BAB 20

Romance Completed 16767

datin liza perasan akan senyuman yang terpamer di wajah anak
kesayangannya itu . adam yang tidak menyedari mamanya asyik
memerhatikannya semakin lama semakin lebar senyuman dibibirnya . +

terbayang wajah adriana yang dilihatnya dari jauh sebentar tadi . tidak
sangka wanita yang disayanginya akhirnya menjadi miliknya juga .
sungguh2 dia tidak sangka . +

"ai .. anak mama ni dari tadi asyik senyum jer . happy ke bila dah
bertunang ?" tegur datin liza membuatkan adam sedikit tersentak . +

malu sedikit kerana mamanya menegur begitu . adam hanya ketawa kecil
bagi menutup rasa malu yang berkampung dalam dirinya . +

"tahniah anak mama . akhirnya kamu pegang juga title tunangan orang .
mama gembira sangat ! " ujar datin liza kepada adam . +

"mama .. sepatutnya adam yang kena ucapkan terima kasih kepada mama dan
papa sebab sudi tolong adam untuk dapatkan rian . adam memang tak jangka
semua ni akan jadi ma . terima kasih sangat ! " balas adam . tangan
datin liza digenggamnya dan dicium lembut tangan yang sedikit berurat
itu . +

"apa perancangan adam lepas ni ?" tanya datin liza . +

"mungkin adam akan berterus terang dengan rian tentang pertunangan ni .
mama jangan risau ok ". ujar adam . +

**
adriana memandang cincin yang tersemat kemas dijari manisnya itu .
cincin itu tiba2 mengingatkannya kepada seseorang . seseorang yang
membuatkan dia tak boleh lupa wajah itu walaupun seminit . +

"rian , nanti bila kita dah bertunang adam akan pastikan cincin ni yang
tersemat di jari manis rian ". ujar adam . +

ketika itu mereka berdua berada di kedai emas yang terkenal dengan nama
POH KONG kerana adriana ingin membeli seutas rantai leher untuk uminya .
dalam masa yang sama mata adam tertancap pada sebentuk cincin yang
dirasakan cantik dan sangat sesuai untuk adriana . +

adriana mengalihkan pandangannya memandang adam . dilihat adam sudah pun
memegang sebentuk cincin yang bertahtakan batu permata di atasnya . +

"awak ni suka bergurau kan ?" kata adriana sambil ketawa kecil . padahal
dia tidak tahu bahawa kata2 adam itu sudah memberi petunjuk padanya yang
dia akan menjadi milik adam . +

"bergurau apanya . betul la saya cakap . bila cincin ni dah ada di jari
manis awak tu tandanya awak dah menjadi milik saya . " ujar adam sambil
menghadiahkan senyuman pada adriana . +

"miss , i ambil yang ni ok ". ujar adam kepada jurujual perempuan disitu
yang berbangsa cina . cincin ditangan dihulurkan kepada perempuan cina
itu . +

"eh ! awak beli cincin tu ?" tanya adriana terkejut . tak sangka
kedatangannya dengan adam disini membuatkan adam tertarik dengan salah
satu bentuk rekaan kedai emas itu . +

adam mengangguk . +

"untunglah siapa yang dapat pakai cincin awak beli tu kan ". kata
adriana . +

"kan saya dah cakap . jari siapa yang tersarung cincin tu , dia lah yang
bertuah . " balas adam . +

"rian ! termenung pula dia ". tegur fatimah yang ketika itu baru sahaja
melangkah masuk kedalam bilik adriana . +

adriana tersentak . +

"umi .. maaf rian tak sedar umi masuk ". ujar adriana . +

"mana nak sedarnya kalau otak tu asyik fikirkan encik tunang ". bidas
fatimah sambil tersenyum . +

adriana hanya beriak biasa bila uminya berkata begitu . adriana mengeluh
. +

termati terus senyuman fatimah bila melihat adriana begitu . +

"rian kenapa ni ? rian ada masalah ke ?" soal fatimah sambil dia
mengusap rambut panjang milik adriana . +

adriana menggeleng . +

"tak ada umi . rian ok . cumaa .. " +

"cuma apa nak ? beritahu umi ". +

adriana menarik nafas sedalam mungkin sebelum dia memandang wajah
fatimah . matanya tunak memandang mata hitam fatimah . +

"sebenarnya sebelum ni rian ada sorang kawan umi . dan kawan rian tu
boss di tempat kerja rian . rian sayang dia . tapi , sekarang dah tiba
masanya untuk rian lupakan dia . memandangkan rian dah pun jadi tunangan
orang . " ujar adriana bersama sebak yang bertamu didadanya . +

"umi faham apa yang rian rasa . umi minta maaf sebab umi dah paksa rian
untuk turut kata2 umi . umi minta maaf ". kata fatimah . dirinya rasa
sangat serba salah kerana telah memaksa anak perempuannya mengikut
kehendak dirinya . +

"umi janganlah minta maaf pada rian . rian terima semua ni dengan hati
yang terbuka . bukan sebab rian kena paksa dengan umi . tapi sebab rian
fikir mungkin ini jodoh rian . umi , lusa rian nak balik kl . rian nak
hantar surat perletakan jawatan . kalau boleh rian taknak kerja disitu
lagi ". +

terkejut fatimah mendengarnya . +

"rian dah habis fikir ke ? tak sayang ke dengan kerja tu ? rian dah lama
kerja disitu nak ". ujar fatimah . +

seboleh mungkin dia tidak mahu adriana berhenti memandangkan adriana
sudah 3 tahun berkhidmat di syarikat itu . +

"rian dah pikir masak2 umi . rian tetap akan berhenti kerja . " balas
adriana sedikit tegas .

fatimah mengeluh .

"ikut suka kamulah rian . umi taknak menghalang . umi paham benar
perangai kamu . kalau A yang kamu kata maka A jugaklah yang kamu buat .
umi masuk tidur dulu . "

fatimah terus bangun dan melangkah keluar dari bilik adriana . adriana
hanya tersenyum . dia tahu uminya tidak akan menghalangnya lagi kali ini.

matanya kembali tertantap pada cincin dijarinya . hatinya kuat menepis
apa yang menyinggah di kepala otaknya .

'tak mungkin dia ! mungkin semua ni kebetulan '.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience