BAB 12

Drama Completed 2072

“Lebih kuranglah,” Balas David selamba tanpa memandang Uncle Guna kerana terlalu menikmati cendol sambil meluncur-luncur telefon pintarnya.

“Hahaha… mesti tak betul ni, Anak berbohong?” Kata Uncle Guna diiringi tawa kecil. David menatapnya aneh.

“Whay you say so?”

“Kerana, melupakan tidak dapat dilakukan dalam masa sehari. Dan memaafkan adalah antara paling sukar dilakukan di dunia ini. Kerana itu, dua perkara ini perlu dibentuk dalam diri manusia sejak mereka kecil lagi,” jelas Uncle seraya menanggalkan topi dan mengelap peluh di dahi dengan sapu tangannya.

“So?” Soal David.

“Mari uncle bagitau satu cerita.” Kata Uncle Guna.

“Tiga puluh tahun yang lalu Uncle memiliki seorang isteri yang dikahwini atas dasar cinta, very romantic one. Kemudia Uncle membeli rumah teres di Seputeh dan bekerja sebagai kerani syarikat perkapalan.

Isteri Uncle bekerja di pasar raya berdekatan kawasan rumah kami. Tak cukup dengan itu Uncle dikurniakan sepasang anak yang sangat comel. Keluarga kami kecil dan hidup kami sederhana namun uncle menjalani kehidupan dengan penuh semangat dan kerja siang malam demi memberi kehidupan yang baik kepada keluarga.

Gaji Uncle naik dan isteri Uncle begitu juga. Uncle rasa, itu perkara terbaik pernah terjadi dalam hidup uncle sehinggalah satu hari,” Uncle terbehenti seketika lalu menghela nafas.

“Apa yang terjadi?” soal David ingin tahu lebih lanjut.

“pada satu hari ada polis menghubungi kami. Adik lelaki Uncle yang telah sekian lama hilang tiba-tiba muncul namun telah diberkas oleh polis kerana mencuri dan meminta uncle datang untuk menjaminnya. Uncle cakap taknak namun isteri uncle berkeras dan memujuk supaya menjamin adik uncle. Jadi uncle pun beralah. Sebaik saja dia keluar dari lokap, dia melarikan diri semula. Dan kamu tahu sejak hari itu uncle banyak memaki hamun hampir setiap hari, setiap jam. Apa tidaknya, disebabkan uncle yang jadi penjamin, maka uncle yang menerima natijahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience