BAB 8

Romance Completed 16767

adriana menunggu ketibaan adam dihadapan rumah . sesekali dikibas2
wajahnya dengan surat khabar kerana panas . dikerling jam di pergelangan
tangan . sudah pukul 1.30 petang . +

hari itu adriana mengenakan baju kurung moden berwarna pink peach lembut
yang bercorakkan bunga tampal dipadankan dengan selendang berwarna
mustard . beg tangan pula berwarna kelabu cerah .+

beg tangan pula berwarna kelabu cerah +

+

"kau sure ke nak pergi majlis tu ?" soal izza kepada adriana +

"kau sure ke nak pergi majlis tu ?" soal izza kepada adriana . izza yang
tidak bekerja kerana cuti melabuhkan duduknya dihadapan adriana . +

"kenapa ?" +

"tak la . kalau kau pergi hanya sebab terpaksa , lebih baik tak payah .
aku taknak nanti kau sakit hati melihat kegembiraan naufal ". ujar izza
. dia bimbang sekiranya adriana tidak mampu menahan kesedihan ketika
berada disana . +

"kau tak payah risau ok . aku tahu apa aku buat . lagipun tak salah kan
seorang kawan menghadiri majlis perkahwinan kawan sendiri ?" kata
adriana sambil tersenyum manis . sedaya upaya dilindung rasa hatinya
yang masih berkecamuk kecewa itu . +

"hmm .. apa boleh buat . dah itu keputusan kau . aku cuma harap kau
sabar dan tabah bila kesana ." ujar izza memberi pesanan . +

adrianan mengangguk . +

pon ! pon ! +

kedengaran seperti hon kereta berbunyi dihadapan pagar rumah mereka .
rupa2nya adam sudah tiba . adriana segera memeluk izza dan terus
berjalan menuju ke kereta adam . +

sepanjang perjalanan , adriana dan adam hanya membisu . hanya kedengaran
suara dj radio saja berceloteh menghilangkan sunyi . +

sesekali adam melirik ke arah adriana yang hanya diam membisu dengan
ekor matanya . mujur sahaja ketika itu dia memakai cermin mata gelap dan
adriana pun tidak perasan akan lirikan matanya itu . +

cantik ! +

hanya satu perkataan itu sahaja yang terlintas dibenak adam . kadang2
adam terfikir kenapa naufal boleh tinggalkan adriana demi suraya . jika
hendak dibandingkan adriana dengan suraya , adriana lebih cantik . malah
sikap adriana yang lemah lembut itu jauh lebih elok dari sikap suraya
yang kegedikkan .

"jauh lagi ke dewan majlis naufal ?" adriana bersuara . adam yang
sedikit mengelamun tersentak . +

"err .. dalam 15 minit lagi kita sampai ". jawab adam . +

adriana hanya mengangguk . +

dari jauh kelihatan ramai orang membanjiri dewan sebesar sebuah rumah
banglo itu . kereta2 tetamu penuh disepanjang jalan . adam dan adriana
berjalan seiringan memasuki ruang dewan itu . +

kaki adriana terasa lemah bila dilihat naufal dan isterinya sedang
melayan tetamu yang datang . kecewa sekali hatinya bila melihat senyuman
gembira yang terpamer di wajah naufal . sepanjang mereka berkawan belum
pernah dia lihat naufal segembira itu . betul la pepatah berkata .
bahagia seseorang itu diatas penderitaan orang lain . +

adriana membuntuti langkah adam dari belakang . adriana hanya memerhati
adam dan naufal yang sedang bersalaman itu . naufal masih belum perasan
kehadiran adriana disitu .+

"wah .. segak bergaya kau hari ni . tahniah bro . tahniah suraya ". ujar
adam sambil memandang kedua mempelai itu . +

"kau datang dengan siapa ? sorang je ke ?" soal naufal kepada adam .
adam yang mendengar soalan naufal itu hanya diam . +

"datang dengan saya ". jawab adriana bagi pihak adam . ternyata jelas
wajah naufal terkejut dengan kehadiran adriana . +

"adriana . " perlahan sekali bibirnya menyebut nama itu namun masih
dapat didengari suraya yang berada disampingnya . suraya pantas
memandang adriana bila nama yang disebut naufal menyinggah ditelinganya . +

"tahniah naufal , suraya . semoga kebahagiaan milik awak berdua . " ujar
adriana bersama senyuman . ditabahkan hatinya dari menangis bila dilihat
suraya memegang lengan naufal seperti tidak mahu naufal berjauhan
dengannya . +

"so , you la adriana ? ex girlfriend naufal ?" tanya suraya atifah
kepada adriana . nada suaranya kedengaran lain sekali . mungkin dia
cemburu dengan kehadiran adriana kesitu . +

"pembetulan . bukan ex girlfriend tapi sahabat karib ". ujar adriana . +

naufal yang mendengar ujaran adriana bertambah terkejut . tak sangka
gadis dihadapannya boleh mengaku dia sebagai sahabat sahaja . +

"oh .. sahabat rupanya . so apa yang naufal beritahu i dulu tak betul la
ye ?" kata suraya menyindir sambil mengerling matanya memandang naufal . +

"thanks sangat2 sebab sudi hadirkan diri di majlis i dan naufal . i
terharu sangat ". ujar suraya sambil menayangkan senyuman sinis kepada
adriana . dia tahu gadis dihadapannya sekarang sedang menahan hati . +

"tak sangka aku kau datang dengan dia . ingatkan kau datang sorang ".
ujar naufal yang sedari tadi hanya mendiamkan diri . adam hanya
tersenyum . +

"both of u ada apa2 ke ? sebab pakai baju sama . macam pasangan kekasih
pula ". ujar suraya . adriana dan adam pantas memandang diri masing2 . +

baru mereka perasan baju mereka berdua sedondon . adam memakai kemeja
berwarna seakan2 baju kurung yang dipakai adriana . patutlah naufal
memandang mereka seperti tidak puas hati . +

adriana pantas memandang suraya dan terus menjawab soalan suraya yang
membuatkan hati naufal sakit dan adam pula terkejut . +

"kalau nak tahu adam kekasih saya . insha Allah , hujung tahun ni kita
orang akan berkahwin ". beritahu adriana tanpa langsung memandang naufal
. +

"yeke ? tahniah . tak sangka kan you akan ikut jejak i . lagipun kahwin
cepat2 bagus . nanti buatnya adam ni dikebas orang , melepaslah you
macam sekarang ". perli suraya tanpa langsung memikirkan perasaan dan
hati adriana . +

"jangan risau . saya akan jaga adam dan akan pastikan tak akan ada
sesiapa pun berani rampas dia dari saya . " bidas adriana sehingga mampu
membuatkan wajah suraya berubah . +

adriana memandang jam dipergelangan tangannya sebelum dia memandang adam .+

"adam , jom kita balik . lewat dah ni ". ajak adriana . adam yang masih
terkejut hanya mengangguk . +

"nak balik dah ? awal lagi ni ". halang suraya . +

"kami ada kerja sikit . nak ke butik cari baju nikah . saya doakan
kalian berdua bahagia . " ujar adriana bersama perlian untuk naufal .
naufal menghantar pemergian adriana bersama tatapan sakit hati . +

????????+

"saya minta maaf ". adriana bersuara . adam yang sedang memandu
memandang adriana . +

"maaf untuk apa ?" +

"tentang hal tadi . saya tahu awak tak selesa bila saya mengaku awak
kekasih saya . saya minta maaf sangat ". ujar adriana . sungguh dia
tidak sangka dia boleh berkata begitu dihadapan naufal . pelik dengan
diri sendiri yang seperti mendapat kekuatan untuk bercakap begitu ketika
itu . +

adam hanya ketawa kecil . +

"tak apalah . saya ok jer ". baginya dia tidak langsung berasa tidak
selesa dengan gadis itu . dan langsung dia tidak kisah apabila gadis itu
mengaku dirinya sebagai kekasih . +

kereta adam berhenti tepat2 dihadapan rumah adriana . adriana segera
turun dari kereta adam . +

"terima kasih adam sebab teman saya tadi ". kata adriana bersama
senyuman manis terukir dibibirnya . +

"sama2 . oh ya sebelum terlupa . ini kad saya ". adam lantas mengambil
sesuatu didalam keretanya sebelum dihulurkan kepada adriana . +

"kalau ada apa2 masalah just call my number . " kata adam . +

adriana menyambut huluran adam itu sebelum dia menutup pintu kereta adam
. sempat lagi adriana berkata kepada adam sebelum lelaki itu berlalu
pergi . +

"itupun kalau saya ingat awak ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience