BAB 12

Romance Completed 16767

"best kan cerita tadi . tak rugi habiskan duit tengok cerita tu ". ujar
adam kepada adriana . ketika itu mereka berdua baru saja melangkah
keluar dari pintu panggung wayang . +

"best sangat . tapi tula saya tak suka dengan hero dia . cepat sangat
berubah hati . padahal isteri dia cantik , baik pula tu . hmm tula
namanya lelaki . tak pernah cukup dengan sorang ". ujar adriana tanpa
sedar kata2nya sedikit sebanyak membuat hati adam terasa . +

adriana yang masih mengunyah popcorn segera memandang adam bila terasa
adam hanya berdiam diri . dipandang wajah lelaki itu yang hanya
memandang ke hadapan tanpa memandangnya . +

"adam .. are you okay ?" soal adriana . hairan juga dia bila adam tiba2
saja diam . adam masih seperti tadi . malah lelaki itu semakin laju
berjalan meninggalkan adriana dibelakang . +

adriana terkedek2 mengejar langkah adam . popcorn dan air pepsi yang
berada dikedua belah tangannya membuatkan adriana kelihatan comel
berkeadaan begitu . +

"adam . lajunya awak jalan . penat saya kejar awak . tahu la kaki
panjang pun ". ujar adriana termengah2 . adam menghentikan langkahnya
dan memandang adriana . diangkat sedikit cermin mata gelapnya sambil
memandang adriana . +

"tak semua lelaki seperti yang awak cakap tadi . hati saya berubah dari
marah kepada kasihan bila saya tengok awak berlari kejar saya . jadi
kata2 awak tak betul 100 peratus ". kata adam selamba dan kembali
menyambung langkahnya . +

adriana yang sudah dapat menangkap maksud percakapan adam sekali lagi
mengejar langkah adam . +

"sorry kalau awak terasa . betul apa saya cakap . lelaki selalu mainkan
perempuan . dan perempuan selalu jadi mangsa lelaki ". ujar adriana
membela dirinya dan sekaligus membela nasib wanita yang teraniaya diluar
sana . +

"lelaki pun selalu jadi mangsa perempuan rian . salah seorangnya ialah
saya . saya dah jadi mangsa awak . terima kasih sangat sebab buat saya
macam ni ". kata adam . +

adriana berhenti berjalan . dia hanya memandang belakang tubuh adam yang
semakin jauh berjalan meninggalkannya . +

"bila masa saya mainkan awak adam !! " jerit adriana kuat tanpa langsung
menghiraukan pandangan mata orang disekelilingnya . +

sakit pula hatinya dengan percakapan adam itu .+

adam berhenti dan berpaling memandang adriana . cermin mata gelapnya
ditanggal lalu disangkut dileher bajunya . kedua belah tangannya
dimasukkan kedalam kocek seluar jeansnya . +

"saya jadi mangsa awak sebab awak dah telan saya dan terus masuk dalam
hati awak . nampaknya saya mangsa cinta awak adriana !" balas adam turut
sama menjerit . 2

adriana yang mendengar segera berlari ke arah adam dan terus
menghadiahkan cubitan kecil diperut adam . +

"nakal sungguh awak adam hakimi ". ujar adriana sambil berpura2 marah . +

adam hanya tersenyum manis . +

"nakal dengan buah hati saya tak salah kan ? " kata adam sambil
mengenyitkan sebelah matanya kepada adriana sebelum dia melangkah
meninggalkan adriana . +

wajah adriana semakin berona merah dengan kata2 adam . +

"adam !!! " jerit adriana memanggil nama adam sambil tangannya membaling
popcorn kepada adam sebagai balasan kerana adam sudah memalukannya di
khalayak ramai .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience