BAB 26

Romance Completed 16767

selepas berbincang dengan umi dan abah siang tadi , mereka bersetuju
untuk adakan majlis pernikahan kami berdua lusa iaitu pada hari rabu . +

kalau ikutkan hati abah , dia tak mahu adriana menikah lagi memandangkan
mereka baru sebulan bertunang . lagipun duit untuk majlis kenduri masih
belum cukup . +

tapi semua itu berjaya dipujuk adam . menurutnya dia sanggup menanggung
kesemua kos perbelanjaan kenduri kami nanti . setakat 15 ribu baginya
tidak membebankan langsung .

"beruntunglah kau nak nikah lusa . aku tumpang gembira beb ". ujar izza
yang ketika itu sedang memakaikan inai di jari adriana . +

adriana hanya tersenyum . gembira hatinya kerana izza ada ketika ini .
sahabatnya itu sangat gembira selepas mendapat berita bahawa adam ialah
tunang kepada adriana selepas adriana memberitahunya kelmarin . +

"aku tak sangka izz jodoh aku dengan adam panjang . " ujar adriana .
senyuman tidak lekang langsung di bibirnya . +

rumahnya yang penuh dengan kehadiran sanak saudara memeriahkan lagi
suasana malam di kampung itu . +

"aku dah agak korang mesti ada jodoh . kau tengok punyalah penat kau
lari balik kampung last2 dia dapat cari kau juga . kau jagalah adam tu
elok2 . bagi aku dia lelaki terbaik yang pernah berkawan dengan kau ".
kata izza .

adriana hanya tersenyum .

dia berjanji yang dia akan tetap setia pada adam dan hanya akan
mencintai adam buat selama-lamanya .

×××××

"surat apa ni ?" tanya naufal pelik ketika adam menghulurkan sampul
surat berwarna putih kepadanya .

ketika itu mereka berdua berada di starbucks cafe .

adam diam . tidak langsung dia menjawab akan pertanyaan naufal itu .

naufal perlahan2 membuka sampul surat itu dan dibacanya teliti .

WALIMATUL URUS
JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN
ADAM
&
ADRIANA

berubah terus wajah naufal apabila matanya tertancap pada nama adriana .
dia pantas memandang wajah adam yang bersahaja itu .

"aku harap lepas kau baca kad ni kau dah tak ganggu rian lagi ". ujar
adam . nada suaranya jelas seperti memberi arahan agar naufal tidak
menganggu adriana lagi .

"rupanya kau selama ni .. "

belum sempat naufal habis berkata , adam pantas mencelah .

"ya ! memang selama ni aku dengan dia . dan tak lama lagi aku akan jadi
suami dia . dan aku harap kau berhenti ganggu rian lagi ". pesan adam
kepada naufal .

naufal hanya diam . tidak sangka apa yang dia fikir selama ini benar
belaka . patutlah adriana tidak segan silu mengaku akan berkahwin dengan
adam semasa di majlis pernikahannya .

kad kenduri itu diletak perlahan di atas meja . naufal memandang adam .
tangan dihulur kepada sahabat karibnya itu .

adam menyambutnya dengan wajah yang sedikit pelik .

"tahniah bro ! tahniah sebab kau berjaya buatkan hati rian jadi milik
kau . aku harap kau dapat jaga dia . dan aku percaya yang kau takkan
sakitkan hati dia macam mana aku buat pada dia dulu ". ujar naufal .

nada suaranya kedengaran sangat lemah disaat dia berkata begitu . dia
menyesal . menyesal kerana memilih isterinya sekarang dari memilih
adriana dulu .

kalau la masa boleh diputar kembali . alangkah bahagianya hidupnya bila
bersama adriana menjalani kehidupan berumah tangga .

"kau tak payah risau . aku akan jaga rian macam mana aku jaga diri aku
sendiri . rian ibarat nyawa aku . tanpa dia matilah aku . dan aku takkan
sakitkan hati dia walaupun sedikit . aku akan pastikan dia bahagia
bersama aku ". balas adam .

naufal hanya mengangguk .

jam ditangan dikerling sekilas .

"bro ! aku minta diri dulu . nanti ada masa kita jumpa lagi ". ujar
naufal . dia segera bangun dari duduknya dan menghulurkan tangannya
kepada adam .

adam berdiri dan bersalaman dengan naufal .

"jaga rian . " pesan naufal lagi sebelum dia berlalu meninggalkan adam
disitu .

"beribu kali kau pesan pada aku , berjuta kali aku dah ingatkan diri aku
untuk jaga rian . " balas adam perlahan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience