BAB 13

Romance Completed 16767

"dengar sini semua .. saya nak perkenalkan boss baru kamu . "+

adriana yang sedang sibuk menulis tersentak bila terdengar suara encik
azlan bergema diseluruh ruang pejabat itu . +

segera dipanggungkan kepalanya dan berdiri memandangkan semua yang
berada disitu masing2 sudah berdiri . +

"saya nak perkenalkan boss baru kamu semua yang akan menggantikan tempat
datuk hafnan nanti . encik adam hakimi . mulai sekarang dia boss baru
kamu semua ". ujar encik azlan .+

semua mata tertumpu kepada susuk tubuh seorang lelaki yang sedang
berdiri disisi encik azlan .+

"hai semua . saya adam hakimi . kamu semua boleh panggil saya adam saja
. " kata adam hakimi memperkenalkan diri . +

terbuntang luas mata adriana dengan kejutan yang berada didepan matanya
sekarang . dia kemudian perlahan2 memandang wajah izza yang berada tidak
jauh dari mejanya . izza juga seperti dia . berwajah terkejut . +

"miss .. sila perkenalkan diri kamu ". adriana kembali memandang adam
bila mendengar suara adam berkata seperti menuju ke arahnya . +

memang benar . semua orang sedang memandangnya sekarang termasuklah adam
yang bersama senyuman sinis dibibir . +

"err .. na-nama saya .. sa-saya .. " adriana tergagap2 . +

ika yang berada ditepinya segera membisik ditelinganya . +

"tarik nafas dulu .. baru bercakap ". ujar ika . faham benar dia dengan
sikap adriana yang menggelabah tahap teruk itu .+

adriana pantas menarik nafas sedalam mungkin sambil memejam matanya
sekejap . kemudian dicelik kembali matanya memandang adam . +

"maaf . saya adriana ". ujar adriana . adam hanya mengangkat sebelah
keningnya dengan ujaran adriana . +

"encik adam , saya sudah cari pekerja untuk menjadi PA encik adam .
kemungkinan besok dia akan mulakan kerja ". beritahu encik azlan . +

adam segera memandang encik azlan . +

"PA baru ? siapa yang suruh awak carikan ?" soal adam . +

"datuk hafnan . katanya dia tidak mahu encik adam terbeban memandangkan
encik adam pun baru saja mula berkerja hari ni ". balas encik azlan . +

"tak apa lan . cancelkan saja . saya dah dapat orang yang sesuai untuk
jadi PA saya ". ujar adam . +

"siapa encik ?? " +

adam segera memandang adriana dan memuncungkan bibirnya . adriana yang
melihat tingkah adam semakin terkejut . semua mata memandang adriana dan
adriana hanya mampu menayang sengihan kerana tahu sekejap lagi dirinya
pasti akan disoal banyak mulut disitu . +

????+

"kau dah kenal lama ke dengan boss baru kita tu ?" soal suzy yang
terkenal dengan sikapnya yang kaki penyibuk . +

adriana mengeluh . +

sudah ku duga pasti minah ni akan tanya soalan tu kat aku . +

"tak kenal pun . aku pun baru kenal dia hari ni ". jawab adriana . +

"yeke ? kau ingat aku nak percaya . cakap la betul2 . tak payah berahsia
sangat ". bidas suzy . geram pula dia dengan sikap adriana yang seperti
menyembunyikan sesuatu darinya . +

"miss suzy .. boleh awak balik tempat awak dan buat kerja awak sendiri .
tak payah menyibuk hal orang lain ". balas adriana selamba . berubah
terus wajah suzy dengan balasan adriana itu . +

"kurang ajar ! "sempat lagi dihadiahkan jelingan tajam pada adriana
sebelum dia kembali ke meja kerjanya . +

????+

"izz .. cepatlah . dah lambat ni . "gesa adriana . tanpa sedar ketika
itu dia berdiri dihadapan pintu bilik pejabat adam . +

"sekejap!" +

izza terkocoh2 mengemaskan meja kerjanya . dicapai tas tangannya dan
terus berjalan ke arah adriana . +

"selalu lambat . lapar tahu ! "dengus adriana . belum sempat mereka
melangkah , satu suara kedengaran dibelakang mereka . +

"pergi makan tak ajak ". ujar adam ketika itu sedang bersandar dipintu
pejabatnya . +

adriana hanya membalas ujaran adam dengan sengihan . +

"tak perlu kot saya ajak awak ". balas adriana . +

adam ketawa kecil . +

"kenapa tak perlu ? tak kesian ke dekat buah hati pengarang jantung awak
ni ?" ujar adam .+

adriana sudah membuat muka pelik . kemudian dia memandang izza . izza
hanya mengangkat bahu . +

"yela .. cepat sikit . saya tunggu kat bawah . jom izz . "adriana pantas
menarik tangan izza . adam yang melihat tingkah adriana hanya tersenyum .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience