BAB 7

Romance Completed 16767

malam itu kelihatan adriana sangat gembira . bibir wanita itu tak henti2
mengalunkan lagu dari artis dangdut wanita popular iaitu amalina .
adriana memandang biasan dirinya dihadapan cermin . +

bedak . lipstik . tudung . baju . and hand bag . perfect !! +

adriana pantas menutup suis lampu dan kipas dan terus keluar dari
biliknya . dia berjalan menuju ke ruang tamu dan melabuhkan duduknya
dihadapan izza yang sibuk melayan tabnya . +

"kau nak pergi mana ni cantik2 begini ?" soal izza yang kini sudah
memandang adriana yang sedang membetulkan kedudukan tudungnya agar
kelihatan lebih kemas . +

"pergi mana lagi , keluar dengan naufal la . katanya dia ada suprise
untuk aku ". beritahu adriana sedikit gembira . masih teringat mesej
yang dihantar naufal tengah hari tadi semasa dia dipejabat . +

pkai cntik2 ok . fal ada suprise
utk rian . muah love u rian ??+

izza yang mendengar hanya mengangguk kepala . sudah diagak itu jawapan
yang akan diberi adriana . izza kembali membelek tabnya . +

"kau ada nak pesan apa2 tak ? aku boleh belikan . tapi lewat sikit la
aku balik ". kata adriana kepada izza . dia tahu rakannya itu belum
makan memandangkan didapur tiada langsung makanan yang dimasak atau yang
dibeli . +

"tak payahla beb . aku diet la ". balas izza sambil ketawa perlahan .
adriana hanya mencebik . +

diet la sangat . badan pun kurus macam cicak kobeng . diet konon . kutuk
adriana dalam hati . +

adriana menjeling sekilas jam dipergelangan tangannya . sudah pukul 8.30
malam . +

" mana naufal ni ? lambatnya ". keluh adriana . dia mengambil telefonnya
didalam beg lalu menghantar mesej kepada naufal . +

izza yang mendengar keluhan adriana segera bertanya . +

"kau janji keluar dengan dia pukul berapa ?" +

"dia kata pukul 8 . tapi sampai sekarang tak sampai lagi . aku mesej dia
tak reply ". jawab adriana risau . +

"kejap lagi dia datang la tu . mana tahu dia terperangkap dalam jem ke
". kata izza . +

"assalamualaikum ". kedengaran suara seseorang memanggil salam . +

"ha , jangan2 itu naufal ". kata izza . adriana pantas berjalan menuju
ke arah pintu . dilihat seorang lelaki berpakain t shirt hitam berserta
jaket hitam dan berseluar jeans sedang menunggu diluar pagar rumahnya .
adriana membuka sedikit pintu pagar bagi memudahkan dia bertanya tentang
kedatangan lelaki itu . +

"waalaikumussalam . ye encik cari siapa ?" tanya adriana .+

adam yang mendengar suara wanita segera memanggung kepala . seketika
matanya terpaku pada wajah adriana yang ayu bertudung ungu muda itu .
selama 3 tahun naufal berkawan dengan adriana , baru hari ini dia dapat
melihat adriana yang sebenar . rupanya adriana seorang gadis yang sangat
cantik . tidak disangka naufal mempunyai kekasih secantik adriana
memandangkan dia belum pernah berjumpa adriana .

"boleh saya jumpa adriana azzahra ?" adam berpura2 tanya . padahal dia
sudah tahu gadis yang berdiri dihadapannya ialah adriana .

"saya adriana . encik siapa ya ?" soal adriana . dia memandang pelik
lelaki itu . tiba2 sahaja datang kerumahnya malam2 begini .

"saya adam . adam hakimi . kawan kepada naufal nawwar . " adam
memperkenalkan dirinya . +

adriana mengangguk . +

"ada apa ya awak datang rumah saya malam2 ?" tanya adriana kepada adam . +

adam lantas mengeluarkan sampul surat berwarna putih dari jaket hitamnya
. adam kemudian berjalan melangkah mendekati adriana . dihulurkan sampul
berwarna putih itu kepada adriana . +

"naufal minta saya beri ini kepada awak ". beritahu adam . adriana
menyambut sampul itu perlahan2 . dilihat sampul putih yang jelas tertera
namanya . +

KEPADA ADRIANA AZZAHRA .+

"surat apa ni ? mana naufal ?"+

adam hanya diam . tidak mahu memberitahu tentang hal sebenar . biarlah
adriana tahu sendiri . risau kalau dia buka mulut , adriana mengatakan
dia menfitnah naufal pula . jadi biarlah adriana tahu sendiri . +

izza yang sedari tadi berada diruang tamu segera melangkah mendekati
adriana yang memegang sampul surat itu . +

"surat apa beb ?" tanya izza dari belakang adriana . +

"entahlah . adam kata dari naufal ". jawab adriana . +

"buka la cepat rian . aku nak tahu juga surat apa ". desak izza .
adriana perlahan2 membuka sampul surat itu . +

dadanya kian berdebar . terasa bagaikan ada sesuatu yang akan berlaku .
ditarik perlahan isi surat itu . kelihatan sesuatu yang cantik seperti
kertas keras . +

adriana terus menarik keluar isi surat itu . tidak semena2 kakinya
melemah . jantungnya terasa laju mengepam darah . kepalanya seperti
berpusing hendak pitam bila membaca nama yang tertulis atas kertas
berwarna pink lembut itu . +

KAD JEMPUTAN KAHWIN
NAUFAL NAWWAR
&
SURAYA ATIFAH
14 DECEMBER 2016 +

izza yang sempat membaca terus menahan tubuh adriana yang dirasakan
sudah lembik itu . segera dipapah tubuh adriana dan diletakkan adriana
di sofa . +

adam yang sedari tadi diam hanya menjadi pemerhati . tidak langsung dia
melangkah masuk kedalam rumah dua orang gadis itu memandangkan izza
tidak langsung menjemputnya . baginya tidak elok berada satu rumah yang
didiami anak dara . +

izza melabuhkan duduknya disamping adriana . diusap perlahan belakang
adriana bagi menenangkan hati sahabat karibnya itu . adriana masih
seperti tadi . masih pegun memandang kad jemputan kahwin itu . +

setitik air mata menitis dari pelupuk matanya . hatinya terluka . ibarat
ditoreh dengan pisau yang sangat tajam berkali2 . adriana mencubit
sedikit pahanya seperti mahu menyedarkan dirinya ke alam nyata . +

sakit ! +

maknanya aku tak bermimpi . ini semua realiti . realiti yang aku sendiri
tak boleh terima . +

"sabar rian . aku tahu apa kau rasa . peluk aku . lepaskan semuanya . "
ujar izza . +

seperti dipukau , adriana dengan pantas memeluk tubuh sahabat karibnya
itu . dia menangis semahu-mahunya dibahu izza . +

"aku sakit za . sakit !! aku tak sangka naufal sanggup buat aku begini .
dia memang kejam !! " ujar adriana bersama tangisannya yang kuat . +

adam yang berada diluar dapat mendengar tangisan kesakitan adriana .
sedikit sebanyak hatinya berasa simpati dengan nasib yang menimpa gadis
itu . +

adam lantas mengeluarkan telefonnya dari kocek seluar bila kedengaran
telefonnya berbunyi tanda ada satu mesej masuk . +

kau dh bagi surat tu ?
from : naufal +

adam dengan pantas menaip membalas mesej naufal . +

sudah ! dan skrg dia sdg
menangis disbbkan kau +

adam menekan butang send . seminit kemudian telefonnya kembali berbunyi
menandakan mesej naufal masuk . +

kau brithu dia ,
aku minta maaf .
from : naufal +

adam kembali menyimpan telefonnya tanpa membalas mesej naufal . +

"aku tak sangka ini yang dia balas atas kesetiaan aku . aku rasa bodoh
sangat sebab setia dengan lelaki tu . aku rasa bodoh sangat !! " tangis
adriana sambil mengetuk2 kepalanya sendiri . sungguh dia tak kuat
menanggung semua ini . +

"sabar rian . jangan sakitkan tubuh kau . kau tak bodoh rian . kau
mangsa keadaan . malah kau wanita terbaik yang pernah aku jumpa didunia
ni ". pujuk izza . dipegang tangan adriana bagi menghalang adriana
mengetuk kepalanya . +

"kalau aku terbaik , naufal takkan buat aku begini .tak akan !" kata
adriana lagi . +

umi .. rian tak kuat umi . rian tak kuat nak tanggung sakit hati rian
diatas sikap naufal ini ..+

"ada hikmah semua ini terjadi rian . kau kena telan semua ini walaupun
pahit . aku sentiasa ada dibelakang kau . ingat rian ! tak bermakna bila
kau hilang sesuatu benda , kau tak akan dapat benda tu balik . mungkin
kau akan dapat lebih baik dari sekarang yang kau ada rian ". ujar izza
cuba memberi kekuatan kepada adriana . +

"aku tak sangka dia akan buat macam ni . dulu dia janji nak kahwin
dengan aku . tapi sekarang .. janji dia hanya tinggal janji ". +

izza mengesat air mata adriana . dia tidak mahu melihat sahabat karibnya
menangis meratap kehilangan lelaki seperti itu . +

"shh .. jangan nangis . aku ada . aku yakin , one day kau akan dapat
lelaki yang lagi baik dari naufal . percayalah ". kata izza kepada
adriana . +

adriana yang mendengar semakin terpujuk . dia kembali menenangkan
dirinya walaupun pada hakikatnya hatinya sangat tidak tenang dan sakit . +

setelah tangisan beransur hilang , adriana segera bangun menuju ke pintu
. dia tahu adam masih disitu . +

"terima kasih kerana datang bagi surat tadi . " ujar adriana kepada adam
. +

adam tersenyum . +

"sama2 . jadi awak nak pergi besok ?" soal adam . adriana diam sejenak
sebelum dianggukkan kepalanya sekali . +

"tapi awak nak pergi dengan siapa ?" +

"sorang ". jawab adriana . +

"kalau begitu awak pergi dengan saya sajalah . lagipun rumah dari sini
sehaluan saja . " kata adam . +

adriana yang berasa tidak selesa dengan adam pantas menggeleng . +

"tak apa . saya boleh pergi sendiri . lagipun kita bukannya kenal antara
satu sama lain ". jawab adriana dingin . +

adam yang faham akan maksud adriana segera mengangguk . +

"baiklah kalau begitu . saya pergi dulu . assalamualaikum ". +

adam berjalan perlahan menuju ke keretanya . namun langkahnya tiba2
terhenti bila mendengar satu suara dari belakangnya . +

"adam . saya pergi dengan awak besok . " kata adriana . adam menoleh dan
mengukir senyuman sebelum dianggukan kepalanya tanda setuju .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience