BAB 10

Romance Completed 16767

dua bulan selepas adriana putus hubungan dengan naufal , hidup adriana
lebih tenang . walaupun dulu puas juga dia memujuk hatinya agar
melupakan naufal . tapi sekarang berkat usaha dan keazaman yang tinggi
akhirnya nama naufal nawwar sedikit demi sedikit terhakis dari hatinya . +

"bagi aiskrim vanilla ye ". pinta adriana . ketika itu dia berada
ditasik yang merupakan tempat orang ramai bersantai . memandangkan esok
hari dia bercuti , jadi adriana mengambil keputusan untuk bersiar2
disitu sekaligus bagi menghilangkan rasa tekanan di tempat kerja . +

adriana melabuhkan duduknya dikerusi berhadapan dengan tasik . kelihatan
ramai orang ketika itu . ada yang berjalan dengan keluarga . dan ada
juga yang berpasangan . +

mata adriana terpandangkan sepasang pasangan yang sedang duduk diatas
rumput ditepi tasik . gembiranya melihat mereka yang tidak segan silu
melawak sambil ketawa . +

aih .. bila la aku nak merasa semua yang mereka rasa . getus hati kecil
adriana . +

"jauh termenung sampai tak sedar aiskrim dah cair . " tegur satu suara
dari arah sisi adriana . adriana pantas memandang aiskrim ditangannya . +

alamak ! habis kotor kain aku . +

adriana segera menyeluk tangannya kedalam beg tangannya dan dikeluarkan
tisu . dilap sisa aiskrim yang menitis dikainnya sebelum dia mengelap
jarinya yang melekit itu . aiskrim yang cair itu dibuang ke tanah . +

"nah ". satu tangan terhulur sambil memegang sebotol air . adriana
pantas memandang tuan empunya tangan itu . +

adam tersenyum . diangkat keningnya memberi isyarat agar adriana
menerima huluran air darinya . dengan teragak-agak adriana menerima
botol air itu . dibasuh tangannya yang melekit itu . +

"terima kasih ". ucap adriana . +

"sama-sama ". balas adam . adriana menjarakkan sedikit duduknya bagi
memberi ruang kepada adam untuk duduk . +

"duduklah ". pelawa adriana . +

"tak apa ke saya duduk tepi awak ? tak rasa terganggu ke ?" soal adam . +

"tak apa . duduk je . " +

adam terus melabuhkan duduknya ditepi adriana . matanya ditala memandang
keluasan tasik didepannya .+

"cantik tasik tu kan ? secantik orang ditepi saya ". ujar adam memuji
adriana . +

adriana memandang adam sambil tersenyum pelik . +

"saya rasa saya cantik lagi dari tasik tu ". puji adriana pada diri
sendiri dan disambut ketawa kecil dari adam . +

"awak dah ok ? " tanya adam sambil memandang wajah adriana . +

"saya ok jer . kenapa ?" adriana melempar soalan kepada adam . +

"baguslah kalau dah ok . selalu orang perempuan kalau putus cinta ambil
masa yang lama . tapi awak lain dari yang lain ". ujar adam . +

"buat apa nak meratap dan bersedih adam . semua tu takkan kembalikan apa
yang pernah kita ada dulu . lebih baik kita buang semua tu . tak sakit
kepala dan tak sakit hati . saya percaya semua yang jadi ada hikmah .
maybe lepas ni saya akan dapat lebih baik dari apa yang saya dapat dulu
". jawab adriana . +

"baguslah kalau begitu . so lepas ni ada peluang la saya ". ujar adam
sekadar hendak menguji adriana . +

adriana mengangkat tinggi kening sebelah kanannya seperti ziana zain . +

"kenapa ? nak penuhi peluang yang ada ke ?" soalan adriana membuatkan
ketawa adam semakin kuat . +

"saya melawak jer la . awak mana lah mahu lelaki macam saya ni . " kata
adam merendah diri .

"typical lelaki mesti akan guna ayat seperti tu . " sindir adriana .

"betul la apa saya cakap . gadis secantik awak mana sesuai dengan saya
yang tak kacak ni ". kata adam .

sekali lihat cara percakapan mereka seperti sudah lama kenal . sangat
mesra . padahal tidak sampai setahun perkenalan mereka .

"saya tak memilih adam . kalau awak ikhlas terima saya , saya juga akan
ikhlas terima awak ". ujar adriana dan terus melangkah berjalan
meninggalkan adam yang masih terkulat2 dikerusi itu .

adam yang tidak menyangka adriana akan berkata begitu berfikir sejenak .

mimpi ke aku ni ? takkan adriana suka aku ?

adam mencubit pahanya .

aduh ! sakit . perit juga cubitan ketam kau adam .

adam yang melihat adriana semakin jauh meninggalkannya segera mengejar
langkah adriana .

"adriana ! tunggu ! "

adriana berhenti dan pantas berpaling memandang adam yang termengah2
penat itu . +

"be-betul ke apa yang awak cakap tadi ?" soal adam sekali lagi inginkan
kepastian . risau kalau2 dia tersalah dengar . +

adriana menyilangkan tangannya memeluk tubuh sambil tersenyum . +

"cukuplah sekali saya cakap dan saya rasa saya tak perlu ulang banyak
kali untuk awak faham . " ujar adriana sambil mengenyit sebelah matanya
kepada adam . +

"yahoo !! akhirnya penantianku berbuahkan hasil ". jerit adam tanpa
menghiraukan pandangan mata yang memandangnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience