BAB 11

Drama Completed 2072

Tepat jam 12 tengahari dia sudah tiba menanti di pondok bas sambil duduk di bangku dengan pandangannya melilau melihat beberapa pelajar dari kampus universiti berdekatan yang turut sama menunggu bas.

Ramai daripada mereka memakai pakaian berjenama, dia tahu akan nilai pakaian yang dipakaik mereka kerana ibu dan bapanya juga memakai pakaian berjenama dan kasut serta bag yang dipakai mereka.

Tapi yang menghairakankan David tentang pelajar ini, daripada mana mereka mendapatkan duit untuk membeli pakaian mahal sebegitu? Mungkinkah mereka bekerja sambilan di masa cuti semester. Barangkali?

Selepas sepuluh minit menunggu Uncle Guna sampai dengan gerabak sorongnya. Mereka bertegur sapa dan berborak kecil.

Tidak lama kemudian, Uncle Guna mengisar bongkah ais, dikepal ais tadi ke dalam mangkuk, menyenduk santan berlemak dan akhir sekali menjirusnya dengan air gula merah, sirap ros yang menyala, menyudukan cendol, kacang merah dan sedikit jagung manis semuanya special untuk anak berbangsa Cina di hadapannya itu.

Tanpa menunggu lama, David menyenduk laju cendol tadi ke dalam mulutnya dengan penuh kepuasan dan gembira. Sungguh Cendol itu sangat sedap dan ternyata tidak sia-sia dia berbohong pada ibunya.

Cendol Uncle Guna lebih sedap daripada cendol Teochew di Pulau Pinang atau cendol mamak yang sering dibungkus oleh ibunya di restoran berdekatan. David mengangkat ibu jari tanda puas hati seraya menepuk-nepuk tangan persis meraikan Uncle Guna yang baru saja meraih anugerah Grammy.

Orang tua itu membalasnya dengan senyuman dan Uncle Guna mula melayan beberapa orang pelanggan yang sudah datang berpusu-pusu membeli Cendol. Setelah pelanggan sudah berkurangan dia mulai mendekati David dan memberinya semangkuk lagi.

David menyambutnya dengan girang dan merasakan hari itu adalah hari paling bertuahnya.

“Apa kamu sudah belajar melupakan dan memaafkan?” tanya Uncle kepada David.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience