsu . +

adriana hanya diam . langsung tidak membantah apabila achu begitu sibuk
mentouch up wajahnya yang pucat itu agar kelihatan lebih berseri dan
cantik . +

dia hanya menurut apa saja yang disuruh achu . disuruh pejam mata dia
menurut . disuruh muncungkan bibir dia ikut . pendek kata semua dia ikut
lah ! tiada langsung kedengaran perkataan uh ke ish ke . langsung tiada ! +

"adik .. kenapa muram saja ni ? hari ni kan hari pertunangan adik . "
tegur achu atau nama sebenarnya nur sabrina . +

adriana mengeluh . +

"entah lah achu . adik rasa berat sangat hati ni nak teruskan
pertunangan ni . hmm .. " ujar adriana lemah . +

sungguh dia taknak semua ni . dia tak nak ! kalau ikut hati mudanya ini
, mahu saja dia lari tinggalkan majlis yang dianggap memaksanya ini .
tapi bila difikirkan kembali tidak sampai hati pula hendak lakukan semua
itu . terbayang terus wajah umi dan abah diruang mata bila otaknya
berfikir untuk larikan diri . +

aku tak sanggup lukakan hati umi dan abah . biarlah aku mengalah dengan
bersetuju untuk bertunang walaupun aku sendiri tak kenal siapa bakal
tunang aku . +

"pasal tu jer ? adik .. achu dulu pun macam adik juga . lagi sadisnya
bila arwah opah paksa achu untuk kahwin terus . adik ni kira bernasib
baik tau sebab adik ada peluang untuk kenal hati budi bakal tunang adik
sebelum berkahwin . macam achu dulu . hmmm .. kenal lepas dah kahwin . "
kata sabrina sambil dia mengoles sedikit lipstik di bibir adriana yang
kecil itu . +

"tapi achu adik takut . takut kalau nanti adik dengan bakal tunang adik
tak bahagia memandangkan kami tak kenal and saling mencintai ". kata
adriana kepada sabrina . +

sabrina yang mendengar terus mencengkak pinggang . +

"banyak sangat pengaruh novel dengan drama la ni ! adik , tak semestinya
perkahwinan yang dirancang keluarga akan berakhir dengan penderitaan .
achu dulu pun kahwin atas kehendak mak bapak . tapi tengok sekarang achu
bahagia . dah ada anak 2 pun . achu nak nasihatkan adik sikit .
kehidupan kita tak seperti dalam drama dan novel ok . itu semua rekaan
semata2 . kita hidup di alam realiti . apa yang kita fikirkan tak
semestinya akan terjadi . semua ketentuan Tuhan . kita sebagai manusia
yang lemah kena banyak berdoa supaya perkahwinan kita kekal dan bahagia
hingga akhir hayat . itu yang penting ! " kata sabrina panjang lebar
sekaligus menasihati adriana yang sangat disayanginya itu . +

adriana menguntum senyuman . sedikit sebanyak apa yang dikatakan sabrina
betul dan tersemat kemas dalam hatinya . kehidupan mereka dialam realiti
bukan dialam fantasi seperti dalam novel atau drama . +

walau apapun yang jadi dia mesti terima semua ini dengan hati yang
terbuka . adriana kau kena buang segala prasangka buruk dan perasaan
terpaksa kau jauh2 . insha Allah kebahagiaan menunggu kau ! tekad
adriana . +

"siap ! cantiknye anak saudara achu . macam princess ! achu yakin mesti
semua orang terlopong melihat adik hari ni . terutama sekali bakal
tunang adik . " kata sabrina . +

tidak dinafikan adriana memang sangat cantik . tambahan pula wajahnya
dirias cantik . untung siapa yang dapat adriana sebagai isteri .
sudahlah cantik , rajin pula . +

"rian dah boleh keluar sarung cincin ". ujar fatimah yang ketika itu
sudah berada diambang pintu bilik . +

adriana segera bangun dan berjalan mendekati uminya . dipandang wajah
umi yang sangat disayanginya itu . kemudian tangan tua itu dikucupnya . +

"umi .. terima kasih . rian sayang umi ". ujar adriana . +

"umi pun sayang rian . sebab tu umi buat semua ni . dah ! jom kita ke
depan . sarung cincin ". balas fatimah . dia memegang tangan adriana dan
berjalan ke arah ruang tamu rumahnya . +

adriana dengan lemah lembut melangkah menuju ke arah pelamin dan
dilabuhkan duduknya disitu . silaun cahaya kamera menampar wajahnya
sehingga dia berasa sedikit segan . +

"hulurkan tangan nak ". arah fatimah kepada adriana . +

adriana dengan senyuman menghulurkan tangan kanannya kepada seorang
wanita yang sebaya uminya yang kini sudah berada dihadapannya . +

mungkin inilah bakal ibu mertua aku , getus hati kecil adriana . +

datin liza mengeluarkan sebentuk cincin bertahtakan permata dari kotak
baldu berwarna merah dan lantas disarungkan cincin itu dijari manis
milik adriana . +

"cantiknya bakal menantu mama ". ujar datin liza sambil mencuit sedikit
dagu adriana . adriana menunduk menahan malu kerana dipuji sebegitu . +

patutlah adam begitu tergilakan adriana rupanya adriana sangat cantik .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience