BAB 9

Drama Completed 2072

Selama ini David sering menganggap dirinya seorang kuat dan matang dia mengalirkan airmata semalam. Hari ini dia bangkit dan mengemaskan katilnya. Diteleknya dirinya di hadapan cermin lalu dibidangkan dadanya, membengkokkan tangannya seperti jaguh bina badan kemudian melepaskan satu keluhan yang panjang.

Ditatapnya poster chris Hemsworth dan Donnie Yuen yang tidak berbaju sambil menayangkan otot sasa dan padu yang terlekat pada dinding biliknya.

Dipandangnya poster itu sebelum kembali memandang tubuhnya, arhh badanku seperti tengkorak berjalan saja, keluhnya lagi.

Aku harus jadi lelaki yang tangguh dan berkuasa, aku harus ke gym, Makan Makanan berprotein tinggi dan dilatih poleh seorang coach,pelannya dalam hati. Dia kembali terkenangkan peristiwa semalam dan berfikir apakah dia patut bertanyakan bau hancing yang dihidunya itu kepada ibunya. Dia benar-benar ingin tahu.

Namun, tak semena-mena dia teringat akan pesana Uncle Guna. Tidak, Uncle Guna nasihatnya supaya memaafkan dan melupakan. Dia menggeleng kepala dan meninggalkan cermin tadi bersama sejuta persoalan bersarang di minda dan kesakitan di hatinya.

Kemudia dia bertembung dengan ibunya di dapur yang memberi respon seolah tiada apa yang berlaku semalam.

Ibunya cuba menjelaskan perkara sebenar semalam namun berkali-kali jugalah David menyatakan pada ibunya yang dia tidak terkesan langsung dengan apa ya ng berlaku meski dalam hatinya dia masih tidak dapat menerima kejadian cendolnya yang tertumpah itu disebakan oleh si pemandu BMW yang celaka. Marahnya pada insiden cendol itu masih berbekas.

“Makboleh hantar saya ke tak hari ini?” tanya David sejurus selepas duduk di atas sofa bersebelahan ibunya yang sedang mengetik-ngetik remote TV. Ibunya menjamah beberapa ketul cheese sambil meminum wain merah lalu menatapnya dengan pandangan hairan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience