BAB 7

Drama Completed 2072

“What a bad day, Pororo.” David menundukkan tubuhnya dan mencangkung sehingga sama paras dengan pororo lalu mengusap kepala anjingnya yang sedang menjilat tangannya dengan manja.

David meluangkan masa sebentar sebentar bermain dengan Pororo sebelum bangun semula. Namun apa yang membuatnya tersentak adalah apabila dia melihat di hadapannya ada sebuah kereta BMW warna kelabu yang diletakkan di hadapan garaj, dia mendekati dan mengamati kerta itu, dan sah plat kereta WKJ 1717 amat dikenalinya.

“Oh inilah celakan tadi.” Makinya.

Apalagi, laju David berlari masuk ke rumah dan menuju ke bilik tidur ibunya namun dia melihat pintu bilik tertutup rapat tapi dia sangat pasti ada orang di dalamnya memandangkan hawa pendingin udara itu keluar dari celahan pintu.

Dia lalu memulas tombol pintu dan menolak pintu perlahan-lahan cuba untuk mengintai ke arah dalam.

Sayup-sayup kedengaran suara ibu dan seorang lelaki sedang bertegang urat. Nada suara itu lebih kepada erangan, esakan dan sesekali diikuti dengan Maki hamun yang berbalas dengan jeritan.

Dia dapat mendengar suara ibunya berkali-kali mengerang kesakitan, ‘ah’, woah’, ‘aouchh’ dan diikuti suara lelaki itu yang menjerit memanggil nama Tuhan.

Ya, David sungguh yakin bahawa suara itu adalah suara pemandu BMW yang hampir melanggarnya sebentar tadi.

Pasti itu adalah teman lelaki terbaru ibunya yang sudah punya pengganti selepas bercerai dengan bapanya genap dua tahun lalu. Celaka! Jahanam! Berani betul lelaki itu pijak rumahnya.

Tanpa menunggu lama, David akhirnya menguak pintu itu luas lalu memuntahkan kata-kata Makian kepada ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience