BAB 16

Drama Completed 2072

Gerabak itu terus-terusan dihentak hingga tiada rupa, barang niaga uncle guna juga bersepah-sepah di jalan raya.

Suasana panik itu menimbulkan kekecohan dan menarik ramai mata yang datang menggerumuni kawasan niaga itu namun tiada yang berani untuk masuk campur, cuma ada yang berdiri sekadar memerhati, ada yang mnjenguk kepala sambil tangan mentala telefon bimbit untuk merakam.

Berang denagn keadaan itu, David lalu mengutip bongkah batu besar di tepi jalan lalu berlari ke arah samseng itu mujur sana uncle Guna yang terbaring lemah di jalan sempat menangkap kaki David menahannya dari berbuat apa-apa.

“Kau ingat ya orang tua, dalam masa dua hari, dalam masa dua hari kau tak langsaikan nyawa kau akan melayang!” ujar Bob lalu masuk ke dalam perut kereta BMW itu semula.

“Uncle okay?” Tanya seorang pelajar menerpa laju ke arah uncle Guna cuba membantunya untuk bangun.

“Kenapa tak ada seorang pun datang membantu hah!” Jerit David meluahkan kekecewaannya dengan sikap orang ramai yang masih berkumpul di situ. Keadaan menjadi hening. Ramai memilih untuk mengunci mulut. Uncle Guna, David dan pelajar tadi mengutip semua barang yang bersepah dan mengumpulnya di tepi pondok bas. Uncle Guna menyatakan dia akan kembali bersama kawan-kawannya untuk mengambil barang niaganya dan mengucapkan terima kasih kepada yang membantunya.

“Uncle Okay ke?” Tanya David. Risau benar dia akan keadaan orang tua itu apatah lagi selepas mendengar sejarah hidupnya. Dia sungguh kagum pada Uncle Guna dan merasakan antara mereka punya persamaan.

“Jangan risau David, Uncle tak apa-apa. Terima kasih kerana cuba membantu Uncle. Kamu memang budak yang berani dan baik hati, tapi lain kali jangan masuk campur, ia pasti berbahaya buat kamu.” Balas Uncle Guna.

“Berapa ringgit uncle hutang mereka ?” Tanya David sambil di otaknya sudah berkira-kira untuk bertanyakan pada ibunya agar membantu Uncle Guna melangsaikan hutang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience