BAB 3

Romance Completed 16767

"Rian .. cepatlah .. kita ni dah lambat ni . aduhhh .. " panggil izza
dari ruang tamu . adriana yang terkenal dengan sikapnya yang lembap itu
kadang-kadang membuatkan izza berasa meluat .

adriana mencapai tas tangannya lalu terus keluar dari biliknya . pintu
bilik dikunci bagi memastikan tiada siapa yang menceroboh masuk .

izza sudah merenung tajam ke arah adriana bila wanita itu tiba
dihadapannya . adriana menayangkan sengihan kambingnya . dia tahu
sebentar lagi mesti akan meletus api kemarahan izza .

"kau buat apa lambat sangat ? touch up ? tak payah la bertouch up2 , kau
memang dah cantik . kau tahu tak hari ni kita kena sampai awal dipejabat
sebab ada boss baru yang akan masuk syarikat kita . kau ni selalu lambat
. hish , geram aku ! " leter izza . adriana sudah menekup telinga tanda
tidak mahu mendengar leteran yang saban hari didengarnya itu .

"alaa .. sorry la . aku bukan sengaja . sempat lagi la kita nak ke
pejabat . awal lagi kan sekarang . " ujar adriana sambil melirik jam
dipergelangan tangannya .

"ha .. baru pukul 7 . sempat lagi ni . "sambungnya lagi .

Izza sudah membuat muka emak tiri seperti dalam cerita bawang merah
bawang putih .

"sempat ea ?? eh kau tahu tak kalau kita tersangkut dalam jem macam mana
? mahu tak mahu pukul 8 jugak kita sampai pejabat tahu ! " ujar izza
geram .

Adriana yang malas hendak melayan leteran izza pantas mencapai kasut
kerjanya . kemudian suis lampu dan kipas ditutup .

"lagi lambat kita sampai pejabat kalau aku melayan leteran kau izza ".
kata adriana selamba .

Adriana yang sedang menaip sesuatu di komputer tersentak bila telefonnya
berdering . segera diangkat panggilan itu .

"Assalamualaikum umi .. "ujar adriana sambil tersenyum .

"Waalaikumussalam . anak umi sihat ? lama tak telefon umi kenapa ?" soal
fatimah dihujung talian .

"sihat alhamdulillah . maaflah umi . rian sibuk sikit . tu sebab tak
sempat telefon umi ". balas adriana sambil tangannya mencatit sesuatu
didalam sebuah buku nota .

"sibuk benar la anak umi ni . ni dah makan ke belum ?"

"belum umi . sekejap lagi rian makan la . sebab lagi 30 minit nak rehat
. " beritahu adriana .

"baguslah macam tu . jangan dilewatkan masa makan . rian tu dah ada
gastrik . " pesan fatimah kepada adriana . risau jika anak perempuannya
melewat2kan masa makan .

"baiklah umi . umi , rian ingat hujung bulan ni rian nak balik kampung .
lama tak jumpa umi . rindu la .. " ujar adriana memberitahu rasa hatinya
.

fatimah yang mendengar adriana hendak pulang berasa gembira tidak
terkata .

"nanti beritahu umi bila bertolak ye . boleh la umi masakkan makanan
kesukaan rian ". ujar fatimah girang .

"ok umi . ermm .. rian ada kerja sikit nak buat . nanti rian call umi ye
. umi jaga diri elok2 . rian sayang umi sangat . " kata adriana dan
terus mematikan talian . diletakkan telefon bimbitnya bersebalah
dengannya . adriana kembali membuat kerja yang tergendala tadi .

tiba2 sekali lagi telefonnya berdering . adriana yang tidak melihat nama
pemanggil terus menjawab .

"Hello .. "

"hello rian . fal ni . " suara dihujung talian memperkenalkan diri .

"ya fal ada apa call rian ?"

"fal nak ajak rian lunch hari ni . boleh ke ?"

adriana yang mendengar ajakan naufal itu pantas tersenyum . gembira
hatinya bila naufal mengajaknya keluar makan bersama .

"boleh . di mana ?"

"rian tunggu di pejabat . lagi setengah jam fal datang ambil . ok ?"

"ok fal . rian tunggu ".

adriana mengemas sedikit meja kerjanya yang berselerak itu . dilihat jam
kecil yang berada ditepi komputer kerjanya .

alamak ! dah pukul 1.10 . mesti fal dah sampai , getus hati kecil
adriana .

"rian .. jom lunch . " tegur izza yang baru tiba di meja kerja adriana .

"alamak beb . sorry aku tak boleh lunch dengan kau . aku dah janji nak
lunch dengan fal . sorry ea .. " ujar adriana memohon maaf .

"sokay . aku faham . jumpa di rumah ok . aku pergi dulu . daaa .. " izza
terus pergi meninggalkan adriana yang masih lagi mengemas .

setelah selesai mengemas , adriana pantas mencapai tas tangannya dan
berlari anak keluar dari pejabat .

kelihatan kereta milik naufal sudah berada dihadapan pejabat . adriana
pantas membuka pintu kereta bersebelahan pemandu dan terus menerobos
masuk ke dalam kereta .

"sorry fal rian lambat . " ujar adriana memohon maaf .

"sokay . kita makan tempat biasa ok ". +

adriana mengangguk tanda setuju .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience