BAB 4

Drama Completed 2072

Pelajar lelaki dan perempuan yang sedang duduk itu berborak dan saling bertepuk tampar sesame mereka. Dalam hatinya memasang angan alangkah indah harinya jika saat ini dia sudah dewasa bisa mengatur dan punya kuasa untuk mengawal dirinya sendiri dan sudah pasti seronok andai dia dan Anis sama-sama dewasa dan boleh seperti pelajar university itu.

“E’eh tengok ni.” Tak semena-mena Uncle Guna menghulur sebiji mangkuk beserta sudu berisi cendol terakhir.

Wajah David tersenyum puas seraya mengambil cendol itu dengan berhati-hati bagai menatang minya yang penuh. Berkali-kali kepalanya diangguk dan mulutnya melafaz perkataan terima kasih bila Uncle Guna menyatakan cendol itu istimewa dan percuma untuknya.

Apalahgi, David berjalan penuh berhati-hati menuju ke bangku simen di pondok bas berhampiran. Dia memegang mangkuk itu bagai menjaga barang berharga dan begitu teruja kerana akhirnya dia dapat juga merasa cendol itu.

Sedang dia berjalan tiba-tiba sebuah kereta BMW warna kelabu meluncur laju dan hampir terbabas dek kerana hilang kawalan meluru ke arahnya. David berjaya mengelak dengan imbangan badan yang tidak sekata dan bila kereta itu sudah melaluinya tak semena-menan cendol pujaannya itu tertumpah mengalir di tanah.

“Cilakak lu!!” Carut David. Dia memandang ke arah depan dan melihat kelibat kereta mewah itu sudah hilang dari pandangan matanya yang membahang dengan kemarahan.

“Cibai!” Jerit David marah bagai menahan tangis. Carutannya itu membuatkan beberapa mata memerhatikannya.

Uncle Guna berlari anak mendekatinya ddan cuba memastikan kalau-kalau budak lelaki itu tidak apa-apa.

“Im alright can’t you see. I know how to use my eyes not like those moron! Stupid drivers better die and roots in hell!” jawab David marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience