BAB 11

Romance Completed 16767

"you ni dah kenapa ? macam orang mati bini je i tengok ". tegur suraya
yang ketika itu baru masuk dalam bilik . naufal langsung tidak
mempedulikan teguran suraya . sebaliknya dia masih mundar mandir sambil
tangannya mengurut dahi . +

"hei ! i cakap dengan you . bukan dengan tunggul . " suara suraya
kedengaran sedikit meninggi . sakit pula hatinya bila naufal langsung
tidak mengendahkan tegurannya . +

"eh you boleh tolong diam tak ? sakit telinga i dengar suara you ". ujar
naufal sambil melangkah menuju ke pintu bilik . +

suraya berpura2 membuat muka terkejut . +

"sakit telinga dengar suara i ? auch ! sorry la . mulut i ni tak boleh
tahan dari bercakap dengan you ."balas suraya . +

"whatever ". kata naufal dan terus melangkah keluar dari bilik tidur
mereka . suraya mendengus geram . +

????+

naufal menghentikan keretanya betul2 dihadapan rumah adriana . dilihat
kereta milik gadis itu ada digaraj . naufal terus turun dari keretanya
dan berjalan mendekati pintu pagar rumah adriana . +

"rian . buka pintu . fal datang ni ". laung naufal dari luar . +

adriana yang ketika itu sedang menonton tv bersama izza tersentak bila
mendengar suara lelaki melaung namanya . segera adriana mencapai tuala
bagi melindungi rambutnya sebelum dia melangkah menuju ke pintu . +

terkejut sungguh dia bila melihat naufal sedang berdiri sambil tangannya
memegang besi pagar rumahnya . +

"rian . fal nak cakap sikit dengan rian . please keluar kejap". pinta
naufal . +

adriana yang tidak menyangka naufal akan datang bertemu dengannya pantas
menutup pintu . dadanya dipegang bagi menahan rasa debar . izza yang
melihat kelakuan pelik adriana segera menyoal . +

"kau kenapa ? siapa datang ?" +

"naufal ." jawab adriana sepatah . terkejut izza mendengarnya . pantas
dia melangkah mendekati tingkap dan menyelak sedikit langsir . kelihatan
naufal masih disitu . +

"kenapa dia datang sini ?" +

"aku tak tahu . " +

"habis tu nak buat apa sekarang ?" +

adriana mengangkat bahu . +

selang 5 minit kedengaran lagi suara naufal memanggilnya . +

"rian , keluar kejap . fal nak jumpa rian . "+

adriana dan izza hanya membatukan diri . masing2 berpandangan sesama
sendiri . tidak tahu hendak berbuat apa . +

"kalau rian taknak keluar , fal akan duduk sini sampai pagi . fal tak
cakap kosong . kalau fal cakap fal akan buat ". ugut naufal diluar rumah
adriana . +

adriana yang mendengar ugutan naufal bertambah berdebar . +

apa lagi lelaki tu nak ? +

"macam mana ni ? takkan nak biar dia duduk depan rumah kita sampai pagi
? kang nanti apa pula kata jiran sebelah ". kata izza sedikit risau . +

adriana yang tidak punya pilihan lantas membuka pintu . +

"rian kau nak kemana ?" soal izza . +

"aku nak slow talk dengan dia . aku taknak dia ada disini . dan kau
tunggu jer kat sini . kalau jadi apa2 dekat aku , cepat2 call adam ."
pesan adriana sebelum dia melangkah keluar dari rumah . +

naufal mengukir senyuman kemenangan bila dilihat adriana berjalan
mendekatinya . wajah gadis itu sangat kelat . tiada langsung senyuman
menghiasi wajah itu . +

"ada apa awak datang sini ?" soal adriana dingin . wajahnya sedaya upaya
memandang ke arah lain . tidak mahu memandang wajah lelaki yang sudah
kecewakan dia itu . +

"fal rindu rian . sebab tu fal datang sini ". luah naufal . sejujurnya
memang dia sangat rindukan gadis itu . mujur sahaja antara mereka
dipisahkan dengan pagar . kalau tak tentu sahaja tubuh itu dipeluknya . +

"kalau tak ada apa2 yang penting , awak boleh balik . saya tak ada masa
nak bercakap dengan orang macam awak ". bidas adriana tanpa sedikit pun
menghiraukan riak wajah naufal yang sudah berubah . +

"rian kenapa cakap macam ni ? fal rindu rian . rindu sangat2 ". +

"maaf ye encik naufal nawwar . kalau awak nak buat rancangan jejak kasih
disini , saya rasa tak payah . lebih baik awak pergi dari sini sebelum
saya call pihak polis . " ujar adriana tegas . dia kemudian kembali
melangkah menuju ke pintu masuk rumahnya . +

"rian fal masih cintakan rian ". laung naufal kuat . +

langkah adriana terhenti . dia pantas berpaling memandang naufal .
pandangannya tajam menikam pandangan naufal . +

"tarik balik kata2 awak naufal . awak tak layak untuk cakap perkataan tu
". kata adriana . +

"rian . please jangan macam ni . fal cintakan rian . fal nak kita baik
macam dulu balik . fal tak sanggup kehilangan rian ". rayu naufal tanpa
segan silu . +

"whatever ". balas adriana sepatah . dia kembali menyambung langkahnya
masuk kedalam rumah . +

"rian ! tunggu ! " jerit naufal tapi adriana langsung tidak
mengendahkannya . +

5 minit kemudian adriana kembali melangkah keluar bersama kotak yang
sederhana besar . adriana memandang wajah naufal sebelum dia menghempas
kotak itu betul2 ditepi kaki naufal . +

"ambil semua barang2 yang awak pernah bagi pada saya dulu dan pergi dari
rumah saya . saya taknak tengok muka lelaki penipu macam awak ! " kata
adriana dan berlalu dari situ . +

sebelum kakinya melangkah masuk kedalam rumah sempat lagi adriana
berkata kepada naufal .+

"kata2 cinta awak langsung tak memberi makna pada saya . sebab bagi saya
kata2 cinta awak dah basi lepas awak berkahwin dengan suraya . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience