BAB 17

Drama Completed 2072

“Tak banyak mana puN. Selalunya sebelum ni pak dapat bayar tanpa masalah cuma sejak tiga bulan lepas, uncle terpaksa bahagikan wang untuk biayai kos rawatan buah pinggang uncle, tapi kamu jangan risau, uncle pasti dapat membayarnya.”

“Habis tu, bagaimana dengan gerabak sorong uncle?” uncle Guna cuma memandangnya serpihan gerabak sorong dengan tatapan lesu.

“Tak mengapa, Kawan Uncle akan bantu membaikinya.” Kata Uncle Guna tersenyum. Namun David dapat melihat riak resah dan gusar terlukis di wajah uncle Guna.

Seketika kemudian, David menaiki teksi pulang ke rumahnya, dalam pelannnya dia akan balik lewat sesuai apa yang sudah dimaklumkan ibunya tapi dek insiden tadi, dia membatalkannya. Walhal pada asalnya dia merancang untuk ke rumah Anis dan mengajaknya berjalan di Mid Valley. Namun dibatalkannya kerana hatinya berasa gusar.

Tanpa disedarinya ketulan batu-btu kerikil yang dikutipnya tadi masih ada di dalam kocek seluarnya.

Sebaik tiba di rumah dia berjumpa semula dengan kereta BMW tadi yang terpacak di hadapan rumahnya. Amarahnya datang semula, dia mengeluarkan batu tadi lalu mencalarkan kereta tersbeut.

“APa kau buat tu budak!!” Ada suatu datang menyergahnya. Dia menoleh dan melihat kelibat Bob. David merenungnya dengan tajam.

Syuk berjalan ke arahnya dengan wajah risau lalu memeriksa kereta.David, beserta api marah yang membara dan sakit hati yang melahar terus meluru ke depan.

Saat ini dia merasa dirinya adalah pahlawan Troy bertubuh sasa, apabila jarak bob semakin hampir, David melompat seraya menghadiahkan satu tumbukan padu ke muka bob menyebabkan Bob terjatuh dan mengerang kesakitan.

David memanjat naik tubuhnya dan bersedia lagi untuk tumbukan padu keduanya, namun terbantut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience