BAB 24

Romance Completed 16767

adriana memandang lemah sawah padi yang terbentang luas itu . cincin di
jari diramas lembut . terdengar keluhan lemah dari adriana . +

"kalau ditakdirkan saya jodoh awak . awak terima tak ?" ujar adam . +

ketika itu mereka berdua berada di sebuah kedai cenderamata di tengah
ibu kota . adriana yang ingin membeli hadiah untuk diberi kepada izza
sempena hari jadinya telah mengajak adam agar menemaninya . +

adriana segera memandang adam . senyuman terukir di bibir adriana dengan
soalan maut adam itu . +

"awak rasa awak jodoh saya ke adam ?" tanya adriana pula . dia kembali
membelek cenderamata yang tersusun cantik dihadapannya . +

"naluri saya kuat mengatakan awak adalah tulang rusuk saya yang hilang .
" jawab adam yakin . +

dipandang sisi wajah wanita yang telah mencuri hatinya itu . +

cantik ! +

"kalau itu dah ketentuan Allah saya terima dengan hati yang terbuka ".
ujar adriana sudah memberi jawapan . +

semakin melebar senyuman adam dengan jawapan itu . +

"so awak akan terima saya juga if one day saya dah sakitkan hati awak ?"
tanya adam lagi . +

adriana mencapai cenderamata yang berbentuk hati dan didalamnya terdapat
patung sepasang kekasih yang sedang menari dihujani salji yang indah . +

"Love is the way my most happiest of my life " . adriana membaca satu
persatu ayat yang ditulis di cendaramata berkaca itu sebelum dia
memandang adam dengan seribu makna perasaan . +

"saya tunggu awak . " ujar adriana sebelum dia melangkah ke arah kaunter
pembayaran . +

adriana mengeluh . +

"saya tunggu awak ." +

ayat yang diucapnya kepada adam dulu kembali terngiang2 di telinganya .
dia penipu . penipu kerana cinta . +

adam .. kenapa bukan awak yang dijodohkan untuk saya ? kenapa orang lain
?? +

deruan enjin kereta berjaya menyentakkan lamunan adriana tentang adam .
pantas ditoleh kepalanya memandang ke halaman rumah . +

berkerut jelas keningnya apabila melihat akan empunya kereta itu . +

adam ?? apa dia buat kat sini . +

pantas adriana berlari mendekati adam . nasib baik sebelum keluar rumah
tadi hatinya tergerak untuk memakai tudung . kalau tidak free jer adam
melihat auratnya hari ini . +

"awak buat apa kat sini ? pergi balik !! " halau adriana . +

sesekali kepalanya ditoleh ke belakang untuk melihat umi dan abahnya .
risau juga dia kalau tiba2 kedua orang tuanya muncul di muka pintu . +

"saya datang sini sebab nak jumpa awak rian . kenapa awak buat saya
macam ni ? kenapa rian ??" tanya adam . hatinya sakit dengan sikap
adriana yang seperti hendak menjauhkan diri darinya . +

"saya tak ada masa nak jumpa awak la adam . saya ni tunang orang awak
tahu tak ?! kenapa awak masih nak ganggu saya ?" marah adriana . +

dia tak suka adam bersikap begini . sungguh dia tak suka . +

"kenapa awak macam nak jauhkan diri dari saya ? apa salah saya pada awak
? rian yang saya kenal dulu tak macam sekarang . " ujar adam . +

"saya dah tunang adam . pergilah balik ! jangan ganggu saya lagi ".
marah adriana . ditolak kuat bahu adam menyuruh agar lelaki itu cepat
pulang . +

"rian . saya ada perkara nak beritahu awak . pleasee .. dengar dulu ".
ujar adam sambil dia mengeraskan tubuhnya . +

adriana perlu tahu semua ni . +

"no ! saya tak nak dengar apa2 lagi dari awak . pergi balik !!! " sekuat
tenaga adriana menolak tubuh adam yang sasa itu . +

"please rian dengar dulu apa saya nak beritahu ni ". rayu adam . +

"saya tak nak dengar apa2 lagi . pergi balik ! jangan ganggu saya . saya
tunang orang !! " jerit adriana bersama tolakan kuat di tubuh adam . +

"saya tunang awak !! " ujar adam bersama suaranya yang sedikit kuat . +

terkaku terus perbuatan adriana mendengar kalimat itu . +

"saya tunang awak rian . orang yang awak tak nak jumpa ni tunang awak ".
ujar adam lagi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience