BAB 1

Drama Completed 2072

Cuaca panas terik seperti biasa, pancaran sang mentari memanah mata hingga silau dan perit jadinya, angin yang bercampur bahang matahari yang marah tidak cukup mendinginkan tubuh. Di dalam sebuah kelas sekolah rendah David ralit memandang ke luar jendela.

Daripada celahan jendela dia melihat jalan raya di sebelah sekolahnya itu sibuk dengan kereta dan motosikal yang lalu lalang dan sosok manusia yang melintas sambil menjinjing buku atau menggalas beg.

Nun Di bahu jalan, sekumpulan pelajar dari kampus universiti berhampiran mengerumuni sebiji gerabak.

Gerabak sorong itu sering dinanti-natikan oleh para pelajar kampus kerana terkenal menjual cenddol yang sangat sedap pada harga yang tersangat murah iaitu seringgit semangkuk penuh. Gerabak warna hijau tua beserta mangkuk merah dan sebiji mentol merah menyala dapat dilihat dari kejauhan.

Mati David tekun memerhati cekatan tangan Uncle Guna yang sibuk memusing skru mesin pengisar ketulan ais, mengautnya masuk ke dalam mangkuk lalu gejolak nafsu ingin merasa cendol yang sesuai dijadikan minuman di panas hari ini. Tekaknya terasa kering dan haus.

Sudah berapa lama dia tak merasa cendol Uncle Guna. Sejak dia masuk darjah enam dan jadual kelas bertukar dan aktivitti seMakin padat menyebabkan dia selalu pulang lewat dan terlepas untuk membeli cendol Uncle Guna itu alMaklum sajalah Cendol Uncle Guna itu sangat laku.

Ramai yang sangat menggemarinya sementelah lagi harganya yang murah, Santannya berleMommy, air gula merahnya pekat dan cendol hijaunya itu dibikin sendiri. Bukan seperti kebanyakan penjual cendol yang menggunakan cendol buatan kilang yang mana teksturnya keras dan rasanya kosong.

Siapa yang lambat pasti akan melepas untuk merasa cendol Uncle Guna kerana caranya mudah saja, siapa cepat dia dapat. Aduh geram sungguh hati David mahu merasa cendol itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience