BAB 15

Romance Completed 16767

adriana tersentak . +

disambar telefon bimbitnya yang berada di atas meja . +

umi ! +

pantas dijawab panggilan itu . adriana membetulkan sedikit suaranya yang
sedikit serak itu . +

"assalamualaikum anak umi . amboii .. lama tak dengar cerita . langsung
tak telefon umi . dah lupakan umi dengan abah ke ?" kata fatimah
dihujung talian . hasan yang sedang menonton berita di kaca tv hanya
mengerling sekilas wajah isteri kesayangannya itu . +

"waalaikumussalam umi . mana ada rian lupakan umi . rian sibuk sikit .
sorry umi ". jawab adriana lemah . +

semenjak kebelakangan ini dia sangat sibuk . sampaikan tak ada waktu
untuk berehat dan makan . semenjak adam menjadi boss di officenya dan
semenjak dia menjadi PA kepada lelaki itu bermacam2 kerja yang dia perlu
buat dan selesaikan . sekarang ini pun dia sedang membuat kerja di
laptopnya walaupun kerja itu sepatutnya disiapkan ditempat kerja
bukannya dirumah . +

"umi dah agak mesti jawapan 'sibuk' tu juga rian akan jawab . sebenarnya
umi ada perkara nak tanya ". ujar fatimah . suaranya kedengaran sedikit
serius . +

adriana yang ketika itu sedang meniarap di atas katil lantas membetulkan
kedudukannya dengan menyandar dikepala katil . tangannya mengusap lembut
lehernya yang terasa sedikit lenguh itu . +

"penting sangat ke perkara yang umi nak tanya ni ? tak boleh tunggu rian
balik minggu depan ke ?" soal adriana . sudah dimaklumkan kepada uminya
bahawa dia akan pulang minggu hadapan . +

"umi nak tanya sekarang juga . rian tolong jawab dengan jujur . betul ke
naufal dah kahwin ?" +

adriana terkejut . tegak terus tubuhnya yang bersandar dikepala katil
itu . +

macam mana umi tahu tentang tu ? getus hati kecil adriana . +

fatimah yang berasa pelik kerana adriana menyepi lantas bersuara . +

"rian dengar tak apa umi tanya ? betul ke naufal dah kahwin ?" +

adriana memejamkan matanya . nafas dihela kasar . +

"ye umi . naufal dah kahwin . dari mana umi tahu tentang ni ?" tanya
adriana ingin tahu . +

"dari izza ". jawab fatimah ringkas . +

semakin terkejut adriana dibuatnya . tangannya dikepal kerana geram . +

izza .. kenapa kau bocor semua rahsia ni pada umi aku ? kenapa ??!!+

"dan umi harap rian tak marahkan izza . umi yang paksa izza beritahu umi
. umi pelik sebab rian selalu elakkan diri bila umi tanya tentang
hubungan rian dengan naufal . cuba cerita pada umi , macam mana semua ni
boleh terjadi ?" sambung fatimah lagi . kali ini dia ingin mengetahui
dari mulut anak gadisnya sendiri . +

"umi .. semua tu kisah lama . rian pun malas nak ingat semua tu lagi .
mungkin jodoh rian dengan naufal tak ada . dan rian harap umi faham dan
takkan persoalkan tentang ni lagi ". jawab adriana sedikit lemah . +

seboleh mungkin dia tidak mahu uminya menimbulkan tentang perkara ini
lagi . dia tidak mahu luka dan sakit hati yang pernah dia rasa kembali
terasa . +

"tak apalah kalau begitu rian cakap . umi cuma nak pastikan sama ada apa
yang izza beritahu umi betul ke tidak . sebenarnya umi ada perkara lagi
penting nak beritahu rian ". kata fatimah . +

adriana mengeluh perlahan . +

"perkara apa lagi umi ? kalau tentang naufal rian tak nak dengar dan
taknak tahu . "pesan adriana kepada fatimah . +

tidak sanggup dia mendengar nama lelaki itu lagi . sakit hatinya nanti . +

"ini bukan pasal naufal . tapi pasal rian . baru2 ni ada orang datang
bawa rombongan meminang . umi dan abah terima pinangan tu ". ujar
fatimah . +

dup !+

seakan terhenti seketika jantung adriana bila mendengar ayat yang baru
ditutur fatimah itu . +

'umi dan abah terima pinangan tu ' sekali lagi terdengar ayat yang
membuatkan nafas adriana semput . +

"apa ?? umi dan terima pinangan tu ??"+

"ya rian . umi dan abah terima pinangan tu . dan umi harap rian tak
menolak ". jawab fatimah . +

adriana mengurut dahinya . pening kepalanya dengan masalah yang baru ini
. +

"umi apa ni ? kenapa umi terima pinangan tu ? umi sendiri tahukan rian
tak bersedia lagi nak kahwin . tak bersedia nak bersuami . kenapa umi
buat keputusan tanpa berbincang dulu dengan rian ?" soal adriana kesal . +

umi .. kenapa buat rian begini ? kenapa ?+

"umi buat semua ni untuk kebaikan rian . sampai bila rian nak begini ?
nak membujang sampai ke tua ? rian , kita ni semakin bukannya semakin
muda . umur seperti rian dah kena fikir tentang ni . umi tak nak apa
yang naufal dah buat pada rian membuatkan rian tutup pintu hati rian
untuk lelaki lain . umi taknak semua tu ! sebab tu umi dan abah dah buat
keputusan dengan terima pinangan tu ". ujar fatimah panjang lebar . +

sekali lagi terdengar keluhan keras dari adriana . +

"umi , rian tahu umi buat semua ni untuk kebaikan rian . tapi rian ada
life rian sendiri umi . rian berhak untuk pilih siapa yang layak untuk
jadi suami rian . rian taknak kahwin dengan lelaki yang rian tak cinta
umi . rian harap umi dan abah tolak pinangan tu . tolong umi . demi rian
". rayu adriana . setitis air mata menitis dari kelopak matanya . +

kenapa ? kenapa semua ni jadi pada aku ? kenapa ?+

"cinta boleh dipupuk rian . lihat umi dengan abah . kami dulu kahwin
tanpa cinta . semuanya mak ayah yang uruskan . tapi lihat sekarang , umi
dengan abah bahagia . saling mencintai walaupun kami berkahwin atas
paksaan keluarga . "balas fatimah cuba memujuk hati keras adriana itu . +

"zaman dah berubah umi . sekarang dah tak sama macam dulu . rian merayu
pada umi tolong tolak pinangan tu . rian taknak ". +

"adriana azzahra . dengar sini . keputusan umi muktamad . umi nak rian
balik kampung minggu depan untuk majlis pertunangan . faham ?! "suara
fatimah kedengaran sedikit meninggi . +

adriana memejamkan matanya sebelum dengan lemah dia menjawab +

"baik umi ". +

dengan hati yang terpaksa akhirnya adriana bersetuju . dia tahu dia
tidak boleh menolak lagi jika uminya sudah berkata begitu . +

biarlah .. biarlah dia mengalah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience