BAB 8

Drama Completed 2072

“What the hell are you doing mommy?!”

Bagai melihat hantu, si ibu dan kekasihnya terkejut beruk. Ibunya yang bertelanjang bulat tanpa seurat benang terkesima dengan kelibat anaknya ituu.

Apalagi, dia bingkas bangun dari katil bersaiz King yang empuk itu lalu mencapai selimut menutup tubuhnya.

“David what are you doing here?” Tanya ibunyaDan dengan pantas, ibunya menarik telinga David lalu mengheretnya keluar dari bilik itu. David tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana bilik itu sungguh gelap.

Dia cuma dapat menghidu aroma wain putih, lilin wangi jenama Mewah yang dibeli ibunya dari Paris tersusun kemas di sepanjang birai jendela dan ada bau hancing yang menusuk lebuh kuat singgah di hidungnya.

Apa ni? Bau kencing? Sudah kenapa ada bau kencing pelik betul David dibuatnya. Dia berharap dapat kepastian daripada ibunya akan perkara itu.

**

“Kamu jangan nak main sesuka hati mengintip macam tu lagi faham tak David.Skodeng orang ni perangai anak iblis, mengerti!?!” bentak ibunya dengan renungan tajam. David memandang ke lantai dan kemudian mendongakkan mukanya kerana hampa ibunya menyaMakan dirinya dengan anak iblis.

Serasanya ini adalah kali pertama ibunya memarahinya dengan perkataan kesat sebegitu. Selepas berpisah dengan bapanya, ibunya berubah secara total dan seMakin kurang memberi perhatian padanya. Dan kini, dia tidak menyangka ibunya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain pula.

“You copy that ?” tanya ibunya lagi dengan wajahnya menyinga.

“Makjahat! I hate You!!” Jerit David sebelum berlari menuju ke biliknya. Dia menghempas lalu mengunci pintu, menghempas tubuhnya di atas katil lalu membenamkan wajahnya di bantal dan menangis semahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience